Resensi buku

26 Nov 2015

Salam...pagi ni saya bangun alhamdulilah pukul 3.30 am! selepas menunaikan solat dua rakaat..(solat dengan bacaan pendek sahaja tau)saya belum hafal bacaan yang disunatkan untuk tahajud..bacaan saya tu qulluhullahuahad je lah...doa tahajud pun saya tidak hafal..sebenarnya solat ini hanya untuk saya bermonolog dengan tuhan disaat semua orang tidur..kerana hati saya akan lapang selepas sedikit air mata tumpah di hening pagi...

kenapa saya cerita?bukankah amal ibadah itu harus disembunyikan sepertimana kita menyembunyikan aib kita?kerana takut menimbulkan riak...bukankah s.aisyah pernah menyebut..orang yang paling buruk adalah ketika merasakan dirinya cukup baik?ya saya tahu semua itu...

tapi saya berkongsi apa yang saya lakukan..agar jika anda yang membaca ambil sebagai sebagai aura positif...dan buat seperti saya..anda merasakan ketenangan dengan  nikmat berdua-duaan dengan ALLAH di pagi hari itu,maka ia satu perkongsian yang bermanfaat kerana anda ambilnya sebagai impak positif....itu saja niat saya dan saya tahu semua pembaca adalah berfikiran positif... 

saya berkongsi bukan kerana saya ingin menunjuk baik..saya sama sahaja seperti manusia2 yang lain yang tak lepas dari dosa...kerana saya bukan nabi bersifat maksum..jika siang hari saya berbuat dosa,,,malam hari saya ingin mencucinya dengan air mata...saya ibarat anak kecil yang tidak lari dari kesilapan...dan hamparan sejadah ibarat tangan2 yang membelai...bila saya baring dan berteleku diatasnya..saya membayangkan ada usapan lembut di ubun2 saya ketika air mata ini mengalir...dan disitu lahirnya rasa tenang....

seperti biasa..rutin di pagi hari,lipat kain yg di atas sofa(dua hari ia terbiar disitu)..,kemudian masukkan kain yang sudah penuh dalam bakul dalam machine.dan rendam baju kerja dalam baldi...oops..baju kerja saya cuci tangan tau...sebab sayang ....(tak habis2 perempuan kerja dengan kain2)ini baru anak sorang ni...ermm..alya sehari tukar baju 2-3 kali!

selepas minum segelas air milo dan makan dua keping roti ...rutin puasa hari khamis...saya gapai buku di atas..sudah dua minggu buku ini baru habis di baca pagi ini

sebelum menjelang subuh...saya terfikir untuk berkongsi buku-buku yang saya baca dalam ruangan "resensi buku"  untuk bacaan pada yang sudi singgah di blog irda garmin.



"kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap perkara yang berlaku.bagaimana?ketahui "blue print"anda yang menentukan corak kehidupan kelak.Manakala imej diri adalah untuk mengenal siapa diri kita.proses kehidupan di dunia adalah mencari bekalan untuk kehidupan yang abadi kelak.carilah kebahagian bukan sekedar bahagia di dunia,malah di akhirat.setiap perkara yang berlaku dalam detik masa kehidupan adalah teladan,pengajaran dan ujian agar menguatkan jiwa dan badan.semoga kita bersama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhira" prof


buku diterbitkan pada tahun 2012 oleh AsSohwah Enterprised

142 muka surat.

Banyak yang menarik untuk dibaca memberikan kan ketenangan jiwa..:)  carilah di national library ya...

L-Listen
O-overlook
V-voice out
E-effort

itu definisi cinta buat prof...untuk huraian lanjut boleh semak di buku...membaca akan melahirkan jiwa yang lebih positif...

stay tune..dah subuh...time untuk solat...bangunkan anak..kain dalam machine pun dah siap untuk disidai..dan siap2 untuk pergi kerja...daaaa....




1 Comments

Thank you,come again :)

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post