Hi..selamat malam,baru balik keluar makan malam ni.Hajat di hati tadi kan nak makan pizza,tapi sebab keinginan ku tak mendapat sambutan akhirnya hajat makan pizza simpan dalam-dalam.
Hemm..tak tahu nak makan apa,ikut je kehendak semua orang,aduhai..mana nak makan eh malam ni,saya yang baru nak baik demam ni teringin sangat nak jus mangga ni,mula-mula ingat nak makan di sri nara restoran,kedai ni yang uniknya boleh duduk bersila tau!masakan dia biasa je lah mana-mana kedai thai food ni lebih kurang je rasanya.
Tapi sebab nak cari dan rasa kedai lain,pencarian kedai makan di malam hari diteruskan.Terus masuk selayang baru dekat-dekat stadium selayang tu.Nampak ada dua kedai ni yang berdekatan...tak tahu mana satu nak pilih,minta alya yang pilih...
alya of course lah pilih mana kedai yang paling banyak lampu...
walaupun kedai ni dekat je area rumah,ni baru first time nak cuba sini.Ye lah jarang jugak kami makan kat kedai.Selain masak,beli dan makan rumah my mom
Alya pilih kedai ni sebab tertarik dengan lampu kedai tu: BBS JUNCTION BURGER |
Bolehlah malam ni sebab tak tahu nak buat apa dengan duit ni bolehlah i belanja dinner semua orang kan...poyo sangat kan..tak sedar diri irda ni,kan kat gombak tu untuk rumah tu nak pakai duit banyak.nak beli simen lah,nak beli batalah,nak beli tiles lah...lupa ke??kekeke saja je tu..seronok dapat duit geli-geli dari coway ni,keje sambil-sambil kan,tapi dah equal dah dengan keje permanent..sayannggg coway!tapi masih sayang bank juga...adeh!
Baru tahu main food kedai ni aneka pelbagai jenis burger,abang yang buat burger tu siap pakai kopiah,cute seih!Oklah tu kan,nampak bersih dan amanah je,so mestilah burger dia sedapkan..sebab tu nama kedai bbs junction burger,bbs stand for bandar baru selayang...
apa yang i order memang banyak giler,i baru nak baik demam,memang tak habislah kan.Jus manggo yang pekat memang nyummy sangat!Oklah bab rasa i bagi 3 star untuk kedai ni.
Bab harga kena perbaiki lagi,sebab kedai sri nara seafood lagi ok harganya,kedai tu tepi jalan sebelah lampu isyarat menuju ke sungai tua tu.yang tu rasa 4 star harga pulak 3.5 star!
apa-apapun alhamdulilah untuk malam ini..selera dah kembali terbuka,walaupun suara ku serak-serak,hidung masih tersumbat,jus manggo bubuh air batu banyak-banyak masih pilihan!...-ngee-!itulah ubat untuk selsema tau!
Post a Comment
Thank you,come again :)