As Salam...


Irda happy sangat bila semua officer dekat branch kpi above 4 for 2015,tiada seorang pun non performing.Alhamdulilah happy for them.


Ada 2-3 orang datang kat saya say thanks dan ada yang salam irda sebagai tanda terima kasih sebab bagi diorang referral dan tolong diorang achieve kpi.Officer dan executive punya performance selain depends deposit,service diorang pun ada kpi for sales referral tau.Tujuannya diorang kena tegur customer di banking hall yang buat transaction dan buka mulut untuk promote product.Bila customer berminat dengan intro mereka diorang kena refer dekat sales consultant  untuk further explanation.Irda lah tu..


Kalau clerk pula diorang punya bonus fix every year cause clerk under NUBE union.Officer dan executive di branch pula depends branch perfomance.Irda happy bila semua happy.Walaupun ekonomi dan business tak berapa menarik untuk tahun 2015,rata -rata dari mereka pekerja bank dapat 4 -6 bulan setengah bonus dan ada yang lebih.Syukur rezeki mereka kan..Walaupun diorang tak berkesempatan untuk refer client tapi apa salahnya kalau ada client kita letak mereka sebagai referral kan.Kan tolong kengkawan tu namanya...


Sebab bukan senang nak handle operation work plus nak cari sales kan..jadi setiap kali ada customer irda akan tolong diorang.Tengok keadaan,niat irda satu biar sama-sama happy bila bonus keluarkan.Lagipun kesian officer ni sebab dahlah busy dengan transaction,ngan compliance lagi,bilalah diorang ada masa nak sembang-sembang dengan customer kan..So irda yang datang dari operation juga berasa bertanggungjawab untuk sama-sama menolong.Kan kalau kita tolong orang rezeki kita lebih murah,lagipun mereka dulu sama-sama department dengan irda.Rasa macam adik beradik dah...


Itu baru cerita pekerja bahagian bank,bahagian investment pula,saya dengar minimum bonus diorang   6 month,ALHAMDULILAH..ada yang lebih 8 bulan ada.Kenapa investment dan bank berbeza?,sebab benefit yang diorang dapat pun berbeza.Kadang-kadang orang investment keje sampai larut malam sabtu ahad pun kadang-kadang ada yang kena datang ofis untuk settlekan keje.Kalau irda roger kawan-kawan di investment hujung bulan untuk sesi ngopi,semua busy..alasan month end diorang memang kebusyan...


So berbaloi lah kan,bila bonus keluar bulan tiga semua senyum ketelinga.Alhamdulilah..happy jugak kawan-kawan dapat bonus..


Irda tak dapat bonus ke?HAHAHA saya sales person.sales person hanya dapat incentive.Tapi bulan tiga hari tu dapat 30% yang every quarter hold tu.so ada 4 quarter dia bagi semua masa bulan march.Tak lah banyak tapi syukur je lah rezeki tu.Semuanya irda bagi mak duit tu,sebab nak bayar pekerja binaan untuk vision 2016 irda.Irda bagi mak untuk arrangekan ...Alhamdulilah..sikit atau banyak bergantung kepada penerimaan hati.duit kan?sampai bila pun manusia takkan puas dengan nilainya...


Bila dapat bonus mesti ada yang beli apa-apa kan,begitu juga bila dapat commision,tapi tahun ni takdelah irda nak beli pandora ke,gelang emas baru ke..entah ...tak terfikir dah semua tu.sekarang cari duit nak siapkan misi 2016 irda..tue je..


Tapi syukur sangat bila ada kawan bagi irda hadiah dan share bonus diorang ngan irda..



Pemberian kak officemate..terharu sangat


Irda dapat purse brand coach!!!...Happy nye...Thank you kak aida..my officer!!!!..


"...terima kasih tolong akak "...katanya


Alahai kak..saya tolong ikhlas,kita sama-sama kerja satu team kan.InsyaALLAH kalau boleh tahun ni biar saya dimurahkan rezeki lagi,ramai customer lagi dan saya akan letak nama akak sebagai referral  lagi ya.saya niat memang nak tolong semua officer di banking untuk achieve kpi diorang,sebab kesian kalau tak achieve diorang takde bonus...



Hari khamis tu officer semua belanja kami satu office makan.Wahh best sangat taau menu...


chicken chop

LAMB chop

Chicken chop & lamb chop terbaek..Walaupun irda bukanlah penggemar lamb tapi layann je lah ..Sebab orang cakap bila lagi nak makan ala-ala western kan...Tapi khamis tu saya sedang berpuasa..soo?INILAH hasilnya..tabau laa...





Ada officer dah siap-siap stanby beli bekal.hehe  seronok nya membungkus...Kelebihan orang berpuasa boleh ambik lebihh.:).Alaa sebenarnya tak tahu pun ada makan-makan,kalau tak..tak puasa saya..Sure makan join dengan diorang...all operation staff..thank you so muchh..




tu dia semangat membungkus..salad amik yaang warna purple..tapi irda bukan makan sangat salad..:)





Thank you kawan-kawan operation yang buat collection dan untuk makan-makan.Terima kasih kak aida for nice purse dan terima kasih kak rose untuk duit belanja...:)Segan nak terima..irda tolong sikit je,tapi u all bagi irda banyak sangat...THANK YOUUU...:)


Dan terima kasih untuk menu yang sedap sangat...Doa kan saya murah rezeki lagi dan dapat share referral sales dengan semua.Kalau ikutkan hati memang nak tolong semua tapi kadang-kadang tak dapat.Maafkan saya mana yang tidak dapat saya tolong.


Selagi terdaya kawan-kawan bagaikan saudara..sedikit kita syukuri,banyak sama-sama kita kongsi....insyaALLAH disitu ukhuwah akan terpatri..




"Jika kamu ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur jagalah silaturrahim"


"No matter how educated,talented,rich & kind you believe you are,how you treat people ultimately tells all"


Saya minta maaf kalau ada yang tersalah..dan ada yang berkecil hati..yang tak dapat saya tolong..andai ada maafkan saya..saya pun manusia biasa,tapi macammanapun kita,dalam satu company jangan bermasam muka atau tidak bertegur sapa.Kasih sayang akan dapat bila kita beri kasih sayang dulu.


Tiada manusia yang sempurna,dalam bekerja jangan suka menuding jari,satu jari ke arah orang,4 jari lagi ke arah kita.


Tiada manusia yang  maksum,jangan dijaja cerita orang,atau menceritakan hal-hal orang,takut hari ini anda bercerita buruk  tentang orang,esok-esok ia terjadi pada diri sendiri atau anak-anak kita.
Diamlah dan bangunlah dari kelompok itu jika topik perbualan hanya mengumpat yang tidak memberi apa-apa hasil pada anda


elakkan kontroversi,tingkatkan prestasi kerja..cewwahh..pinjam jap kata-kata tu..

Jaga maruah orang lain,maka ALLAH akan jaga anda...

Biar kita nampak macam tergedik-gedik,ala-ala sosial,ala-ala tak patuh syariah sangat,-itu pandangan orang..sebab itu semua penilaian manusia,siapa mereka nak menghukum kita kan?daripada ada orang yang berjubah dan bertudung labuh,berbaju longgar tapi mulut macam longkang..:) bak kata kawan saya.."kak tu,pakaian pun sopan..tapi mulut bukan main macam puaka"..saya balas..no comment..heheh.


sedangkan TUHAN sentiasa sayangkan hambanya,tanda DIA sayang segala aib kita kadang-kadang tiada manusia yang tahu,Dia sorokkan aib kita,,siapa pulak kita yang nampak kesilapan orang sikit,habis satu company kita jaja cerita dia?-sayangi sahabat anda seperti mereka sebahagian keluarga kita.layaknya keluarga,cubit peha kanan,peha kiri kita terasa.Jika sakit kita ziarah,jika dijemput kita datang.itu lah hidup berkawan...


Jadi sahabat biar ikhlas irda..insyaALLAH..itu reminder untuk saya.DONT come to your friend for reason,atau yang datang ikut season :).Fikirkan yang tersirat disebalik yang tersurat...kalau kita ikhlas,insyaALLAH kita akan bertemu dengan sahabat-sahabat yang ikhlas.


Orang buruk adalah yang merasakan dirinya cukup baik..dan orang yang baik adalah yang cuba memperbaiki diri setiap hari.


kerana iman bukan sesuatu yang bersifat statik,kita tak tahu bila ALLAH nak pusingkan hati kita.Jadi banyak bermuhasabah diri supaya kita sedar diri.Kadang-kadang kita merasakan ada orang sangat teruk perangainya,tapi kita juga tak tahu apa pula pandangan orang tentang perangai kita.Ingat manusia ada perangainya tersendiri...ada kelemahan dan ada kelebihan...


Officemate...Saya sayang anda semua..


semoga kita sentiasa ikhlas dalam hidup ini.Orang yang ikhlas akan bertemu dengan orang yang ikhlas...InsyaALLAH...


oK DAAA...



1 Comments

Thank you,come again :)

  1. wah kalau ada makan makan, bab menapau la paling best =p ehhehe and setuju dengan quote tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post