Apabila saya memaparkan kejayaan atau berkongsi pencapaian,ia hanya sekedar bertujuan motivasi kepada orang lain

Jika saya mengatakan saya ingin bekerja keras untuk buat rumah cash tahun ini bukanlah sebagai ujub diri atau sombong.Ada orang mengatakan tak perlu nak  berimpian setinggi langit kalau diri hanya bagaikan rumput dipijak orang.  lakukan sekedarnya saja takut dianggap sombong dan riak.

"aku tak mahu sombong,aku rela hidup seadanya asalkan tidak menyusahkan orang"

kenyataan ini salah lebih baik berbangga dengan apa yang anda sudah capai dan menghebahkan apa yang ingin anda capai kerana ia memberi motivasi pada orang lain yang tiada sifat dengki.Jika anda mencapainya anda selepas anda berusaha keras ia lebih baik dari sifat tawaduk tapi malas dan tiada wawasan.
 
"apa guna tayang gambar amik award sana sini,begini begitu,eleh.."

Persepsi ini salah ,kita patut memberitahu tentang kerja keras kita dan ini hasilnya agar orang lain yang berfikiran ke depan dan sama status dengan kita menjadikan ia sumber semangat untuk sama-sama berjaya.Lebih baik mencanang apa yang kita capai daripada anda bersifat apa adanya,atau bertindak sederhana kerana tidak mahu dianggap untuk up diri sendiri.Tapi hakikatnya ,dan sememangnya anda pemalas atau tidak ada wawasan,bagi anda cukup apa adanya,jadi dari hari makan bulan dan makan tahun...anda masih di kedudukan yang sama.

Sedangkan dalam agama,Allah tidak akan merubah jika kita tidak mahu berubah.Buktikan anda wanita,status isteri ada keluarga untuk diuruskan,tapi anda juga mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dalam lapangan kerjaya.Anda juga mampu menjadi sri kandi moden.

Ingat,mutakhir ini hormat manusia pada kita adalah melalui apa yang kita miliki dan apa yang kita capai.Memang gila dihormati itu salah,tapi menjadi orang terhormat itu perlu dan wajar untuk kita cari.

Dalam agama kita dituntut untuk mencari kekayaan dan mempamerkan kekayaan bukan untuk sombong tapi pencetus motivasi dan agar kita tidak menjadi bangsa diperlekehkan.Islamofobia mengtakan orang islam itu selekeh,miskin,mundur,ganas dan radikal.


Sebab tu  kita jangan bersifat biasa-biasa,dan bersifat tidak apalah,kalau terpaksa kita break the rules,apa salahnya asalkan kita tidak menganiaya sesiapa.
 

Jika bangsa lain menjadi mandur,sampai bila kita menjadi bangsa yang hanya diatur-atur?kita juga sebahagian dalam pencaturan ekonomi kenapa biarkan orang lain rakus ?Bila ada bangsa kita sendiri maju ke depan kita dibelakang mencebik bibir?

Kita kadang-kadang sering bersifat tidak apa,biarkan saja,kalau dah rezeki kita..kita punya..ya benar,kalau rezeki tak kemana,tapi ingat rezeki itu tidak bulat datang bergolek,rezeki itu tak pipih datang melayang.


"Buat apa terkejar-kejar macam tu,macam hamba kepada duit,terima je lah apa adanya"

Tapi bila tak da duit,anak nak kahwin pun buat pinjaman peribadi,bila takda duit,suami isteri pun bertikam lidah,takda duit pun nak kahwin tangguh tahun demi tahun,takda duit nak pergi keje pun serabut,takda duit adik beradik pun menjauh..

ini semua disaat kita ada kita joli habis,disuruh keje lebih katanya tak mahu jadi hamba duit,dan akhir sekali kita ambil sikap tidak apa..akhirnya bertahun-tahun kita masih di level yang sama,kerana ketidak apaan kita itu.

Dan  walaupun saya memegang credit card preferred banking,limit 5 angka,itu tidak menjadikan saya gila berbelanja. balance sentiasa zerorise dan tak pernah kena interest.kerana saya mengukur baju di badan sendiri,beli apa yang perlu bukan apa yang mahu.
 


Tanya saja syarikat apa jua,pasti mengatakan kita adalah bangsa yang menjadi pelanggan terbaik.Jika membeli tak fikir untuk esok lagi,ada jualan murah kita dibarisan hadapan,lihat sahaja statistik aeon credit mahupun courtsmammoth,siapa pengguna yang menjadi dewa?kalau bukan kita yang bersikap tidak apa....sudahnya makan tahun kita masih membayar hutang...


Bayangkan 10 tahun akan datang,jika kita sering bersifat tidak apa-apa dan tidak mahu ke depan takut dianggap gila nama dan harta?habis tu macam mana hendak jadi bangsa dihormati..sedangkan untuk berdakwah sekalipun kita perlukan nama yang baik dan harta yang cukup agar kita mudah diikuti.

Sekarang bukan zaman tunggu dan lihat,tapi ini zaman untuk kita rebut peluang dan pedulikan kata-kata orang,asalkan tidak salah pada agama,yang ada kita hebahkan,yang ingin kita capai ungkapkan..agar ada orang yang positif sama-sama mengaminkan impian. 


Kadang-kadang saya tak faham..ada orang bertudung litup,baju pun berlengan panjang,baju longgar-longgar tak mahu nampak saiz badan..tapi saya tak faham,time solat dia tak de.ada orang yang pakai skirt atas lutut sekalipun,time solat dia hadir.Kedua-duanya wajib untuk di jaga aurat dan solat,tapi dalam situasi ini ada solusi yang perlu kita fikirkan.

kadang-kadang,pakaiannya tertutup baik,tapi mulutnya tak pernah berfikir sebelum ternganga,bicaranya tak seindah pakaiannya.bertutup litup tapi lidahnya hebat mengata,kasihan...kenapa mencerminkan orang islam begitu?

Ada orang beranggapan kalau perempuan duduk diam-diam sudahlah.Kalau dah kahwin,buatlah seadanya,tak perlu kerja keras sangat.Tapi terfikir kah oleh anda,adakah hidup seorang wanita itu sampai disitu sahaja?impian kita mati apabila kita sudah berkeluarga sendiri?Jika ibu bapa anda masih ada,pandanglah kedua-dua matanya..adakah anda dilahirkan dan dibesarkan..apabila sudah berkeluarga kita hanya tertumpu pada keluarga sendiri dan sibuk dengan urusan rumahtangga sahaja,sibuk dengan anak-anak sahaja.

Memang mereka tidak meminta apa-apa,tapi alangkah malangnya jika kita hidup tidak memberi apa-apa.Sedangkan kita sebenarnya mampu jika kita tahu mengkelaskan yang mana utama dan mana yang ke dua.Ibarat akaun epf sub akaun 1 apa fungsinya dan sub akaun 2 ada fungsinya,uruskan kedua-dua akaun ini dengan baik.

Antara keluarga sendiri dan ibubapa,ia dibawah tengkuk untuk pertanggungjawaban anda.Jangan jadikan,alasan anda seorang wanita anda hanya ingin ditatang dan dimanja-manja,jika ya pun suami anda orang kaya dan berada,orang tua anda tetap tanggungawab anda,usah meminta untuk memberi,tapi berusahalah atas kaki sendiri.

Syurga sebelum berkahwin letaknya di bawah tapak kaki ibu,selepas berkahwin ditapak kaki suamimu.Berkompromilah dengan bijaksana agar kamu berjaya mengurus kedua-duanya.

Ada orang tak mau dianggap over,tak mahu dikata berlagak,tak mahu dikata lebih sudu dari kuah.sudahnya lakukan biasa-biasa saja.Sampai bila anda harus berfikir apa orang kata?Pedulikan..kelak bila anda berada di atas,mereka akan terngadah untuk melihat.

Bila saya menyatakan impian dan keinginan contohnya membina rumah secara tunai untuk ibu tercinta dengan kerja keras saya tahun ini,Janganlah menganggap saya sombong dan ujub diri,usah sempitkan definisi sombong.Tidak semestinya yang berbau keinginan itu dikira sombong.

Dan orang yang merasakan apa yang dimiliki orang lain dan apa yang dicapai orang lalu orang itu berkongsi kegembiraannya,itu bukan tanda dia bermegah-megah.Jika anda mempunyai kolam jiwa yang bebas keladak dengki dan iri hati,pasti anda memahami bahwa itu cetusan motivasi dan sumber inspirasi bukan bangga diri. 

Dan saya menuju vision 2016. 

Dan anda harus memahami apa itu motivasi.Motivasi diperlukan untuk mencapai kecemerlangan.Ada motivasi sekunder dan motivasi premier,seperti tumbuhan sentiasa bersaing untuk memanculkan pucuknya,itu kita panggil motivasi premier.Dan kita manusia perlukan motivasi sekunder dan premier supaya kita boleh bersaing dan muncul terbaik dikalangan terbaik.
-Dr tuah

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post