salam pencinta ilmu...salam pembaca budiman...
Tahu tak apa impian saya selain menggembirakan ibubapa?saya nak sambung belajar atas usaha sendiri..tak perlu ptptn,tak perlu pinjaman...tapi saya hendak kan PHD sebelum usia saya mencecah 40 tahun!insyaALLAH dengan izin ALLAH...Saya ada 10 tahun lagi untuk ke arah itu.tercapaikah?
Dan sebelum saya mencecah umur 30 tahun ini..impian 2016 ini sudah semakin hampir jadi kenyataan..saya yakin saya mampu dengan menggunakan tulang 4 kerat dianugerahkan tuhan.. tercapai!insyaALLAH...insyaALLAH ia semakin hampir...saya akan share apakah impian 2016 itu.
Memang orang nampak saya gila-gila,kadang-kadang datang time senget.cakap suka merapu juga..heheh..tapi percayalah..saya amat cintakan ilmu!kenapa bila semakin berusia (bahasa sedap sikit selain perkataan tua) dan beranak pinak baru terfikir nak sambung belajar?sebab ada sesuatu yang menghambat waktu dulu
ilmu itu akan dituntut hingga liang lahad....semoga saya menjejakkan kaki di bumi lain selain Malaysia untuk menuntut ilmu one day...ALLAH apa yang saya tulis..apa yang saya baca apa yang saya kata adalah DOA...moga ianya makbul...amin
Bila saya baca biografi saiful nang,dr azizan osman,semua mereka bermula dari bawah.Macam Dr azizan osman,walaupun sekarang mendapat nama dan liputan,tapi dia masih berulang ke US untuk menuntut ilmu.
Memang benar orang kaya dan berjaya kadang-kadang ia datang dari yang bukan berpelajaran.Tapi ketahuilah saya ingin belajar bukan ingin menjadi kaya atau memperolehi kerja lagi bagus...sebab saya tidak akan jadi kuli selama-lamanya,walaupun berapa income yang diberi..saya tidak akan tunduk pada arahan orang selama-lamanya..bukan berlagak seperti boss,,,walaupun di office suara saya didengar oleh boss dan atasan..tapi kadang saya terfikir sampai bila saya harus akur pada arahan orang sahaja?
Kerja saya walaupun masih dalam skema undang-undang perbankan..kadang-kadang saya hanya mengikut logiknya akal dan perasaan.Kerana saya memang begitu,,,Dan saya terfikir sampai bila saya hanya disuap dan didodoi pekerjaan dan di dendang arahan..bila pula saya akan memberi pekerjaan kepada orang lain ?
bezanya cuma saya seorang perempuan..langkah saya masih dalam batasan..andai saya seorang lelaki..seluruh dunia ini habis saya kikis dan saya kuis(MAKSUD :Kerja keras walau disetiap sudut dunia,xkenal siang atau malam)....apa saya peduli?
Saya ingin nampak biasa-biasa,marketing jalanan,menebar flyers dalam teriknya panas atau gerimisnya hujan!tapi saya ingin menjadi orang marketing yang berilmu...dan sumpah lah saya.suatu masa dapat menggendong ilmu di tangan kiri sambil menggendong anak di tangan kanan...
semangat ini bukan ujub diri..ia sekedar inspirasi..anda yang positif mampu mendalami...betapa hati dan jiwa saya ber api-api...
saya takkan mengalah sebelum mencuba...takkan berputus asa biar diduga..takkan menoleh ke belakang walau ada yang mengecewakan..
kerana hati saya tekad dan nekad..dan percaya perjalanan hidup saya indah sudah diatur oleh TUHAN...KUNCINYA?usaha dan tawakal...dan perlu redha dari orang -orang tersayang!
SAIFUL NANG, 35 - MPA(UK), B.Sc Media (MMU) and PhD
candidate in Marketing, UUM. Currently Saiful Nang is the Executive
Chairman and Founder for Colours of Asia Sdn Bhd Group of Companies. He
started the whole business in 2004 with on RM90 capital and manage to
grow it into a group of companies.-
syabas untuk anak felda ini
saya mudah respect pada orang yang susah-susah dahulu,berjaya kemudian..saya cukup menyampah,orang yang tiada apa-apa suaranya kuat mencanang nama..ibarat tin kosong berbunyi nyaring!
syabas untuk anak felda ini
saya mudah respect pada orang yang susah-susah dahulu,berjaya kemudian..saya cukup menyampah,orang yang tiada apa-apa suaranya kuat mencanang nama..ibarat tin kosong berbunyi nyaring!
Post a Comment
Thank you,come again :)