Apabila pulang dari kerja,sebelum mandi...saya capai akhbar metro..Selak laju-laju tiada apa buat mata ini terpana..sampailah satu bahagian...
Eeh macam kenal lah abang ni..ni abang yang share momentum sales dia pada convention coway tempoh hari...ya lah..terus teruja nak baca...
Buat tanpa perlu beri alasan
Bila baca pulak newsfeed Fb kawan-kawan coway..ya benar..abg tu dalam akhbar metro...dia adalah salah seorang yang berjaya di coway dengan income melebihi kerjaya popular lain ..doktor,peguam,pilot,dan apa sahaja adalah kerjaya "glemer"yang menjadi igauan para siswazah...tapi ternyata abang ni pun glamour dengan usahanya di coway..
Bergelar health planner,diawalnya berkecimpung dengan pelbagai business namun tak menjadi,namun akhirnya di coway sekarang di bawahnya sudah ada beberapa orang pengikut..Ternyata dia bukan sahaja bekerja untuk membuktikan OKU juga mampu ada income more than 5 figure,tapi ia beri kesedaran pada kita..dia boleh?kenapa aku yang cukup sifat ini masih di takuk lama?apa yang membezakan aku dengan nya...
Allah takkan mengubah kalau kita tak cuba merubah..
Apa yang saya kagumi,bila kita sudah berjaya kita mampu memberi nilai pada orang lain,kita bukan sahaja berjaya untuk diri sendiri dan memberi kesenangan pada diri sendiri dan lingkungan keluarga sendiri sahaja,tapi tanggungjawab yang besar tergalas apabila kita cuba menjadi inspirasi pada orang lain,yang mungkin tiada hubungan darah sekalipun namun cita-cita seorang yang success adalah membeperbanyakkan lagi orang yang berjaya khususnya Melayu dan Islam...
Ada satu perasaan membara hadir takkala saya membaca satu-satu ayat tertera di akhbar yang saya pegang..kejayaannya membakar jiwa saya..
Ramai yang beranggapan dan ada juga suara-suara yang mempersoalkan "Irda ko perempuan,cukup satu kerja untuk ko galas,ko takkan boleh handle banyak perkara dalam satu masa,miserable..."
Tapi saya cuba buktikan,saya bukan sahaja boleh galas dua kerja malah 3 atau 4..
tugas hakiki seorang isteri dan ibu,tugas di banking,kerjaya coway..dan seorang penulis blogger..adakah saya ingin mendabik dada dan merasakan diri saya bagus?TIDAK...sebab saya sedang BERUSAHA memberi nilai pada diri sendiri dan keluarga saya,dan pada masa yang sama saya sedang cuba memberi nilai kepada orang lain dengan kepakaran yang saya ada..
Setiap manusia diberikan oleh ALLAH talent..to be NO 1 not only about talent,tapi harus ada kabel yang baik...kabel yang baik yang saya maksudkan ialah hubungan dengan ALLAH...apajua yang kita lakukan saat ini,sebaik mana pun perancangan kita,,percayalah KUN FA YA KUN..kalau ALLAH kata jadi,maka jadilah,,kalau tidak tidak lah..
Untuk berjaya kita tak boleh memijak orang lain..tapi menjadikan diri contoh yang baik pada orang lain...itulah RAHSIA orang-orang yang berjaya..berjaya itu bukanlah sesuatu perkara yang kita dah capai dan kita terus berhenti disitu tapi sebenarnya berjaya itu adalah satu kesinambungan dan akan berterusan...
contohnya saya berjaya menjadi top asb dalam region,adakah saya berjaya?TIDAK selagi yang mengambil asb itu tak berjaya dengan apa yang dibuat,tapi dengan investment ASB itu mereka berjaya pula beli rumah atau dapat buat investment lain,dengan dividend asb boleh buat mereka gunakan untuk keperluan anak nak masuk univerisiti,anak nak masuk sekolah awal tahun,renew roadtax dan insurance kereta ...maka disitulah nilai kejayaan & kepuasan kerjaya bagi saya,namun dengan ASB menjadikan mereka blacklist dan ccris,maka saya gagal..untuk mengajak orang lain berjaya sepertimana acuan yang saya rancangkan....
Tapi apabila seluruh ilmu dan idea sudah saya muntahkan..dan strategi sudah saya gariskan,mereka-mereka masih lagi gagal mengeksploitasi kewangan mereka dengan baik.
disitu saya fikirkan ada suatu perkara lain yang boleh saya sumbangkan.ada perkara yang lebih besar menanti saya di hari depan..dan saya yakin ALLAH maha mengetahui dan maha merancang..dan setiap hari dalam doa dan sujud..saya minta DIA temukan saya dengan sesuatu itu...
dan hingga kini saya sedang mencari apakah idea terbaik,,dan cara terbaik agar saya boleh memberi nilai pada kehidupan orang lain disamping saya juga dapat benefit darinya...Sebab itu kebergantungan saya pada KABEL ALLAH tadi yang utama,,hanya Dia yang mengatur urusan kerja harian saya,,,dan memberi petunjuk..
Untuk menjaga kabel itu bukan sahaja solat jangan tinggal,kabel itu akan kuat kalau kita juga menjaga hubungan dengan manusia..habluminnannas dan habluminnALLAH..apaguna solat tak tinggal tapi dengan rakan sekerja kita dengki dan tidak bertegur sapa,itu bukti kita harus banyak lagi belajar untuk menjadi orang yang berjaya..orang berjaya itu adalah orang yang sentiasa positif dan lapang dada...
Kerana banyak yang saya lihat contoh..orang berjaya itu harus mempunyai kabel yang baik dengan Sang pencipta...Jika mereka berjaya tanpa menjaga nilai-nilai rohani dan ..kejayaan itu hanya sekejap,tapi mereka yang sentiasa mendekatkan diri dengan KABEL ALLAH,walaupun nampak lambat,walaupun perlahan,,mereka dapat mencicip kejayaan demi kejayaan sepanjang kehidupan mereka..
Usah melobi manusia untuk dapat job besar,tapi buatlah solat hajat dan dhuha,pasti rezeki datang bertamu..
Jika hati tidak tenang,buatlah solat isthikarah untuk petunjuk..
Jika rasa bersalah,buatlah solat taubat..
Jika ingin dimakbulkan doa ,tahajud dan puasa sunat adalah titiannya...
APAJUA permasalahn yang menggangu hatimu,yang membuatmu resah dan jiwa gundah gulana,kadang-kadang minda menerawang mencongak entah apa-apa,berasa ragu-ragu dalam ketidakpastian...solatlah...DAN percayalah lambat atau cepat Allah akan memberi petunjuk..kuncinya IKHLAS.....
Dan sesungguhnya jika dia boleh berjaya..kenapa tidak kita kan?InsyaALLAH siapa pun akan mampu menjadi inspirasi untuk orang lain kerana setiap dari kita sudah dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing,Kerja kita mengoreksi potensi diri,Kerja DIA menunjuk jalan sesuai dengan usaha kita...dan hakikat rezeki..itu:
1) Rezeki yang Allah dah jamin semua dapat. - surah Hud ayat 6
2) Rezeki yang diberi Allah mengikut kadar usahanya. - surah al-Najm ayat 39 -
...
3) Rezeki yang Allah tambah jika kita bersyukur. - surah Ibrahim ayat 7 -
4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. - surah al-Thalaq ayat 2&3
Sekian..salam hujung minggu....
4) Rezeki yang datang secara tidak disangka bg orang yang bertawakal. - surah al-Thalaq ayat 2&3
Sekian..salam hujung minggu....
siapa rajin usaha tentu dapat hasilnya
ReplyDeletebetul tu...rajin saja tidak cukup,kena kuat kebergantungan dengan ALLAH jua...tq nabil syifa,,and congrat utk awak juga untuk temuduga tu..:)
DeletePost a Comment
Thank you,come again :)