Masa birthday 2015 I dapat 3 helai tudung Ariani .Fist time dapat tudung brand ni.Dua helai shawl dan satu tudung 4 segi...Salah satu shawl ,yang warna coklat ni adalah shawl satin.
Kain dia lembut dan bila pakai taklah lembek sangat,mudah dibentuk dan selesa.Shawl macam ni boleh je sesuaikan dengan office wear ataupun baju kebaya macam ni.
Baju kebaya ni ofismate En AR bagi,I kirim dulu masa diorang pergi bandung ke vietnam lupa,tapi bila bagi duit tak nak amik pulak,last-last dapat free..huhu..Lama dah dapat..baru I jahit tahun ni baju ni dengan makcik cleaner kat ofice dengan upah RM35 je setelah sekian lama terperam.huhu..Walaupun En.R &family kawan ofismate,tapi ukhuwah Irda rapat dengan family dia macam saudara,rasa macam dah ada bapak angkat dah kat ofis tu,ye lah en R tunggu time nak retiree je lagi...senior sesangat berpuloh-puluh tahun sejak zaman BBMB..bnyak pengalaman ...
sampai masa anak dara En Ar yang meninggal beberapa tahun lepas kami semua turut berdukacita.Rasa sedih sangat bila ingat...Sebab tu satu-satunya anak perempuan dia.Sekarang alhamdulilah anak lelaki en Ar dah berkahwin dan dapat cucu perempuan.
Wife En Ar housewife,jadi dengan adanya cucu perempuan ni dapat mengubat rindu pada anak yang pergi..Kalau ingat-ingat sebak,masa saya lawat anak dia di hospital dulu,masa tu seorang gadis yang comel dan periang selama ni,tetiba je terlantar di katil hospital,doktor cakap macam kena viral fever je.sempat saya belai lembut rambut anak gadis en Ar,tak sangka dia pergi tinggalkan kami cepat....
Bayangkan anak yang kita besarkan selama ni,bila kita semakin tua,anak pula yang pergi dulu kan..Al fatihah untuk arwah..:(..sedih ingat balik cerita lama..moga anak sahabat saya itu ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin...
Ok tutuplah citer sedih tu,tak nak ingat..kadang-kadang bila borak dengan family diorang,cuba sebaik-baiknya tak nak ungkit kenangan takut nanti mengguris perasaan..
shawl satin ARIANI yang selesa digayakan dengan apa jua jenis baju |
Oklah back to tudung Ariani,sesuai dengan harga tudung ni memang berkualiti.Dan pakai pun selesa.Saya tak tahu pun kat mana lagi cawangan,yang pastinya kat Bangi ada satu.lagi satu shawl satin,yang ni kalau i pakai nampak boolat muka...hehe.. |
Naelofar Hijab |
Kainnya lembut dan rasa sojukk sangat bila dipakai...memang pakai rasa sedaplah,cuma I ni pipi bambam,bila pakai hijab ni rasa bulat cam bola muka...
Apapun terima kasih pada yang memberi..ada rezeki berilah lagi tahun depan pula....cehceh..Tapi walaupun semua ni dapat percuma,still I selesa dengan tudung harga RM15 yang I beli kat pasar-pasar.,haaha..tudung or shawl macam tu tak rasa sayang sangat nak pakai,ye lah harga nya murah,pakai banyak kali dan basuh banyak kali ape de hal kan?
Dan satu masalah I ni,kalau ada satu shawl yang i suka pakai,kalau boleh asyik nak pakai tu je,bila basuh terus nak pakai balik,dah macam takde shawl lain dah..
Apapun moga secantik-cantik shawl ni,secantik itu juga ALLAH jaga raut wajah kita,saya tak minta lah nak cantik macam preity zinta..walaupun hubby selalu buat ku perasan cakap ada ala-ala.katanya ada iras-iras ala-ala lisa surihani pun ada..kahkaha..lawak seram..agak-agaklahkan,bekas jerawat bertempek ni...diorang wajah smooth je..I ni?adohai...takyah kutuk lah diri sendiri...syukur apa yang ALLAH beri pada kitakan,kalau lawa sangat sombong,sebab tu ALLAH bagi kita wajah biasa-biasa...
.tapi cukup ALLAH sejukkan wajah ini...dan redupkan wajah ini agar tenangnya wajah dan tenangnya hati..aamin..
Dalam hidup untuk berbahagia bukan ada wajah indah,atau dikelilingi mewah,atau ramainya kenalan,lihat sahaja berapa ramai artis cantik seperti di barat,tapi tak bahagia hidupnya,berapa ramai yang mewah tapi ada yang mati bunuh diri,semuanya kerana tiada iman...
Ada apa dengan cantik atau kacak orang?kelak seiring usia berjalan akan luntur juga..tapi perbaikilah sentiasa peribadi,kerana ia akan kekal hingga hujung nyawa..Dan percayalah peribadi unggul itu lebih penting dari wajah yang indah...tak percaya?sila buat kajian..
Mungkin ada orang akan cepat suka pada orang yang berwajah cantik atau tampan.Mengikut kajian banyak perempuan-perempuan cantik atau lelaki-lelaki tampan akan mudah menjalin hubungan dengan sesiapapun,tapi hubungan itu akan susah dikekalkan..Mudah mencipta hubungan tapi payah mengekalkan hubungan itu...
Pernah tak dulu anda suka zaman belajar ke,sebab dia cantik/tampan..finally lama-lama sekarang bila jumpa balik orang yang anda gila dulu,tak secantik/setampan zaman anda gilakan dulu.Mesti ada kata dalam hati.."laaa dia nilah aku tergila-gila dulu",mesti anda senyum je kan..sebab tu orang kata masa akan merubah manusia..
Namun peribadi yang baik walaupun wajah tak menarik,akan mampu membuat hubungan itu akan berkekalan,dan walaupun 1000 orang yang cantik/tampan..jika anda yang dalam 1000 itu ada nilai-nilai pribadi unggul,maka anda akan memberi nilai pada diri anda.
Benar..dari mata turun ke hati,namun ingat hati manusia tidak berkunci..jadi bagi mereka yang dalam dilema untuk berpasangan,kunci hati pasangan anda dengan menghias peribadi anda juga...ini tips untuk adik-adik di luar sana yang sedang ke alam rumah tangga..heheh...
Maka percaya atau tidak,wajah menarik berperibadi unik-anda awesome..Full package...
Dan percayalah..semuaa ciptaan ALLAH itu indah,tapi tak semua yang diciptaNYA itu berperangai indah..Fikirkan..
Ya Allah..terlebih membebel dah ...ADOHAI...stop...:D
P/S:Irda tak nak berkerut lah...selalu sangat berkerut sebab banyak fikir!mengalahkan professor kadang-kadang kalau berfikir tue kadang-kadang nampak serius sangat..Hope boleh ubahkan...sebab ada juga orang tegur.."jangan muka tu nak serius sangat lah..."
Dalam hidup ni rupa paras je tak boleh ubah,tapi perangai dan sifat seseorang boleh berubah-ubah mengikut persekitaran dan masa,jadi jom berubah kearah yang lebih baik..Dan kita adalah seperti apa yang kita fikirkan...:)
YA ALLAH sudah-sudahlah tu irda...ok c u next chapter...
DAAA...
JOM UBAH!:)-Dah macam trademark politik pulak..-ngee-
Post a Comment
Thank you,come again :)