Ya ALLAH,lately ni gile sawan irda dengan dunia blogging,sejak azali minat menulis tu memang ada,tapi sejak blog dah direnovate oleh sue haida,my sosial media friend,tak pernah jumpa tapi berhubung lah jugak..yang i tahu sue haida ni ex-engineer,sekarang fulltime housewife dan bekerja dari rumah...ada sorang anak dan tinggal di klang...thanks kak ayu kenalkan irda dengan sue..SO sejak hari tu punya rajin irda buka blog,sampai habis kuota tenet i..siap tambah beli package lagi..syoklah diorang dah dua kali i tambah package internet bulan ni...

i cuma pakai broadband u ..68 hengget sebulan,tak sampai beberapa hari kuota habis..terus kena top up kan...lepas ni bila pindah rumah nanti nak cuba beli package lain lah..yang lebih besar lagi..senang je aku terperap kat rumah je layan blog...sambil berbusiness online...

Hari ni team coway ajak i turun ttdi bercoway....malasnya nak kuar terus bagi aalasan....tapi sebenarnya aku dah kena sawan blogging... Aktiviti jumpstreet Asia pun tak jadi join hari ni...

My bff tak follow blog i pon..diorang memang bukan seorang pembaca yang baik..i pun tak kisah kalau diorang tak  follow ke apa,sebab i suka menulis..lagi orang tak kenal lagi bagus.Biar yang follow orang yang tak kenal sangat irda,,kenal dalam blog je..hehe

Lagipun majoriti kawan-kawan i adalah pemalas membaca...(hehe ni kalau diorang terbaca statement ku ni..sure kena ni..tapi takpa,,kalau kutuk depan-depan,itu tandanya sayang)most of them suka baca wassap je..,tak pun suka baca magazine..cer aku berpuitis sikit,tulis meleret-leret,semua muka boring je......



BFF: Irda..ntah-ntah ko menulis syoksendiri...

ME: laa..biarlah itu blog aku kot..kalau korang tak baca tak apa,at least nuffnang baca,lepastu aku baca balik..sendiri tulis sendiri baca ape de hal..

ingat orang rajin membaca dia suka menulis,orang yang rajin menulis sudah tentu dia kena banyak membaca...aku menulis ikut suka..apa terlintas,boleh bagi inspirasi,boleh sekadar perkongsian boleh juga sebagai diary untuk dibaca-baca kemudian hari...

Haa..mana yang haters tu boleh lah nak stalk aku jugak kan...suka hati mu lah nakk...asalkan happy.


Jawab ku lagi...

Me:Laaaa....aku tak kisahlah..at least nuffnang tunjuk kat aku uniques aku at least more than 10 everyday,maknanya ada orang yang baca juga..tak kisahlah kalau aku yang baca sorang..suke hati je lah.Tapi nak belajar menulis jangan teriku-ikut blogger lain..nak jadi diri sendiri dan menulis lebih ikhlas ya irda!

Kadang-kadang penulisan I skema,kadang-kadang puitis bebenor,hubby pun kadang-kadang tak faham apa yang ku cakap ..puitis sangat agaknya.

Hubby"mama ni kena kawan dengan A samad said je baru ok ni"

kadang-kadang menulis ada humor,ikut mood lah jugak...Tapi selalunya siapa yang rapat dengan aku akan bertambah baiklah mutu bahasa Melayunya..takk caya?tanyalah I...nak testimoni ke?...tanya I jugak..hehe...jangan tanya kawan-kawan baik I..diorang bukan pencinta bahasa seperti I..:))

By the way yang bagusnya kena sawan blogging ni,semua kerja rumah ku siapkan dengan cepat,masak,housekeeping,lipat kain,iron baju sekolah alya,hidang makanan untuk family..siap je terus masuk bilik blog walking lagi...oopss jangan lupa sebelum khayal dalam dunia sendiri,pastikan ahli keluarga semua kita dah bereskan....siapkan mereka air panas seperti teh o or milo.. dan kudapan,mereka khayal dengan TV,,ku menjelajah dan mengembara dengan blog..dan takde siapa nak kacau....heaven!buku library dah tak tersentuh sejak suka baca blog orang...

OHH  I jatuh cinta dengan dunia ini...blog...dah tak main dah FB..bagi saya FB untuk business je sekarang...blog untuk penulisan...dan remember irda

apa yang ditulis..,adalah lambang peribadi...jadi irda tulislah yang baik-baik agar ada yang baik untuk yang membaca..semoga irda sentiasa beringat tu...

Banyakkan lagi membaca irda..agar ada yang bermanfaat untuk yang sudi membaca,kerana bila kita tiada kelak,matinya kita,namun googles takkan pernah memadam apa yang kita tulis dan akan terus berlanjutan sehingga langit dan bumi bertemu..dan percayalah penulisan adalah dakwah sepi dan bagaikan pahala pasif yang kita rangkaikan masa demi masa...

semoga irda lebih banyak input..walaupun kadang-kadang melalut,,takmolah asyik serius je kan..kan bosan pulak..sesekali dalam keseriusan ada jugak gurauan..dalam berilmu dan berakal,ada nakal...Dan semoga masih dalam peliharaNYA,setiap kata-kata dan ayat,biar dalam PetunjukNYA...

irda garmin...




Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post