Merasa terpanggil untuk mengulas lebih lanjut tentang tajuk diatas,hasil perbincangan di group BFF di pagi hari hari ini
Apa yang saya ingin tekankan disini,saya tidak pernah sesekali menidakkan untuk kita berkongsi nikmat kehidupan dan share dengan orang lain itu tanda kita bersyukur,Malah dalam agama pun ada dikatakan,,,sebut-sebutkankanlah nikmat Tuhanmu itu.Asalkan niatnya betul dan benar..everything about nawaitu kita...
.kerana saya juga berkongsi nikmat kegembiran dengan performance,kecemerlangan anak atau sebagainya.Dan semoga niat saya juga jelas ...dan semoga ALLAH lindungi saya dari segala kekhilafan..
,apa yang saya cuba sampaikan di part one adalah lebih kepada orang-orang yang suka menyampaikan propaganda politik...dan seterunya orang yang suka meluahkan rasa ntah apa-apa meroyan di FB.
Contohnya ada orang menulis:"&^%& keluar semua perkataan yang berupa mencarut atau bernada emosi dan ditujukan pada seseorang atau sesebuah parti politik/,
dan adapula orang yang berlebihan-lebihan jiwang karatnya dalam fb dan ditujukan pula pada bukan ada apa-apa dengannya dan bila sudah ada selisih faham timbul pula ungkit mengungkit dan kemarahan ntah apa-apa sampai berjela-jela statusnya...,itu yang saya tegur,fikir sebelum share"
Selain itu ada pula orang tak habis-habis letak icon-icon sedih,atau quote sedih2..berada dalam kesedihan,hingga menulis"biar Tuhan membalas perbuatan mu"esok tulis lagi"aku kuat keranaMU"esok tulis lagi"aku sedih kerana aku tahu aku sedang dibawah,hanya aku yang tahu diriku"esok tulis lagi..blabla..dari orang simpati lahir rasa menyampah...
Dan terus-terus menulis dan menulis bagaikan meraih simpati,come on lah,orang pertama kali membaca kisah anda atau perasaan anda mungkin berasa simpati,tapi lama-lama orang bosan tau!jadi usah acapkali berkongsi perkara yang melalut-melalut
Kalau terlalu sedih sangat,bukan Fb tempatnya,dalam sujud terrakhir bertelekulah lama,doalah dan nanges lah,lepas itu bangkit dan bangun,sebab seiring masa semuanya akan berlalu,dan suatu saat Allah tahu yang terbaik untuk mu...
Dan belum lagi perli memerli..dan so on!sebab saya juga tak terkecuali dengan status-status begitu di awal fb saya ada,jadi sebab tu saya delete sikit demi sikit,sebab kita belajar untuk lebih dewasa.
Tapi tidak menjadi kesalahan,jika anda berkongsi,asalkan apa yang anda kongsi atau tulis tidak memualkan orang lain,tidak menyakiti orang lain..silakan...dan itu Fb anda..suka hati andalah..tapi bijak-bijaklah berkongsi..sampai sekarang saya juga masih berkongsi..tak salah pun nak kongsi makan apa,dimana atau apa sajaa...itu tanda kita mensyukuri nikmat..begitu juga,saya cuba menjadikan perkongsian saya sebagai inspirasi pada yang sudi memahami.
Lagipun tiada apa yang hebat atau woww sangat dalam kehidupan saya ini selain sedikit semangat,kata-kata pemberi semangat dan aktiviti-aktiviti family,kawan dan kerja untuk saya kongsikan.selebihnya saya h juga hanya biasa-biasa,makan pun di tempat biasa-biasa,sesekali bila makan ditempat mewah,saya juga akan berkongsi sebagai tanda syukur....
tapi yang salah contohnya kita tambah caption"makan ini harga segini sebelum ini,gara-gara gst *&*&* tak cukup duit aku"
"dulu duit banyak ni cukup je,sekarang semua naik,duit aku tak naik-naik!&^%&% keluar semua perkataan menyalahkan orang atau kerajaan..
jadi sila fahami maksud saya di part one...tak salah berkongsi,yang salah cara perkongsian anda itu,dan hopefully fb anda tidak lagi penuh drama di wallnya...
P/S
ingat apa yang kita tulis,apa yang kita baca adalah cerminan peribadi kita
Post a Comment
Thank you,come again :)