training session





catatan kerjaya

Salam sebelum menjelang subuh..entry ini saya tulis selepas terjaga pukul 4.30am,selepas membersihkan badan,dan solat dua rakaat dan prepare kain-kain untuk dimasukkan dalam mesin basuh ..laptop saya buka...mungkin hari ini hujung minggu tiada sebarang agenda maka seperti biasa menulis adalah hobi di pagi hari..walaupun hujung minggu bangun pagi sudah menjadi kebiasaan saya..automatik mata ini setia terjaga..

Minggu lepas 04 hrbln Nov,saya telah menghadiri training yang dianjurkan oleh ASNB(PNB).Saya adalah wakil  dari branch saya. untuk pengetahuan sekarang sudah banyak agen untuk PNB:

AGEN PNB

1.Maybank
2.Cimb
3.RHB
4.Allianz Bank
5.Affin Bank
6.BSN
7.POS office

Maybank  adalah pemegang yang terbesar dlm PNB,dan selepas ini semakin ligatlah persaingan diantara agen2 ini kerana agen pnb semakin bercambah.Pertemuan di training ini adalah untuk menghuraikan sebarang persoalan atau isu yang berkaitan dengan product asnb.dan tentunya banyak kemusykilan dan juga sebarang persoalan telah dihuraikan dengan sebaiknya.

Saya yang sepatutnya hadir bersama branch manager saya pada pagi itu.tapi boss saya tidak dapat hadir pulak...Dan ada juga bertemu rakan-rakan dari branch lain yang dulu adalah satu jawatan dengan saya sekarang ada yang sudah jadi branch manager,dan ada juga saya bertemu dengan rakan2  dari region lain.Selalunya kalau bertemu di tempat-tempat training ini,topik perbualan adalah berkisar kepada marketing,kpi,target dan produk.jarang sungguh kami bersembang luar dari skop kerja.

Nampaknya training kali ini saya tidak berseorangan.ada sahaja orang yang saya kenal bertemu dan bertukar2 pendapat.ada juga yang baru saya kenali dari bank lain dan agen lain.mungkin ini adalah masa untuk networking dan silaturrahim,tapi saya sendiri selalu lupa bawa business card untuk bertukar-tukar,tak mengapalah...saya memang begitu..:)memang patutlah suatu hari saya perlukan seorang PA untuk ingatkan saya..ceewah

Mengambil kesempatan waktu rehat,saya yang selalunya cukup xgemar makan berdiri,mmg selalu mencari penjuru untuk duduk berseorangan dan makan.selalunya kalau training di hotel2,dengan  org yang ramai,kerusi memang tak pernah disediakan untuk menikmati sarapan atau waktu break tea.dan  saya memang orang kampung agaknya,xpandai nak minum atau hanya makan sebijik kuih seperti orng putih tau.makan berdiri dan bersembang,memang saya xgemar.sudahnya saya duduk di kerusi pendaftaran ,sebab disitu aje yang ada kerusi,memang kalau orang nampak saya tidak bercampur atau cuba mengasingkan diri.
Tidak mengapalah,orang yang kenal saya tahu saya bagaimana,bukan kera sumbang.

Ternyata ketika saya mengasingkan diri...saya
Didatangi oleh seorang kenalan lama,yang dulu sama ranking dengan saya dan sekarang sudah pun jadi branch manager.dan dia meluahkan rasa stress nya dengan position baru,saya hanya mendengar dan kadang2 mencelah,ini adalah satu2nya kawan saya yang kalau saya bercakap ada saja isu yang dia perbetulkan,saya hanya tersenyum,selalunya kalau saya bersembang dengan orang jarang ada orang membantah,tapi kawan saya ini memang seorang yang selamber juga,ada saja hujah saya yang dia perbetulkan,dan saya berterima kasih kerana dia selalu menegur saya dengan penuh hikmah.Ternyata dia follower saya yang baik di FB..

"Irda,aku suka semangat kau.suka tengok apa yang kau buat,yang kau share,tapi jangan detail sangat sebab tak semua orang di fb tu baik ngan kita,takut nanti jadi isu2,jadi nak tulis apa2 hide2 sikit,jangan detail sangat,sbb manalah tahu kan...dalam ramai2 tu ada yang dengki dengan kau"

sambungnya lagi...
"aku rasa xsemua perempuan mcm kau,kau ada sesuatu yang orang lain xde,dan aku tahu niat kau..tapi xsemua orang ni baik depan kita,belakang kita baik"

Saya yang hanya mengangguk dan senyum..terima kasih pada sahabat yang sentiasa concern dan mengingatkan saya.saya pun manusia biasa yang kadang2 lupakan......dan ternyata saya sentiasa dihantar oleh ALLAH orang2 yang sentiasa memberi peringatan. kelebihan sahabat saya ini dia kalau bercakap penuh ikhlas,bertenang dan bahasanya penuh humble...dan dia dikenali sebagai "king"oleh rakan2 lain sebab dia memang selalu jadi ketua yang baik untuk anak2 buahnya.

Ternyata benar jangkaan saya,dia meluahkan perasaanya tentang positionnya sekarang.tidak mahu position branch manager itu lagi,Dia ingin kembali kepada position lama seperti saya.katanya ada apa dengan pangkat?position seperti saya katanya lagi berbaloi..hahaha..ye lah kot,pening kepala pun just nak jaga business sendiri..saya yang sedia maklum memang akui,jika saya dapat offer pun saya rasa saya tidak mahu,...kerana saya tahu betapa peningnya nak jaga branch dan usia saya masih muda untuk itu.Dan untuk 2016,saya tahu saya telah disenaraikan untuk memegang jawatan itu dan saya masih tidak mau rasanya..kerana sekarang pun saya sudah cukup pening lalat dengan rutin kerja saya.

Pada waktu makan tengah hari,saya didatangi lagi dengan orang2 sales marketing region lain....,ada yang bertanya khabar,ada yang nak selfie,memang time macam ni jelah kami dapat bertemu,kalau waktu kerja semuanya busy aje kan..dan waktu makan tengah hari alhamdulilah ada meja dan kerusi disediakan.memang begitu keselaluannya.oklah kan,dan waktu ini saya diapit oleh2 kawan2 lama dari branch2 lain,ada yang saya kenal,ada yang junior yang saya tidak kenal,topik perbualan seperti biasa,sales n strategi pemasaran.saya yang sedikit terganggu bila ada org bertanya kpi saya,saya hanya katakan by year end,semua akan ok..:) dan senyum saya berikan.

Sedikit info tentang training

Semua sedia maklum,ANSB ada pelbagai produk seperti 

Fixed income
1.ASB
2.AS1M
3.ASW
4.ASM
5.ASD

Variable income
1.ASN2(BUMI)
2.ASN3(NON BUMI)
3.ASG

BEZA fixed income adalah RM1:RM1 basis,yang mana incomenya melalui dividend dan variable income sama seperti unit trust.Beza unit trus di asnb dengan normal unit trust di pasaran adalah

1.ada buku untuk memudahkan proses pencairan unit dimana2 agen pnb
2.pengagihan dividend dan capital appreciation yang mudah disemak dalam buku
3.mempunyai reserve capital yang mencukupi dan sebab itu pnb xpernah fail dalam memberi dividend untuk variable fund.walaupun ekonomi xmemberansangkan

                             

Dan untuk pengetahuan,jika anda ada simpanan di ASB ATAU apa sahaja yang tersenarai diatas,sudahkan anda membuat HIBAH(muslim)atau pewarisan amanah(non muslim).Ia penting kerana jika berlaku kematian ia lebih mudah membuat tuntutan.jika tidak ia akan memakan masa yang lama untuk membuat tuntutan harta di pnb mungkin 6-12 bulan jika tidak membuat penamaan,dan ia akan diagihkan secara faraid jika muslim.

Hibah(muslim)
-ia hanya untuk pemegang amanah beragama islam
-pemberi adalah beragama islam dan penerima adalah islam juga
-warganegera kepada bukan warganegara dibenarkan
-layak untuk berumur 18 tahun keatas
-jika anda telah menamakan pasangan anda suami atau isteri,hibah tidak boleh dibatalkan sampai -bila-  bila,tapi jika menamakan anak sebagai penerima,boleh dibuat perubahan jika ada kelahiran baru atau membatalkan nama anak.
-Proses tuntutan selalunya hanya dalam 21 hari berbanding jika anda tidak membuat penamaan ia memakan masa yang lama
-jika sudah buat hibah,pewarisan seperti nama yang tercatit walaupun tidak mengikut faraid.

Penaman waris(NON muslim)
-NON muslim to non muslim
-Non muslim kepada muslim dibenarkan

Proses penamaan boleh dibuat di pnb sahaja,agen masih belum lagi dibenarkan untuk membuat transaksi penamaan,dan untuk pengetahun anda,untuk membuat penamaan ada cost dan fee yang akan dikenakan..Saya ingin berkongsi berapa fee tapi sebab hp saya batery kong.. dan charger tertinggal di office,xdptlah saya nak share disini.semua maklumat ada dlm hp.saya selalu begini...:)tertinggal itu sinonim...alahai bilalah nak berubah..maybe saya perlukan PA suatu masa nanti..ceewah..:)

Dan untuk info lagi,jika anda ada buat asb loan,sijil yang bercagaran,tabung amanah anda tidak boleh di buat hibah.hibah hanya untuk tabung yang tiada sebarang cagaran dengan mana2 bank.asb loan sebab tu kena ada GASA(group amanah saham assurance)untuk conventional atau GTFT(group takaful term financing)untuk asb loan islamic.walaupun ia tidaklah wajib untuk anda ambil masa apply asb loan,tapi saya galakkan nya untuk diambil sekali supaya jika berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal,sijil yang bercagaran akan mudah dicairkan dan waris akan menerima pampasan.

Oklah azan subuh sudah berkumandang....stop dulu..nanti ada info lagi saya update.pagi yang indah di hari minggu.INGAT!...walaupun hari minggu janganlah tido sampai lewat tengah hari ya.berpagi2 lah walaupun anda tidak bekerja hari itu.ada orang bertanya dimana tenaga saya dapat kuat betul dan bersemangat betul.rahsianya berpagi2 dan kalau boleh bangunlah sebelum subuh...buat sedikit tahajud kalau xpun bermuhasabah diri disaat kesunyian itu begitu menenangkan...BERMUHASABAH diri boleh dengan terapi menulis,membaca ataupun mendengar lagu2 yang menenangkan perasaan..

dan lepas ni saya nak pergi pasar borong..nak beli stok bahan mentah untuk seminggu..kenapa saya suka pasar borong?lebih murah lebih segar dan dengan RM50 saya boleh beli untuk stok seminggu dan saya yang rajin tawar menawar selalunya dapat special price tau..! dan kalau xpun senyum2 je ngan bangla yang jual sayur tu..senyum je tau..senyum kan sedekah..kan dah dapat murah..hehehe..senyum boleh diberikan pada semua orang,tapi hati hanya utk seorang..xsalahkan senyum2..orang beli sayur sekilo kita leh dapat harga 50% lagi tau ..hahah.

.ini namanya strategi membeli,ingat menjual je ke ada strategi?..

stay tune...daaa....





















Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post