2015 award



"bekerjalah kamu sekuat-kuatnya bagaikan kamu ingin hidup 1000 tahun lagi,dan beribadah lah kamu dengan sebaik2nya bagaikan kamu ingin mati esok "

"sekecil-kecil perkara lakukanlah bersungguh2,walaupun hanya membuang duri  di jalanan,kerana disitu ada nilai ibadah disisi Tuhan"

"Sedangkan ulat dalam batu ada rezekinya,apalagi kita bagaikan sang helang yang berterbangan mencari rezeki yang terbentang luas di atas bumi Tuhan,kuncinya bijak mengurus ,masa dan kuat mental & fizikal mengharungi setiap onak duri kehidupan"

Tiga tahun berturut-turut anugerah ini masih dalam genggaman,masih sama seperti dulu.Tiada jalan singkat,tiada jampi serapah selain kerja keras dan pengurusan masa yang baik untuk mengekalkan kedudukan.

Alhamdulilah puji syukur pada ALLAH kerana masih mempermudahkan perjalanan dalam kerja,walaupun dalam terkejar-kejar dengan masa antara coway dan keluarga,walaupun tidak tiada kereta,siapa kata buat sales kena drive?kalau ada kemahuan..disitu ada bantuan TUHAN,kuncinya?kerja keras dan semangat tak kenal putus asa...dan disertai dengan niat yang baik,maka kita mampu menjadi seseorang yang boleh dibanggakan.



Riak?tidak..minta dijauhkan rasa kagum dengan diri sendiri.Minta dijauhkan walau sekelumit rasa bangga diri,minta ALLAH jaga hati kecil ini merasa diri cukup bagus.Cuma saya ingin berkongi sebuah inspirasi untuk anda yang ingin berada pada level yang ingin dibanggakan.berstatus isteri,menjadi seorang ibu,jaga ibu bapa dan juga mempunyai kerja lain selain kerja rutin bukanlah satu alasan untuk anda mengabaikan kerja anda.Semuanya akan NAIK serentak satu masa jika anda focus pada  matlamat anda.

Setiap apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil kerja keras semalam,dan percayalah ada bakat saja tidak cukup,ada kerja keras saja tidak cukup,yang melengkapi kejayaan anda adalah rasa tanggungjawab anda pada orang lain dan keluarga andaJangan gila kejar target,kita potong leher orang,jual produk pada yang tidak bersesuaian.Jangan berjaya atas susahnya orang lain,tapi berjayalah dengan memberi manfaat pada orang lain.Baru anda mampu layak digelar top sales performers.!
                   
                             
En Azzam(Head consumer & Distribution):Congrat ..How ur work without your Beloved Boss Mary?I know u can..:).u r champion for bank negara..i know u also can champion in sales!right??

Mr Freddie(Head CSD1): Proud of u..wakil RD 1.keep it up 

Me:Thank u Bosses...Im work hard  to earn smart..(Dalam hati,reduce target boleh?lepas tu,naik salary n incentive bley?hehe)tak terluah actually..simpan je lah impian tu..sebab kena jadi behave dan tak boleh jadi selamber sangat time tu..


Perbualan yang singkat buat saya jadi pemalu sebentar...

 Sebenarnya malam dinner tu saya macam malas nak attend.perut saya tidak berapa baik,bila sahabat baik datang senggugut pula.sebelum ni tak pernah pula macam tu.Lagipun saya macam tiada mood nak attend dinner,baru je minggu lepas attend dinner coway,dinner itu ini,baju pun tak de.Tapi fikirkan puan(Regional director)yang ada di malam dinner tu.Saya gagahkan diri walaupun perut krem je dari pagi.Kesian puan,pasti dia nak tengok wakil dari regionnya untuk amik award.

Malam tu saya sempat jumpa wakil dari sarawak,johor bahru,negeri sembilan dan ramai lagi.Bukan sombong saya yang keletihan lebih banyak diam tanpa berbual banyak.Biasalah jumpa dengan top-top performers ni,masing2 nak tunjuk taring.Saya hanya memandang dari sudut tepi meja.

Kali ni saya tidak peduli dah..simple touch up make up..no nice dress up..sebab saya memang takkan pandai make up sendiri,hadir untuk menghargai orang yang menjemput.Semua orang glamour,saya je rasanya biasa-biasa.Ahh biarlah...peduli apa saya kan?
 
muka saya yang penat

MENU
Dinner kali ini bertempat di  Bistro Cascata Restaurant,Cyberview Resort & Spa,Cyberjaya.Tahun lepas rasanya di marriot,tahun ni maybe nak cut cost,tak semua pfc yang dapat kick off dapat join dinner.Dinner kali lebih santai,suasana malam yang santai.Jika tahun lepas saya adalah emcee tahun ini saya hanya datang menikmati makanan.


Pagi sebelum dinner,saya berada di Distreet 21,IOI Mall Putrajaya.Program yang patut bermula jam 7.30 am!Tapi sebab pagi-pagi saya sibuk uruskan anak nak sekolah,breafastnyalah,mandikan dia lah,siapkan baju dia lah.jam 7.30 baru saya bertolak dari rumah.

Saya actually rasa bersyukur sangat,ada je kawan2 yang baik hati yang sudi amik jemput dan sama-sama pergi ke putrajaya.Hubby memang tak sempatlah nak hantar sebab hari jumaat hari yang busy.belum campur tolak lagi dengan jem nya jalan.

Saya naik kereta dengan junior saya dan juga merupakan client coway saya.heheh..junior saya ni beli Lombok untuk pengudaraan rumahnya.kami berempat satu kereta.Yang 3 tu semua junior.Mereka semua cuak sebab lambatkan.Apalagi kalau mr alvin dah call2 dari tadi.Alvin adalah leader untuk RD1.

"u all mana lagi?mahu set group ni,ini game mahu mula sudah"

"Mr alvin kami amik kak irda dulu,tue lambat sikit,takpalah lambat ya..sebab dalam ni ada top performer,nanti kalau kena marah sebut je nama kak irda tau semua orang"

saya hanya angkat kening bila husnul sebut nama saya untuk protect kami yang lambat.Yang lain2 pun tergelak2.Tapi memang betul pun semua orang lambat sebab tunggu saya hantar alya pergi sekolah dulu.Saya yang ajar mereka,tak payah nak takut sangat.Game tu akan kita buat juga.Biar kita lambat,tapi sampai,ok?

Budak2 junior yang baik semuanya mengikut kata.Dalam perjalanan yang sesaknya jalan,saya buka buku Dr TUAH,DAN saya biarkan mereka bertiga berbual,saya hanyut dengan dunia saya dan deangan buku saya.

Saya text alvin"Alvin dearest,we bit late.so our group name Alvin & chipmunks ..so all chipmunks stuck dalam jem now"hehe..saya pun snap iklan kat papan tu wassap utk alvin.supaya hilang sikit stress alvin tunggu kami.:) 
Kami sampai di IOI mall putrajaya tepat pukul 9.So masa ni masih ramai yang baru nak breakfast.

"so adik2,kita takdelah lambat sangat.janji orang malaysia ni kalau pukul 7.30 lambatkan satu jam setengah"saya tergelak2 je.walaupun perut tak berapa sihat,nampak alvin ,saya hanya berikan senyuman.

Mungkin dia fikir,saya lah ketua ajak budak2 ni lambat.Senior maa..so junior kena ikut cakap senior.. taklah sebenarnya saya bangun pukul 4 am,tapi saya uruskan anak pergi sekolah dulu alvin.

Kalau alya ada kidzania,hari ni mama alya jadi remaja semula.Lama tak panjat memanjat,hari ni layan semua game.Gayat?memang saya penakut,tapi hati saya ni kuat nak mencuba semua game.Ada sesuatu yang buat saya nak lepaskan dengan jeritan!
puas hati sampai kat atas

Ini adalah team saya


Semua game saya cuba hanya satu saya tak larat.The maze Game,yang tu saya surrender.Saya biarkan mereka berenam teruskan.Kumpulan saya adalah kumpulan yang ke 22.Sebab kami kan datang lambat tadi

Saya mencari2 kawan2 saya,ternyata boleh dibilang dengan jari muka senior.Ramai yang datang pfc kick off kali ni muka2 baru.Junior yang layak datang hanyalah yang dapat kpi 3 minimum.Ternyata senior saya hanya ada maziah,rozandy,Vincent dan yang lain2 tiada.Mana mereka?XBEST kalau xcukup team.Apapun saya sebagai pemerhati sebentar dapat rasakan kegembiraan pfc2  baru yang lain.Mungkin ini first time mereka join under Bank program.Saya sudah 3 tahun join aktiviti ini mula rasa bosan,mungkin agak tua dah untuk semua ni.hehe saya senyum sorang2.

Tetiba waktu saya termenung sorang2,alvin datang menghampiri.

"Hi,xjoin game ka?apa macam duduk sorang2"

Saya terkejut disergah macam tu!

"No lah alvin,im tired dah.By the way thanks ya.invited me for this program.thank you for ur support,my kpi change from 2.65 to 4.6 by year end.all this cause ur support.U r the best leader bro"Saya yang rasa bersalah pagi tadi datang lambat,cuba mencari ruang untuk berborak dengan alvin.

"No larh,ini u punya hardwork juga.kami as retail segment manager hanya boleh guide saja.u all lah keja keras,Dis year kpi change banyak ya,nanti i datang ofis u kita discuss"

Ni tak sedap ni,penat2 cam ni alvin cita pasal kpi tahun ni pula.spoil..hehe

Habis aktiviti di Distreet 21,kami bergerak balik ke pusat putra training Bangi.Lunch disitu.Lepas solat jumaat ada program lain pula.Saya yang tak tau nak buat apa,minta diri dari budak2 lain.Saya minta sebuah bilik untuk berehat.Sebenarnya tiada bilik untuk local,semuanya untuk oustation staff.Saya yang tak peduli nak juga bilik sebab saya nak berehat dan baca buku.Mungkin orang tengok saya banyak cakap,tapi hakikatnya saya sentiasa mencari ruang untuk bersendirian untuk menghabiskan bacaan saya.
banyak perubahan bilik di pusat training bangi ni
Bilik yang saya minta dapat juga,lama saya tidak tido di pusat putra bangi.banyak perubahan.last saya menginap disini masa mula2 merger dulu.itupun 7 tahun sudah berlalu.Nampak lebih baik dan lebih selesa.Terima kasih leader berikan saya bilik untuk berehat.Lepas mandi saya hempaskan badan,kononnya nak tido,tak sangka sampai ke sudah saya tidak tido
saya tidak berada lama di dewan ni.Selepas penyampaian award,dan soal jawab.Lepas tea break saya sekali lagi tinggalkan semua orang untuk naik ke bilik dan berehat.
saya tinggalkan slide show,saya tinggalkan kawan2,saya naik ke atas bilik tido.Perut saya tidak mengizinkan saya berada lama2 disitu.Lagipun kalau otak dan hati saya tiada disitu,saya tidak akan fokus apapun topik bicara.Maaf bosses,dengan alasan tidak sihat saya terbaring dari pukul 4 sampailah pukul 7.Itupun sebab kawan saya datang untuk menjenguk adakah saya ok2 saja.

tepat pukul 7 saya bersiap2 pula ke cyberjaya.Dan saya cukup malas sebenarnya,dan dengan rasa berat hati saya gerakkan kaki melangkah ke bilik air dan mandi untuk bersiap.Saya tak tau nak conteng muka macam mana,hanya selapis bedak asas dan lipstik,saya terdiam kaku lama memerhati wajah di cermin.No heavy makeup,no contact lense sebab tertinggal lense di office satu sifat saya begitu,saya tenung lagi wajah saya yang biasa-biasa ni.saya pakai spek,saya senyum.Terima kasih Tuhan dengan ciptaan MU.Biar wajah biasa2,tapi saya ada semangat luar biasa.hehehe...sampai la saya dapat notification wassap

"Babe,I tunggu u kat bawah dah ni,u dah siap ke "Maziah kawan saya dah text.rupanya dia dah dalam kereta menunggu saya.Terima kasih Tuhan kerana sentiasa hadirkan kawan2 yang sentiasa sudi membantu.

Dengan malasnya saya menuruni tangga dari tingkat 3 untuk ke cyberjaya.Malam ini adalah malam  untuk saya dan 50 orang pfc yang terpilih nationwide,patutnya saya lebih ceria kot!

Alhamdulilah,malam  ni saya dapat award dan hadiah cabutan bertuah.mesti alya suka ni mama balik bawak balik hadiah untuk dia.

Habis dinner,music untuk dance bermula.Saya mula angkat kaki dan bergerak ke luar dari restoran.saya biarkan yang lain2 disitu.saya rindu nak peluk my alya...selamat tinggal kawan2...enjoy ur night..

my sharinG di FB
Alhamdulilah for 2015 achievement in banking!
!spirit still there..

 Terima kasih pada ucapan  ini,dan saya abadikan semuanya dalam blog@diary ini.Dan terima kasih juga pada yang wassap pm dan group.

Award ini hanyalah penilaian manusia pada kerja keras saya pada tahun 2015,hakikatnya penilaian disisi Tuhan belum tahu bagaimana,.setitis tinta mungkin mampu membawa orang berfikir,sebaris kata2 kadang-kadang membuat orang terguris,minta saya pada DIA,jagalah tutur kata saya,gerak geri saya,agar dalam apajua kerja saya sentiasa dalam petunjukNYA.
  
Kerana saya tetap manusia yang kadang2 mungkin lupa... 

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post