Rymba haven yang bertempat di Nilai Perdana 14,Nilai Perdana 71800 Nilai,Negeri Sembilan.
 
Seindah nama begitulah tempatnya
 
Nilai ni tempat kenangan dulu i ulang alik dari sepang ke KL menggunakan KTM Nilai,zaman sekolah dulu...,dan sejak habisnya sekolah kali ini baru turun Nilai balik....terasa pantasnya masa berlalu...13 tahun lalu inilah laluan tiap minggu bila balik  KL..dan  kali ni datang lagi untuk setelah beberapa tahun ditinggalkan....sempat termenung sekejap irda ni...

Berdekatan dengan station KTM nilai ni rupanya tersembunyi "khazanah"yang benar-benar bagaikan syurga.Rymba haven  restaurant,resort yang mana tempat ini sesuai untuk apa sahaja majlis keramaian,perkahwinan,atau corporat event.Di bulan puasa,Rymba haven juga menyediakan buffet ramadhan.

Dimanakah kedudukan Rymba Haven?

Ia terletak di Nilai, berhampiran lokasi tol lama. Sekiranya kita dari tol Nilai sekarang, ambil arah ke bandar Nilai.

 
Kalau dari LEKAS, keluar di Tol Pajam belok kiri dan terus hingga sampai ke traffic lights yang ada sighnboard tu .
 
tempatnya tidak terlalu jauh dari station KTM Nilai.I rasa kalau dari station KTM Nilai lebih kurang 5 minit je.
 
Tapi sekarang apa susah..googles maps atau guna je lah garmin tu kan...:)
  
Rymba haven 100% adalah milik bumiputera.Ownernya merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital di Kuala Lumpur.Kalau lah doktor..mestilah tempat ni sangat bersih dan kualiti makanan sangat terjaga kan...memang sangat...bukan saja makanan tapi tempat nya pun sangat indah

Apa yang menarik di Rymba Haven ni?

Kalau ada wedding ceremony,bahagian belakang rymba haven ni boleh buat untuk outdoor photoshoot



Kedudukan yang tinggi dan berangin.Suasana yang begitu tenang dan mendamaikan,tidak kelam kabut atau terlalu serabut.Pemandangan yang indah dan yang pastinya aroma masakan (kampung & western )yang akan membuat anda telan air liur banyak kali.

Walaupun sebelum ni saya ada juga berbuka di hotel-hotel tapi disini sememangnya lain dari yang lain.Lebih menarik dan lebih santai,hotel-hotel mewah pun tak dapat menandingi kehebatan tempat ni...Mungkin tempat ni kena dengan jiwa I kut...

Menu masakan kampung dan juga barat yang disediakan semua kena dengan selera .


 
Banyak ruang disediakan untuk menikmati makanan,selain bahagian luar,yang lebih berangin,ada juga ruang yang tertutup yang berhawa dingin.
 
 
Kemudahan surau untuk lelaki dan perempuan juga turut disediakan.Toilet di Rymba haven pun terjaga dengan rapi ,bersih dan berbau harum.
 
apa yang best masa Irda berbuka puasa disini?
 
Walaupun dalam kesibukan,mendapat jemputan disini adalah salah satu peluang yang tidak disia-siakan.
 
Yang best kat sini boleh pulak terclose deal business lain..hehehe..almaklum irda pergi mana-mana form and flyers sentiasa ada je...
 
Tapi memang tempat ni best sangat...datang sekali dan terasa nak datang lagi...tak menyesal datang ke rymba haven ni.
 
 
 
Kehadiran tetamu yang dinantikan di ruang pendaftaran yang cantik ni.Kehadiran akan dialu-alukan oleh staff-staff disini..anda bagaikan VIP,layanan begitu mesra dan semua staff sangat peramah..
 
 
Bila anda datang tak perlu risau untuk tercari-cari meja mana yang anda perlu duduk,sebab staff di rymba haven semuanya telah menyediakan dengan sempurna untuk anda..
 
 
Dekorasi yang tersusun ,sambil menikmati setiap pemandangan anda akan terhibur dengan bunyi air dari kolam.Bila anda pejam mata,pasti anda akan terasa bagaikan disebuah tempat yang penuh yang asing dari kesibukan.
 

 
Apa yang i suka dengan cara hidangan buffet,ala-ala kampung dan karpet yang macam rumput ni macam garden view dah.Sojuk je mata memandang...
 
Cuba tengok semua menu ni..perghh!...dan memang sedap sangat semua ni.Masa I berbuka kat sini siap 2-3 kali round menambah.
 
 





 
 
 
Kalau ke Rymba Haven jangan lupa cuba nasi hujan panas ni ye...:)
 

Jom pekena aiskrim ni..:)


Kru Rymba haven sentiasa sibuk memastikan kualiti makanan panas sentiasa terjamin.Jadi mereka akan goreng sikit demi sikit,kalau habis goreng lagi,jadi makanan tu xdelah sejukk je kan..

Tips untuk makan buffet;ambil sikit-sikit dan kemudian ambil lagi,jangan takut  habis,sebab bila habis akan ditambah lagi.Dan jangan ambik banyak-banyak,nanti anda akan cepat kenyang dengan satu jenis makanan je,biar sikit tapi dapat rasa semua...haa jangan tamak tau.

 
Haaa...memang cantikk sangat,sambil menikmati makanan,kita akan dihiburkan dengan persembahan traditional,gamelan dan cak lempong dan lagu-lagu nogori yang memang kena lah dengan jiwa saya.
 
Ayam den lapeh salah satu lagu di padang,walaupun sudah dimodenkan dengan minang dialek negeri sembilan,tapi masih terasa keasliannya lagu ni...
 
"Luruih lah jalan payo kumbuah,babelok jalan kayu jati,dima hati den indak ka rusuah,ayam den lapeh"..hehehe..:)
 
kalau nak tahu lagu ni mengisahkan perjalanan dari padang ke bukit tinggi,paya kumbuah sebuah nama tempat di daerah padang dan kayu jati juga laluan dari padang ke bukit tinggi...wahh dah terasa aura nak ke padang tak lama lagi..hoyeah!
 

 
Tiba-tiba bila kumpulan ni nyanyi kan lagu ni,terus dibuai kenangan tau...:)
 
Persembahan atas kolam air macam ni memang rare sangat lah..Unik dan menarik
 
apa yang i boleh simpulkan pengalaman berbuka disini
 
Makanan :marvelous..sedap hingga menjilat jari
 
tempat:superbb cantik dan tenang
 
staff:Peramah dan mesra pelanggan
 
Kebersihan:Sangat-sangat bersih,even toilet pun bau wangi..
 
 
 
 
ok readers..siapa yang berpeluang boleh lah bawa family,orang tersayang untuk menikmati iftar di RYMBA HAVEN Nilai ni..
 
Hubungi mereka di
 
 
Tel : +606 7991314


Thank you for reading,appreciated!..DAAAA...

 

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. nasi tu mmg sedap (Y)

    ReplyDelete
  2. Nanti kita g lagi ye yang

    ReplyDelete
  3. menarik tempat ni...boleh gi lepas raya nanti, In shaa Allah..
    bulan posa ni, nak makan jauh2..rasa malas le pulok...
    suka dengan muzik gamelan & cak lempong...rasa tenang je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post