kaunter pemulangan buku |
perpustakaan negara malaysia telah membuat perubahan,satu ic pengungjung
boleh pinjam 6 buah buku..jadi keterujaan saya pada buku walaupun dalam kesibukan saya dengan aktiviti harian menyebabkan saya gelojoh dan tamak untuk meminjam sebanyak yang mungkin termasuk menggunakan mykid anak dan ic mr hubby,sudahnya banyak buku yang tidak sempat saya habiskan untuk dibaca oleh kerana kepadatan aktiviti harian saya...orang bertanya bila masa saya membaca?sedangkan satu ic 6 buku,dua ic bersamaan 12 buku dalam masa 3 minggu!
saya baca ketika menunggu tren,dalam tren,menunggu client utk appointment atau menunggu untuk dijemput.kadang2 saya hanyut dalam dunia saya,kadang2 saya terlepas train lrt bila khayal dengan dunia bacaan.sudahnya hari ini buku yang saya pinjam beberapa minggu lepas telah lewat dipulangkan.
saya t tahu buku2 itu sudah di renew untuk pusingan pertama melalui panggilan telefon tempoh hari,kemudian saya menunggu untuk hadam buku2 ini dengan baik untuk dijadikan penulisan dalam ruangan resensi buku,tapi peluang untuk menghadam dengan baik tak dapat ,mungkin kelekaan saya pada aplikasi wassap dan banyak berangan akhir2 ini,sudahnya buku tak terbaca dengan baik.dan hari ini saya pulangkan tanpa dapat membuat sedikit perkongsian di ruangan cetusan.ishh..rasa rugi disitu,ada ilmu yang saya tak dapat kongsi.
hari ni saya pulangkan di kaunter national library,sebelum sempat penjaga kaunter bagi tahu ada denda kena bayar,,saya dah siap2 bagitahu"buku...dah lewat..nah wang denda untuk lewat pulang"..dia hanya senyum..mungkin biasa agaknya dengan situasi orang lewat pulang...
hari ini saya hanya pinjam 10 buah buku sahaja...saya berjanji akan baca dengan baik,saya xnak lengahkan sedikitpun ruang waktu untuk memahami dan mengambil input yang bermanfaat untuk saya kongsikan dengan pembaca.rugi rasanya bila setiap buku yang dibaca,saya tidak rekodkan.jadi mulai sekarang..saya berjanji pada diri sendiri..akan cuba curi waktu untuk simpan semua buku2 yang saya baca dalam ruangan resensi buku...
hasil tangkapan hari ini |
hope buku ini dapat di hadam dengan baik dalam 3 minggu dan saya berpeluang mencuri sedikit masa untuk berkongsi dengan pembaca blog .dan seperti biasa ketaksuban saya pada penulis buku2 motivasi especially dr Tuah,ada buku ini sudah pun saya pinjam sebelum ini,dan hari ini saya ulang lagi sekali pembacaannya. |
Post a Comment
Thank you,come again :)