Bila sorang-sorang kawan-kawan seperjuangan angkat kaki..yang dah 10-12 tahun pun sudah keluar dari banking,terasa diri bagaikan begitu selesa disatu tempat,masih disitu sejak bertahun lamanya,teringin nak meneruskan perjuangan di tempat lain juga.
Bila sorang kawan pergi ke bank competitor dan dari branch manager sekarang bergelar team leader untuk satu product sahaja,..saya masih termangu samaada ingin berhijrah sama.ahh irda..takkan jadi orang yang ikut-ikutan,bukankah irda ada prinsip sendiri..yaa....
Tapi pagi itu...bila satu notification wassap dari seorang abang senior menerjah dengan soalan begini membuat aku teruja dan tercampak pen ke belakang sebab" terexcited"..ohh my english...abaikan english.Memang ini sebenarnya mimpi ku selama ni
"Irda,ada bank competitor ni cari trainer,full time trainer,bergerak ke utara selatan sebagai trainer dalam wealth management product,basic 5 angka!,"
Ini bukan soal basic beb,tapi ini kerjaya impian,jadi trainer..woww..saya memang selalu berangan nak jadi kaunselor,tak pun lecterur,tak pun trainer..sudahnya tak dapat lagi semua tu saya "menglecturerkan"oh englishku...client saya dengan falsafah-falsafah memeningkan diorang,saya kaunselingkan sorang-sorang mana yang susah nak simpan wang,
saya cuci minda bagaikan menyental baju sekolah alya...memang di luar skop kerja saya,tapi saya tak pernah lepaskan walaupun seminit conversation dengan client dengan apa-apa falsafah yang saya doktrinkan sebagai kewajiban saya dalam menasihati orang..saya berasa bertanggungjawab menasihati mereka.apalagi anak2 melayu yang bertahun tapi atm card asyik mencurahkan duit keluar bagaikan air....sudahnya kadang-kadang client cari saya bukan untuk invest saja...masalah diorang dah jadi masalah saya juga...ko yang cari pasal irda!ringan mulut sangat kan...padan muka..
But im ok..at least client bank jadi client coway saya..dan jadi client mc saya..esok jadi client produk saya yang lain-lain..ehem....bukankah ringan mulut itu networking?networking is silaturrahim...
Bytheway keterujaan itu membuat ku "mengupdate"CV dengan pantas...email dihantar menunggu respon orang dibelah sana...woww...tak sangka ku dikenali oleh si peminta resume...di tanya semua exam sudah lulus...ku jawab penuh bangga ..lulus ..hidung yang tak berapa mancung kembang kempis..sebab ada kawan amik exam prs sampai 5 x...saya ada PRS,FIMM,TBE,CEILI,PCE..complete tuan!Keterujaan semakin jelas...bila membayangkan kerjaya impian di depan..angan-angan ku panjangkan..irda memang begitu..makin berusia makin kuat berangan!
Sad to say.ADA satu major licence ku takda lagi as consultant,dan ada modul 1.2 ku tak da lagi..Mereka mula "mengadvise". oh my english!."Irda kami bagi tawaran interview dulu,masuk as Relationship Manager dulu,amik setahun untuk completekan licence u,then after that kita slotkan as internal trainer,I tahu u top performar kat bank sana,kat sini kita bagi up basic u kepada....."
Tett....woww...honestly speaking..Dengan selamba ku menjawab"I interested for trainer position,not for sales position,not cause of money but for satisfaction..I know my credibility....and for now..i think i m not suitable for that position".
i tak reti handle orang ada-ada...i suka mass market,senang sikit nak twist minda diorang..kalau position tu kat bank i pun ada offer la..hati kecil berbicara.
SNOBBISH? tak jugak..cuma bagi saya kalau nak merisik sales person..apa kata bagitahu je awal-awal...dan saya takkan pudarkan cinta saya pada bank tempat bernaung sekarang ini hanya kerana untuk upkan basic 1 to 2 k lagi.cewah!.sebab sekarang saya dalam dilema antara coway dan bank...Kalau saya nak melompat ke bank lain pun..biarlah diluar skop kerja yang berlainan..
p/s
Keterujaan pada kerja itu datang jika anda meletakkan jiwa dan hati disitu,jika tiada jiwa dan hati,setiap hari fikir nak mc,setiap hari fikir bila nak gaji,setiap hari fikir bila nak cuti,Bila anda ada jiwa & hati,cinta akan timbul sekali,bila anda cinta kerjaya..setiap keputusan sungguh susah untuk anda buat timbang tara,bila sesuatu datang anda masih terkaku lama...samada terkalih arah atau menunggu masa mengubahnya..dan aku sekarang dalam dilema..adakah tahun depan masih dikedudukan yang sama...
Ingat machine kalau lama-lama digunakan untuk sesuatu pekerjaan akan ada masanya rosak,begitu juga manusia,jika terlalu lama jual produk yang sama sampai satu saat ia akan tepu!
Post a Comment
Thank you,come again :)