Assalammualaikum...
u all yang terbaca entry kali ni..minta sangat jasa baik sedekahkan al fatihah untuk PU ZAID.
sebelum bacaan diteruskan..
 
"Dari sabah aku datang bah.".ITU AYAT dia masih terngiang di telinga saya disaat episod pencetus ummah yang berlalu,bahasa baku,ketegasan dia dalam berbicara dan ayat-ayar yang menarik melayakkan dia menang TEMPAT ke dua ke atau ke 3 pencetus ummah 3.Saya kurang ingat

Saya mengikuti pencetus ummah sejak episod pertama mana juaranya hafiz,dan saya suka pada rahmat,budak muda yang begitu hebat ilmu.Dai

Episod ke DUA ,Azman yang tak pernah silap berbicara,bahasa yang mudah dan penuh humor.Jadi juara

Dan sampai episod ke 3,syed menang dan PU ZAID masuk ke final dan menang juga

Saya dan hubby menggelarnya abraham Lincoln Malaysia,sebab wajahnya yang berjambang memang ada ala-ala,dan setiap kali dia menyampaikan ceramah,ketegasannya dan kelantangannya berhujah sungguh menambat hati.

info:
(Abraham lincoln adalah lelaki yang menjadi presiden amerika yang ke 16 dan merupakan presidenn pertama
 dari bangsa berkulit hitam.Zaman kanak-kanaknya dia terpaksa menggunakan lampu  jalan raya untuk membaca dan mengulang kaji pelajaran)

Dan di final pu zaid cukup kelakar dengan ayat yang bersahaja berkat didikan ustaz kazim elias dan cikgu-cikgu lain,persembahannya yang agak serius sahaja sebelum ini lebih pelbagai rentak.
 
 
Tak salah saya Pu zaid baru mencecah umur 30 tahun ini.Allahuakbar..ada rasa hiba.ada rasa sayu di hati,sebab baru semalam rasanya saya terkesima dengan persembahanya,tapi saat ini dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana,meninggalkan isteri dan anak.

"AKU HANYA LELAKI YANG INGIN PULANG KE PANGKUAN TUHAN"pu zaid

YA ALLAH,Dia insan baik dan penuh ilmu di dada,Kau jemput dia dulu,DAN aku masih disini,masih belum pasti pulang ku nanti bagaimana.

Dia lelaki baik,sudah tahu tempatnya disana,Dan AKU masih disini yang kadang-kadang degil,kadang-kadang tidak setia cinta padaMU,belum tahu apa kedudukan disana.

..Disaat aku pilu dengan urusan dunia..Aku cari Kau pendengar di malam hari,Namun bila malam melabuhkan tirai,cahaya terang ,aku juga LUPA tentang janji kita.

Dan disaat kematian itu datang,ia kembali mengingatkan janji kita,sumpah kita..bahawa pergilah kemanapun aku ingin pergi,lakukanlah apa jua yang aku suka,buat lah seenaknya aku yang pastinya  lambat atau cepat,bagaimanapun caranya,JANJI kita itu pasti akan mengheret ku kembali kepadaMU.Dan disaat itu adakah aku kembali sebagai hamba yang setia atau penuh noda dan dosa?

Tuhan,matikan aku dalam khusnul khatimah....dan disaat aku mati biarkan mereka-mereka yang aku tinggalkan menangis dengan kerinduan agar kutahu mereka-mereka menyayangiku seperti aku menyangi mereka dan izinkan aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang Kau sayang dan izinkan AKU ditemukan dengan mereka-mereka yang kusayang di tempat MUyang abadi..aku jua..

"AKU HANYA SEORANG PEREMPUAN YANG INGIN PULANG KE PANGKUAN TUHAN DAN HIDUP DALAM KASIH SAYANGNYA"

DAN SESUNGGUHNYA...

Mengingati MATI akan menggetarkan jiwa-jiwa yang resah yang lahap dunia,mengingati mati akan menundukkan egois manusia,dan mengingati mati akan membuat manusia sentiasa akan manfaatkan setiap sisa usianya dengan  ingin mawaddah dan warahmah

NO HATE,SPREAD THE LOVE (FAMILY,FRIENDS DAN SEMUA umat sejagat)kerana hidup ini singkat ..

MUNGKIN hari ini PU ZAID...esok??mungkin kita...

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post