Assalammualaikum...
Today im working,3rd day of raya....bila bagitahu ocin i kerja(bff)..what the life!!wahh suka-suka je sound orang,,esok kan weekend baru sambung raya kut..lagipun takde mood sangatlah nak raya-raya ni kalau adik i tak sihat..i just mention kat dia banyak pending work nak settle...so hari ni masuk ofis sure tak ramai orang kan..so bolehlah clearkan pending works...actually takde keje mana pun..cuti pun banyak lagi..hehe alasan!
Selepas waktu ofis,I lawat ogy di HKL...hari ni ogy dah boleh senyum..kawan-kawan sekolah dan tempat kerja ogy pun ramai datang,semalam operation dah jalan pukul 8.30 malam till 11 something,i pun tak pasti macam mana diorang buat operation..i tak nak amik tahu pun sebenarnya...adik i dah sihat pun dah ok..
bila 3 orang adik sepupu plus dengan seorang adik lelaki berkumpul,kami saling bergurau senda dan berborak macam lama tak jumpa,sorang tukang picit dan urut-urut kaki,sorang cuba suapkan makanan,sorang sikat rambut...hemm suasana dah lama i tak nampak.,i lihat makcik dah boleh senyum,pakcik pun sama,dah beberapa hari mereka menjadikan hospital sebagai rumah,makan dan tido di sini,pakcik pulak tido kat surau level 4..kesiannya..hope esok ogy boleh discharge dan berehat di rumah...i menghala mata keluar tingkap..ada air mata syukur cuba i tahan...merekalah kekuatan i...
sorang adik sepupu i dah kahwin dan bertugas sebagai jururawat..i lega dah(tanggungjawab i dah berkalih pada husbandnya).sorang ogy dah kerja,sorang yani sekolah..adik i putri sekolah dan oby yang terlebih manja..
Bila nak balik..i ajak roby pergi makan dulu
"Jom makan nasi arab nak?atau apa ang nak nak makan jomlah"
Actually lama i tak sembang dengan adik bujang i ni,asyik bagi arahan kat wassap je..bila semua dah berkumpul di hospital,i ada bende nak slow talk dengan dia hari ni..Tapi taknak lah depan adik-adik lain...i cuba menjaga air muka nya...
Dia pun angguk tanda setuju nak pergi makan,cuma dia tak nak makan nasi arab,just nak makan kedai tom yam di area kampung baru,katanya kedai feveret kami tu bukak je...then i pun setuju...i ada bende nak bincang.Dia sejak ogy masuk hospital,banyak menurut kata...so ini masanya untuk sitdown dan slow talk...
Lama jugaklah i tunggu dia datang,dah habis i makan baru dia nak datang...i order sup ekor,sotong goreng kunyit,kailan ikan masin,telur dadar dan ikan kembung masak pedas...perghh i makan ke menternak ni..:) Oby datang order nasi goreng ayam pulak..
"How business kat jalan TAR puasa hari tu"..i mulakan soalan...Adik i tolong sedara niaga sebenarnya sebulan puasa hari tu,sebab tu tak nampak batang hidung dia kat rumah..
"Oklah..biasa je,macam tahun-tahun sebelum ni"..he said...
"Dah lama asyik ikut orang kan,bila nak buat business sendiri.selain jaga business mak pak.Ajak buat coway...coway ang ke laut..huhu skill direct selling ang xda...tak focus..orang lain boleh ja.."-me
Setiap hari saya fikir apa yang terbaik untuk adik sorang ni,sebab belajar dia tak minat dah,ksecenderungannya lebih pada perniagaan,i rasa tiba masanya i suruh dia serius dan bergerak secara sendiri..Dia harus ada pendapatan sendiri,ada business sendiri dan lebih produktif..I tak nak i success sorang,adik i terkebil-kebil jadi kutu jalanan,rempit sana sini..hari-hari i pening fikir apa nak bagi dia buat apa ni..
cuma budak-budak ni kan,tak boleh kena suap sangat...jenuh i fikir,kadang-kadang bukan fikir masalah kerja sendiri,masalah dia ni satu buah fikiran pulak dah.. i tak nak lah,i jenuh nasihat anak orang,adik orang..adik i sendiri jadi ntah apa-apa..i tak mo macam tu..
"Ok..i have plan for u...since next year pun aku plan nak resign,nak serius buat business...then untuk masa sekarang bergerak under ang dulu..ok?"
Apa business??-dia tanya I...
ada saudara yang ada kilang jahit tudung,selendang,banyak state dia distribute tudung.
ada suadara ada kilang jahit baju melayu,sulaman,baju kurung,telekung dan ada butik pengantin,butik dress
ada saudara turun naik jakarta,vietnam,china jual barang dan clothes
ada saudara ada kedai makan
ada saudara jual buahan,distribute buah kat gerai-gerai..
ada saudara ada kedai emas..
habis tu takkan ang xleh nak cedok sikit ilmu dari diorang?...bukankah PADANG maksudnya-pandai dagang?takkan sampai laa ni umur dah 20 lebih ang nak jadi pemenuh jalan ja,buat semak mata aku ja...!
Dia mula muka berkerut tak suka i membebel agaknya..i tak peduli..bukan selalu dapat duduk semeja dan talk macam ni..ni masanya nak serang dengan peluru bebelan kankan..hehe
"Biar belajar tak pandai...tak semestinya belajar pandai tu success..contoh banyak kita tengok...so ang jadilah diantara contoh-contoh tu...yang penting focus!
"tiba masanya ada duit sendiri,jangan sikit-sikit mintak mak lagi,bukan kerja untuk beli minyak motor or lepak kedai mamak sampai pagi..bukan sikit-sikit ang kalih kat aku..aku siku adalah..".
"bukan kerja cari duit hari ini untuk main snoker esok hari,karoke bawak awek tengok wayang sana sini,belum confirm dia jadi bini,awek tu cukup satu,tak yah banyak-banyak buat semak,sudahnya rezeki sempit ,poket ang yang koyak".
fuhh puas rasanya lepaskan geram...
'tapi tiba masanya kerja untuk fikir masa depan.biar jadi kuli dulu,belajar dengan saudara mara dulu.tiba masanya ang kena kedepan,gagal atau success tu kita tak tahu,kalau ang tak cuba ang takkan tahu"
"capital from me,ang move kan.minggu depan register SSM ..ok.Ada untung bayar balik modal,itu bukan free,tapi tanda sokongan.pinjam ja tau"?
'Kedai bukak mana?siapa nak jaga...aku kan kena jaga business mak pak" jawabnya
ermm..i garu kepala kejap...hurmmm...banyak betul planning i tuk diorang,tapi selagi i masih sayangkan bank..i rasa..i boleh bergerak perlahan ja...hemm takpelah biar kita jadi turtle dulu,tapi sampai ke titik akhir..yang penting mulakan dulu..kan kan..
so untuk permulaan,tak payah nak bukak kedai..tak payah nak hire pekerja...online kan ada...:) bisik hati kecil i
I want my siblings, success together.Suatu masa nanti impian i,mereka bekerja sama-sama untuk grow kan business..
-Ok irda dahh berangan..jom tido...nunite readers..semangat lain macam menulis malam ni bila dah jadi cikgu sekolah siang hari tadi sekolahkan adik..huhu...
i cuma fikir..i tak nak success sorang-sorang,my responsiblity also for them
IRDA(independent,responsibility,dinamic,aggresive)..hehehe..
.SSM REGISTER?IRDA GARMIN?....fikir sampai esok pagi ....kan terbawak ke mimpi..i memang cam tu...parah parah...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Day 5 di HKL-Register SSM?
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
bagus ada kakak yang supportive macam you ni yang. betul tu takleh nak suap 100% . moral support tu penting baru bersemangat nak buat apa apa
ReplyDeletebg semangat ikut apa yg depa minat..
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)