Jika dulu kita pernah dengar sahabat pena,..yang bertukar-tukar surat mahupun cerita..hari ni zaman lebih pantas dan mudah,tak perlu beli setem atau membuang dakwat pena untuk berkenalan dengan orang yang jauh..semuanya di hujung jari.dalam dunia maya,seperti FB,instagram,twitter dan sebagainya.carian googles pun boleh.
ada yang menggunakannya dengan baik,mencari rakan untuk tujuan business atau mencari pasangan.buktinya ada beberapa orang kenalan saya bertemu jodoh dan sekarang hidup bahagia sebagai suami isteri yang berkenalan di FB.ada 2-3 orang.tapi awas!ada juga yang menjadi mangsa pada kasanova yang menebar pesona melalui dunia maya buktinya laporan akhbar banyak membentangkan isu2 wanita yang terpedaya dengan janji manis dan kata2 romantis hanya melalui dunia maya..kasihan lah hai...
saya juga tidak terlepas mempunyai sahabat maya yang saya kenali beberapa tahun lepas..tapii oppss semua sahabat maya saya perempuan ya.tidak pernah lagi saya berkenalan dengan mana2 lelaki di dunia maya.kalaulah saya single dan belum berkahwin sekalipun,dunia maya bukanlah tempat saya untuk berkenalan,sebab saya sukar percaya pada orang yang tidak saya ketahui rumahnya,kawan2nya,atau asal usulnya.kalau ada pun yang add saya di FB,untuk saya accept saya akan pastikan dia mempunyai mutual friend dengan saya lebih dari 20 orang,baru saya accept.tujuan nya hanya satu untuk saya tambah networking dalam kerjaya saya.
baiklah berbalik pada sahabat maya saya,saya rasakan ukhuwah kami sungguh kuat walaupun hingga ke hari ini saya masih belum pernah bertemu secara 4 mata.kak rahayu rashid yang tinggal di shah alam,adalah surirumah sepenuh masa,blogger dan juga penulis yang baik.saya mengenalinya melalui sis shehren shadan yang merupakan kenalan saya yang mengikuti perkembangan saya melalui sis wardina fan page.tidak saya sangka penulisan saya di fb shehren shadan menjadikan sebagai inspirasi dan follow fb saya.sis rahayu dikenalkan oleh sis shehren dan sis rahayulah yang tolong saya create blog cetusan garmin.
walaupun kami tidak pernah bertemu,hanya di fb dan wassap,sis ayu banyak tolong saya dalam melahirkan cetusan irda garmin.saya yang percaya padanya juga ada juga berkongsi password untuk diedit garmin.dia juga banyak tunjuk ajar saya.penulisannya lebih santai dan saya kadang2 tersentuh dengan penulisan blogger rahayu rashid sebab lebih mudah difahami dan banyak pengajaran.ibu,surirumah sepenuh masa ini melepaskan kerjaya nya yang bagus dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan walaupun surirumah sepenuh masa beliau merupakan penulis blog berbayar setiap bulan,dan juga menjual shawl dan perfume di blognya.
benar kata orang,jadi surirumah tidak semestinya tidak ada income,yang penting bijak meraih peluang je.tahniah kak rahayu rashid,anda mentor saya dalam dunia blogger!dan terima kasihsis shehren kenalkan saya pada sis ayu!
melalui akademi berkerja di rumah yang mempunyai kelas blog tersendiri,saya berkenalan pula dengan siti munirah yang mempunyai beberapa blog,sis munirah juga berbesar hati untuk mewujudkan nuffnang di blog saya.melalui nuffnang saya akan memperolehi pendapatan pasif melalui penulisan.saya yang agak sibuk kebelakangan ini masih belum berkesempatan untuk berguru dengan lebih lanjut dengan sis munirah.
itulah sahabat2 maya saya yang banyak beri tips pada saya untuk lebih maju ke depan?jadi anda ada sahabt maya?apa tujuannya/gosip..atau sekadar suka stalk sahabat maya anda?,cun ke idak,kaya ke idak,dressing n so on?buang masa semua tu..carilah sahabat maya yang memberi manfaat untuk anda dan anda juga mampu memberi manfaat kepada mereka.lepas ni kak ayu nak kenalkan saya dengan blogger yang gigih juga sue haida namanya,nak edit apa2 blog boleh contact dia.seorang surirumah yang gigih juga..yang boleh jadi inspirasi.
ramai kawan itu tidak salah...yang salah jika anda mempunyai kawan2 yang salah dan langsung tidak memberi manfaat pada anda.jadi walaupun ada ramai kawan,tidak semestinya anda tidak boleh berkawan baik walaupun hanya di dunia maya.impian saya,one day saya nak jumpa dengan sahabat maya saya ini..mungkin makan2 atau pun minum2..ukhuwah saya kuat dengan mereka.ukhuwah kerana ALLAH dan kami saling ikhlas...dan ikhlas itu bukan sekedar ucapan,tapi mampu di rasa dari hati yang dalam.
timbul rasa kagum dan respect pada sahabat2 saya ini.insyaLLAH one day ALLAH bagi rezeki untuk kami berkumpul dan bertemu secara nyata.
terima kasih kak ayu!
Post a Comment
Thank you,come again :)