319 muka surat

Dr.Hm Tuah Iskandar al-haj

cetakan Dasar cetak sdn.bhd




Resensi buku ini

Bagus,elok,kemas pada pakaian ,tingkah laku dan gaya adalah makna khusus untuk anggun.Dalam bahasa inggeris diistilahkan sebagai neat,nice,well-dressed.

Dr Tuah sentiasa menekankan aspek 3E 
EXTRA MIND(Membina Minda Extra)

Keunggulan minda amat bergantung pada arus alpha.Manusia dikuasai oleh 4 arus iaitu alpha,beta,theta dan delta.arus normal maanusia cemerlang dan pintar adalah arus alpha.Maka untuk jadi anggun binalah minda.usah serabutkaan dengan masalah yang tidak-tidak,usah racuni dengan makanan yang tidak halal dan usah perlekeh dengan persepsi-persepsi kendiri yang negatif seperti"Aku memang bodoh,aku tak guna,aku memang malang" sebaliknya sentiasa ransang minda dengan kata-kata"Aku indah kerana ALLAH itu indah,mustahil aku tidak indah kerana aku ciptaan ALLAH"

Extra Mild(Membina Hati Bahagia)

Bahagia itu letaknya di hati.Manusia yang paling rugi adalah yang tidak merasa bahagia.Nabi berkata dalam diri manusia ada seketul daging,jika daging itu baik maka baiklah hidupnya.daging itu adalah hati,baik bermakna bahagia.Mana mungkin orang jahat penjenayah yang mempunyai hati yang jahat akan bahagia walaupun hartanya banyak dia tetap tidak akan bahagia kerana hatinya tidak baik.

Extra Mile(Membina Lebih Stamina)

Apabila minda bersih,hati tenang dan bahagia,stamina akan terbina dengan sendirinya.Stamina boleh dibentuk dan boleh digunakan untuk memecut atau dipecut,dan stamina yang lebih akan menyebabkan orang itu akan berjaya dalam apajua perlumbaan.Dan orang yang berjaya juga akan diistilahlan anggun.

Dalam apajua tindakan utamakan akal daripada hati,kerana perbuatan yang dipasakkan akal didepannya lebih rasional berbanding manusia yang hanya mengikut kehendak hati atau rasa semata-mata.

"Jika engkau berakal,maka utamalah engkau.Jika engkau bersopan maka budimanlah engkau,jika engkau berharta maka ramailah saudara mara,dan jika engkau takwa maka beragamalah engkau"hadis.

usah mengejar pelangi(m/s 135)

Ramai orang yang hilang sifat anggunnya sebab terlalu mengejar pelangi.Sedangkan pelangi itu tak perlu dikejar tapi hanya perlu di pandang dan tidak perlu difikirkan dengan terlalu dalam.

Sebahagian hadis qudsi menyebut"..janganlah berdukacita atas sesuatu yang telah AKU(ALLAH) selesaikan urusannya untukmu!"

Kesempatan kita menjadikan hidup kita berkualiti sentiasa terbuka selama mana kita sentiasa berusaha untuk mengkualitikan hidup kita.Dan begitu juga kesempatan untuk kita memusnahkan hidup sendiri juga terbuka selama mana kita sendiri mahu memusnahkannya.

Rahsia Warna & lelaki(m/s 142)

ungu-lelaki yang suka warna ini adalah lelaki yang suka memburu kejayaan&amat positif dalam pemikiran.Jangan berkecil hati dengan sikapnya yang kadang-kadang macam mementingkan diri sendiri.Sebenarnya dia selalu serabut dengan mencari langkah-langkah kejayaan.

biru tua-seorang rajin dan dedikasi.

merah-seorang yang berani & bersemangat,tiada istilah mengalah dalam hidupnya.

hijau-seorang yang tenang dan romantik tetapi kuat cemburu.

oren-seorang yang komited dengan setiap usaha yang dikerjakannya.

kuning-seorang ceria,baik sangka dan tak suka gaduh.

hitam-seorang yang protokol, emosional dan mudah rasa hiba.

putih-seorang yang amanah.

coklat-seorang yang matang & bertanggungjawab.

pink-seorang yang bersyahwat tinggi.awas mungkin dia akan memandang anda dengan banyak mata!

Kenapa ALLAH mencipta pelbagai warna dalam kehidupan,kenapa ia tidak dicipta hitam putih sahaja.Warna banyak mempengaruhi mood seseorang.Warna seperti bunga yang berwarna warni banyak memberi aura pada seseorang sebab itu wujudnya istilah mandi bunga.Selain warna pakaian dan wangian pada tubuh,ia akan mengalirkan aliran alpha dalam minda seseorang yang mewujudkan aura positif dan cemerlang.

usah terlalu gilakan seseorang(m/s 227)

Walaupun dalam 3E menekankan bahawa apa yang kita imaginasikan akan jadi kenyataan,namun ia masih bergantung pada kuasa Tuhan dan juga suasana.Kadang yang kita rasakan baik dan perlu untuk kita kadang-kadang tidak pada ketetuan TUHAN.Kerana Dia lebih mengetahuinya.

Kadang-kadang kita memaksa Tuhan dan berasa marah dan kecewa jika sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai.Sedangkan kita mungkin tidak tahu apa yang kita inginkan sedangkan ketentuan Tuhan lebih baik.Jangan kecewa jika yang kita inginkan tidak kesampaian,berasa redha lah dan bersabarlah kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Contohnya mungkin kita tergila-gilakan seseorang dan kita tidak berjaya memilikinya,sudahnya kita menyalahkan takdir andai dia berkahwin dengan orang lain,tapi mungkin beberapa tahun akan datang kita ketahui dia bukanlaah seorang yang baik untuk dijadikan pasangan hidup,maka disitu kita sedar kenapa ALLH tidak menjodohkan kita dengannnya dulu.Allah biarkan kita kecewa dulu dari kecewa kemudian,kerana DIA lebih mengetahuinya.

Wanita adalah bintang & Pelita(m/s 240)

wanita itu bintang,ia indah di persada langit.Wanita itu pelita ia menerangi alam di malam penuh gelita.Wujudnya wanita bukan sahaja untuk memperhamba dirinya pada PENCIPTA,juga bagaikan dian dalam hidupnya lelaki.Maka bertindaklah sebagai dian yang cukup damarnya dalam gua seorang lelaki.usah menjadi racun yang memusnahkan diri sendiri atau insan bernama lelaki.

Fizikal lelaki itu nampak kuat tetapi perasaannya tetap lemah ,romantik kalau tidak manakan mungkin seorang lelaki sanggup bersusah payah untuk kekasihnya,atau pasangan hidupnya yang menjadi tempat pergantungan orang lain.Perasaannya juga halus sebagaimana wanita namun ia dibekalkan keperkasaan TUBUH FISIK oleh ALLAH,lantaran dia lebih dipertanggungjawabkan untuk menerajui kehidupan di bumi.

Sekuat-kuatnya lelaki walaupun berjaya membunuh 100 orang dalam peperangan tetap tunduk berlutut di hadapan wanita yang dicintainya(kisah cleopatra)

Wanita yang baik bukan sahaja menjadi pelita tetapi menjadi sumber semangat untuk lelaki yang mencintainya untuk terus maju dan cemerlang.Percayalah kecantikan seorang wanita tidak bererti apa-apa selain kemuliaan akhlak dan perilakunya.


Dua unsur untuk kekal bahagia(m/s 246)

Ramai yang bertanyakan soalan kenapa selepas perkahwinan ada yang bermasalah dan tidak sama sewaktu bercinta?


Lumrah
Disaat kita mahukan sesuatu,kita sering terbayang-bayang,kita sering termimpi-mimpi dan rasa ketidaksabaran untuk memiliki itu terlalu sukar untuk ditafsirkan,namun semuanya akan menurun apabila kita sudah memilikinya.contohnya apabila kita memiliki kereta baru,baru kita tahu apa masalahnya,pintunya terpaksa dihentak kuat,sterengnya bergegar dan ruang belakangnya sempit.selama ini kita begitu terliur melihatnya dari jauh,bila kita sudah memilikinya baru kita sedari titik bingiknya.

Perkahwinan juga begitu,apabila berkahwin 100% ada sudah memiliki sesuatu itu,rasa empunya yang sudah terpateri membuatkan anda baru sedar sifat buruknya,mana kurangnya,mula-mula rasa terpesona lama-lama akan timbul bosan dan juga benci.

Sebab itu apabila berkahwin,hendaklah meletakkan ALLAH di hadapan,apa tujuan berkahwin?nescaya selepas itu jika niatnya kerana ALLAH banyak keburukan dan masalah dapat kita atasi.Dan kita juga tidak boleh hanya berserah tapi terus berusaha untuk menutupi semua kekurangan pasangan masing-masing.

Kita puncanya

Kebencian orang kadang-kadang berpunca daripada diri sendiri.Lebih-lebih lagi bila hidup sebumbung.Mungkin ada sikap-sikap buruk yang telah sebati dari kecil tidak digemari oleh pasangan kita.Akhinya pasangan kita menjadi bosan dan sedikit demi sedikit kekagumannya kepada kita akan hilang.

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain diatas perubahan sikap pasangan kita terhadap kita.Layanan pasangan kita adalah berdasarkan sikap kita kepadanya.Kalau kita okey mustahil pasangan kita tidak okey.apa yang kita tanam itu yang akan kita tuai.Kalau kita tanam padi takkan mungkin tumbuh lalang.

Pada waktu bertunang,lelaki banyak berbicara,wanita sekedar menjadi pendengar setia.Pada saat perkahwinan pula,wanita pula yang banyak berbicara dan lelaki diam,tetapi sesudah beberapa tahun perkahwinan,suami dan isteri itu banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengar.

Begitulah simboliknya terhadap perhubungan suami isteri yang rosak.untuk mengatasinya:

dengari dia & jagalah komunikasi

seseorang akan mudah bosan jika pendapatnya tidak diterima.Seboleh-bolehnya dengari dia,tentang apa-apa sahaja,mungkin keluhan perihal pejabat,tentang kawan-kawan atau minatnya yang bukan minat kita,usah tunjukkan wajah tidak minat,lebih-lebih lagi usah palingkan wajah atau cebikkan bibir tatkala pasangan kita bercakap.

Terima dia

Terima pasangan seadanya,dan jangan berharap yang terlalu sempurna dari pasangan sebab sebagai seorang manusia biasa,pasti ada kelemahan dan kekurangan tertentu.Jika terpamer kecacatan pada perilaku mahupun tutur kata,katakan pada diri dia lemah pada ini tapi masih banyak kelebihannya untuk dikagumi.

Perlunya berlebihan dalam mencintai(m/s 259)

wanita itu nafsunya 9 ia mencintai pelbagai seperti barang kemas,hand bag dan barang-barang,namun dalam cinta wanita itu setia orangnya.Lelaki itu walaupun nafsunya satu dia tidak mudah mencintai benda-benda seperti wanita namun dalam satu nafsunya satu kadang-kadang lelaki mencuba nasib mencipta ramai wanita dalam satu masa untuk memilih yang terbaik,namun begitu walaupun nafsu wanita itu 9 dia hanya mencintai seorang dalam satu masa,sebab itu cinta wanita kalau cinta yang amat-amat cinta tiada dua tiada tiga kecuali wanita itu tiada perasaan.

Wanita itu ibarat bunga yang menghiasi alam,adanya bunga bagaikan memberi aura wangi dan indah di alam,dan disaat bunga itu sedang hidup subur terlalu banyak yang akan datang menghampiri dan ingin memetik lagi ditambah menjadi perhatian haiwan.Sebab itu apabila wanita itu dikelilingi ramai lelaki namun hatinya hanya satu pada yang dicintai sebab wanita kadang-kadang tiada masa untuk memikirkan lelaki lain yang tiada dalam hatinya sebab pandangan nya sentiasa terkalih kepada perkara-perkara lain yang diminatinya.Kerana nafsunya yang banyak itu ia sering tergoda dengan pakaian,barang-barang kemas dan perhiasan-perhiasan wanita yang lain.Berbeza dengan lelaki pantang ada peluang,ia mudah terkalih cintanya,

Lelaki boleh mencintai 10 wanita dalam satu masa,namun tidak untuk wanita.Dia akan berasa lemas jika berada dalam lingkungan yang menggodanya dan tidak dicintainya.Dan wanita itu lebih pandai membuat pilihan berbanding lelaki.Kebanyakkan wanita lebih taat dari mulai perkenalan,pertunangan hinggalah perkahwinan.

Bagaikan bunga,sentiasa menghiasi alam,jarang yang menjadi pencemar kecuali jika dipetik orang terus ditinggalkan ia akan melayu disitu.BEGITULAH wanita yang akan selamanya indah,tamsilan indah seorang wanita itu bukan sahaja pada wajah tapi keseluruhannya hingga ia layak digelar wanita.

syukurilah anda bergelar wanita dan bertahanlah dalam kesucian walaupun dalam mencintai & membenci wanita itu kadang-kadang berlebihan dan tidak mengenal pertengahan!


pengajaran dari kisah ali&fatimah(m/s 308)

Fatimah pernah bergurau senda dengan ALi dan tersalah cakap,sehingga fatimah terpaksa mengelilingi ALI sehingga 72 pusingan untuk memohon maaf sehingga ALI kembali tersenyum.Esoknya dia bertemu Rasululllah dan menceritakannya


Kata Rasullullah"Sesungguhnya andai engkau meninggal dunia sebelum Ali meredhaimu,maka aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,adakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredhaan suami adalah keredhan ALLAH.Marahnya juga marah ALLAH.Wanita yang beribadat jika tidak diredhai suami,ibadatnya tidak akan diterima ALLAH."

Namun dalam kisah ini ada wanita yang akan memperkatakan,lainlah suaminya bagaikan ALI memang wajar dikelilingi hingga 72 kali untuk mohon maaf.

Ya,untuk mempertikaikan kita ada 1000 hujah untuk akur juga kita 1000 sebab.Pilihan ditangan kita,untuk mencari keburukan jangan 1000 pasti lebih banyak kita akan temui,namun untuk mencari kebaikan pasti juga akan kita temui.Hidup ini perkongsian,keharmonian adalah matlamat.

Betul tak semua lelaki seperti ALI,namun untuk mempertikaikan adakah kita wanita bagaikan fatimah?Kalau belum usah harap sangat suami seperti ALI.Kita adalah gambaran pasangan kita.Begitu jua lelaki usah harap seorang isteri itu bagaikan fatimah kalau kita belum 20% pun mencontohi ALI.setiap dari kita perlu cuba memperbaiki.Kita perlu bertindak bersama-sama dan memperbaiki diri sama-sama.Kerana diantara kita itu adalah pemimpin.

Rasulullah bersabda"Ketahuilah bahawa setiap orang daripada kamu adalah pemimpin,dan setiap orang daripada kamu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya.Maka pemimpin terbesar yang memelihara manusia bertanggungjawab terhadp manusia.Orang lelaki menjadi pemimpin kepada anggota keluarganya dan bertanggungjawab terhadap mereka.Wanita pula bertanggungjawab memelihara anggota keluarga suami dan anak-anaknya serta bertanggungjawab terhadap orang yang dijaga.Hamba sahaya memelihara harta kekayaaan tuannya dan bertanggungjawab terhadap tuannyaa.Ketahuilah bahawa setiap orang di antara kamu adalah pemelihara dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan di atas sesuatu yang dipelihara"Sahih Bukhari





Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post