salam...pejam celik pejam celik sudah ke hujung tahun rupanya...hari ini 1 december!ini bermakna tinggal sebulan lagi untuk menutup kalendar 2015..

Walaupun nak hujung tahun,yang tak best target saya di banking telah increase 100%.jika dulu buat 3 juta per quarter asb saja boleh dapat comm yang mantop,sekarang kena buat 6 mil per quarter..alahai..adat makan gaji suka atau tidak..layan sajalah..xsuka angkat kaki kan...kalau dulu dengan mengejar target ni..lunch saya tah kemana,ni naik lagi mungkin kaki keatas tangan ke bawah jadinya...aduhai...

tahun depan saya xnak increament gaji boleh?lagi naik basic gaji saya..lagi tinggi target saya...(pening kepala)ni buat saya selalu jadi huru hara,sedih memanjang n risau xsemena2..mencilah!

duduk semeja dengan junior2 isnin lepas,lepas meeting,kesian pulak budak2 ni yang baru join banking dah nampak muka pressure.saya senyum je tengok diorang ni,ada yang xlepas exam banking walaupun dah 5x attend,ada yang pening layan karenah customer dan ada yang pening layan permintaan boss.saya selamber je tiau"ada degree takkan exam bank pun xlepas,akak ni amik sekali je settle,gi rebus degree masing2 minum air jampi :P~~
!"hehe seronok sebenarnya tiau budak2 ni...
.

ada sorang dua datang menghampiri saya dan bertanya itu ini..statement yang buat saya tergelak"kak irda cam ne nak jadi top performer lepastu boleh pulak buat keje luar,mcm mana akk bahagi masa.tuilang besi apa..akk xpenat ke"

wah nampaknya mereka follower yang baik di FB.even saya jarang2 post..diorang tahu juga perjalanan saya.

nak tahu?haa belanja dulu..ingat ni rahsia tau...seronok sebenarnya bila kita ada 10tahun pengalaman di banking,budak2 junior ni dengar je apa kita cakap..naive betul...!

Lunch by RD..tq boss!

Tu dia...ni baru dengan junior,senior2 yang lain lepas meeting je hilang.konon ada appointment lah..ada dateline lah..blahblah..alah alasan..diorang semua dalam poket saya lah...

best sebenarnya borak2 ngan junior ni..respect diorang tinggi kat kita...saya apalagi kan..selalu perasan jadi kaunselor..bagilah sikit kata2 motivasi..ada yang baru setahun dalam bank dah mengeluh.apalagi keje penat2 incentive xdapat..muka monyok je..

untuk jadi orang sales..mentaliti kena berbeza dengan orang keje yang fix 9am-5pm!kena ada strategi dan pengurusan masa yang baik..kena tahu bezakan bila masa untuk melepak sembang lama di kedai kopi dan bilamasa kamu kena rush!jangan samakan cara kerja kita dengan banker lain..sebab sesaat yang berlalu itu ibarat anda membuang satu customer.

semangat harus kuat..kena ada azam dan vision..hari ni apa yang kita buat kena jelas..jangan datang kerja mcm tu,balik pun cam tu..kalau kamu xdpt close A kena try close B,jangan mudah putus asa. 

Terlopong budak2 ni..hihihi lawak!

tahu x ..dulu masa akak jaga preferred banking,melayan karenah customer2 vip..akak ada azam one day akak nak jadi preferred customer di bank akak berkerja..dan ingat apa yang kita fikir itu doa!dan sekarang kamu boleh search im also preferred customer walaupun akk ni balaci je di bank ni ..bukan akk nak riak.,tapi semangat ingin duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan orang lain harus ada.mentaliti dan fikiran mcm tu penting!dan pemikiran seperti itu akan buat kamu akan berada dimana yang kamu inginkan..tiada apa yang mustahil dalam hidup ni kan?.
  Bukan untuk show off,tapi kita memberi nilai pada diri kita,biar kita nampak lowprofie,kuli je kat bank ni,tapi kita juga ada nilai estetika yang orang lain xtau,,dimana mulanya??..dalam jiwa yang sanggup bekerja keras dan bijak mengurus kewangan...

"akk kenapa keje kuat sangat?rileks2 sudah lah.."




baca buku azizi ali?akk amik sedikit semangat tu..sebab tu membaca tu penting,bukan baca untuk exam je..itu pun exam unit trust kamu asyik gagal..hehe...tapi baca untuk ilmu,dan jika kamu rajin membaca,setiap hujah customer kamu akan mudah patahkan dengan bijaksana...

akk dream nak buat rumah cash!nak dapatkan pasif income dari situ...jika kita hari2 berhadapan dengan customer yang apply loan itu ini..kita ni yang masak dengan interest itu ini..harus ada pemikiran aku ingin bebas hutang!

jadi semua yang kamu inginkan harus ada :pertama semangat ingin maju ke depan,strategi dan focus!jika ketiga2 entiti ini ada,letaklah seribu halangan,satupun takkan melunturkan kerana kamu ada jiwa yang kental!

tapi kalau kita xde vision,ibarat keje cukup bulan dapat wang untuk kehidupan mcm tu je..lepas tu kahwin.ada anak dan lepas tu bersara makan duit epf,so mcm tue jer lah,tapi kalau ada sesuatu vision yang lain dari yang lain,kamu boleh rasakan momentum yang berbeza dengan orang lain.Dan itu kepuasan jiwa namanya!

walaupun dunia marketing ni agak susah dan penuh pancaroba..kalau tak kuat iman boleh tersodok ke lembah ntah apa2....tapi percayalah pada sifat ar-rahman dan ar-rahim Tuhan,jika kamu berusaha,Tuhan tidak pernah mensia2kan usaha hambanya...dan jangan usaha saja..solat kamu kelaut!solat tu jangan tinggal.baru semua usaha tak sia2..dan jangan membelakangkan dan meletakkan sesuatu di luar norma agama hanya semata2 untuk kejar target.

akk ada seorang kawan,statement dia akak masih ingat sampai sekarang
"pfc n RM yang top2 tu kadang2 kena layan customer vip ntah2 sampai kemana di layan,sebab tu jadi top performer"

satu je akk jawab..jika kamu kenal Tuhan,KAMU tidak berhak menghukum orang jika kamu tiada bukti..kalau iye pun mereka begitu..kamu masih belum layak menghukum dosa pahala orang...dan percayalah..orang yang mengejar sesuatu tapi dengan cara yang salah dengan orang2 yang salah..mereka juga takkan kemana..dapat gelaran top je lah..tapi tidak nikmat kejayaan tu sebenarnya...sebb org yang  berada di atas hasil kerja keras tanpa ada unsur2 yang salah..akan merasai kepuasan kerjaya yang tiada satu kata pun dpt menjelaskannya...bagaimana kepuasan kerja itu...

satu lagi statamen si kawan itu
"tak kesian ke bagi pinjaman kat orang,kenakan riba,lepas tu cris,blacklist"

jawablah begini..
tak kesian ke,ada budak2 yang baru kerja,yang tak tahu menyimpan,especially2 anak2 melayu habiskan duit gaji ke panggung wayang,lepak di kedai mamak berjam2,beli barang2 motor,tukar sana sini,bila tengah bulan duit gaji habis minta mak sikit buat minyak motor pergi kerja..

alangkah indahnya.jika mereka dapat sisipkan sedikit wang sekurang2nya 200 sebulan,bila hujung tahun dapat bonus asb at least 3k-4k,bagi mak sikit,bawak mak ayah gi jenjalan...tak indah ke?mentaliti ko tu bro..sila betulkan..yes bank ada interest untuk pinjaman asb..tapi win-win situation!jika bank tak paksa kamu bayar tiap2 bulan pinjaman asb,,boleh potong telinga ni jika ada yang berdisiplin boleh simpan tiap bulan sendiri..kalau ada pun mungkin 1 dalam 10..

keje kita ni..walaupun kadang2 nampak kejam..kadang2 dah macam along ..tapi kalau kena gayanya,kena consult yang betul..ia juga adalah ladang pahala pada kita..jadi2 bijak2 menebar produk pada orang yang betul dan masa yang betul..

bila orang tu gaji dia less than RM2000 dalam sebulan,jangan bantai bagi pinjaman 100k..agak2lah...logik akal..walaupun kamu seronok dapat kejar target cepat dan singkat,dapat pulak customer blur2..tapi sifat tanggungjawab tu penting,bagi yang mampu dia bayar,,bukan bagi pinjaman ikut sedap kamu rasa...xkemana kalau buat orang macam tu..

biar sikit,tapi percayalah jika kamu bertanggungjawab pada orang,ALLAH akan hantar lebih ramai orang pada kamu untuk itu..jangan tamak,tapi kerja dengan bijak..

 





Hehe..seronok gak jadi kaunselor tak bergaji ni...dah saya selalu berangan kan..oklah december dikau datang dengan seribu harapan..bulan penutup tahun 2015..banyak kenangan tahun ini rupanya...alhamdulilah untuk semua...dan ini bulan terakhir untuk saya speed energy untuk kpi,dan semoga bulan ini proses penukaran nama di land office settle dengan cepat dan mudah..

undang2 manusia,,ada apa dengan undang2 manusiakan?undang2 ALLAH PUN ada yang langar,inikan pula undang2 manusia esok2 ada aje akta yang digubal mengikut selera mereka...


Semoga semua laluannya mudah...dan saya menanti 2016 dengan penuh debaran...

dan untuk kesekian kalinya..dan untuk sekali lagi..apakah?adakah...biarkan saja...


Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post