Semalam dengan berbaju kerja bergegas ke hopital,hati tak tahu cakap macam mana,adik rozi yang bambam,yang ceria terbaring kaku dengan kaki bagaikan lopak,darah mengalir...
I yang kepanasan dengan suasana zon kuning di HKL tak tahu nak buat apa selain mundar mandir.nak buka blazer baju dalam tak berlengan,tudung i tanggalkan dan i jadikan selendang..panas sungguh rasanya dan orang terlalu ramai di hospital..
Kaki i sakit dgn heel,kasut jenama bonia yang sudah lusuh i pakai ,i jalan ke hulu dan ke hilir,i adalah kak sulong untuk adik-adik sepupu i ni,walaupun sepupu tapi mereka ibarat adik kandung i..,i rasa nak meraung tak boleh,nanti makcik i lagi meraung,i jalan sana sini,bila nampak doktor datang,i datang bertanya lagi..
i peluk makcik suruh bertenang,tiada apa yang boleh i buat selain berlagak cool walaupun sebenarnya i risau...
Hospital yang padat,dan ramai yang sedang ingin bercuti raya...semuanya jadi lambat,bila dah xray...alhamdulilah tiada yang patah,tranfer balik ke WAD KECEMASAN,datang doktor pakar,ada bahagian jari rozi yang lebam mereka lupa xray,patah balik ke bilik xray..aduhai...ke sana ke mari i ikut ,kaki i semakin sakit..sebab dari pagi di ofis berkasut,badan pun busuk rasanya berpeluh,belum mandi...
I yang lenguh,menunggu dan terus menunggu lagi turn,kak sulong rozi selesaikan urusan report di balai polis dan polis trafik,inform semua abang-abang sepupu dan ramailah keluarga yang telefon bertanya khabar..keluarga jauh dan dekat ...
Sampai pukul 12 am.. di ruang tunggu zon kuning,macam-macam orang i nampak.YA allah...i tersandar dalam kepenatan pulang dari kerja,kasut yang buat kaki i pedih i bukak,i tak peduli dah orang yang ada,berkaki ayam i berdiri di dinding hospital...bengkak!dari pagi kaki ni belum dapat rehat..blazer i masih tak bukak,i beli air i minum..termenung sejenak melihat doktor dan jururawat yang bertugas,dalam wad kecemasan lelaki dan perempuan bercampur,..
Disaat melihat ada sorang budak berusia bawah 12 tahun merengek-rengek kesakitan i sempat bertanya,kenapa makcik anak tu?
"Dia minggu lepas baru apendiks operation,hari ni datang lagi bila salur makan tersumbat dan muntah-muntah tak boleh makan..."
Ya ALLAH tersedar aku betapa nikmatnya menjaga perut,Kau beri sedikit penyakit,meronta-ronta mereka menahan..aku insaf ..
I berjalan lagi walaupun kaki sakit,walaupun tak dibenarkan berada di ruang zon kuning,i tak peduli ...i lihat seorang aci yang sudah tua disebelah adik..i tanya
aunty kenapa?
"kaki saya bengkak,tak boleh jalan,saya punya diabetes agaknya...saya mahu kencing pun takda siapa mahu tolong."
Me:"aunty anak mana?kenapa sorang-sorang"?saya memang tak boleh senyap agaknya.sibuk nak bertanya...
"anak takda marilah,tadi kawan ada mari kasi beli air ni botol,ini semua aunty dari pagi sini,sampai sekarang takda sapa peduli"
Me;"Aunty ..husband mana,aunty mahu apa saya tolong"
"Husband takda takda..u kasi itu air saya mahu minum"
Saya hulurkan botol mineral yang berada di bawah katilnya,saya kemaskan barang-barang makanan yang bersepah...hemmm aunty ni membebel sorang-sorang,tetiba saya termenung..
Bila kita sudah tua,bila kita sakit,siapa lagi yang paling penting selain family kan atau orang tersayang,saat itu kita betul-betul perlukan perhatian,dan bukti orang sayang kita,ambil peduli bila kita dalam kesusahan..
saya termenung lagi...,kesian aunty ni,dulu mesti dia ligat dan cergas,walaupun ada kawan-kawan ramai sampai manalah sangat kawan-kawan boleh berada bersama ketika kita sakit,sudahnya nak membuang air kecil pun terpaksa tunggu nurse free tolong kan..
Saya termenung lagi,kalau ada anak yang membalas jasa..oklah,kalau dapat anak macam aunty ni,dari pagi ibu di zon kuning,takde datang,sebab kerja.mungkin sebab anaknya sorang je..tetiba saya rasa gerun..
Tetiba rasa nak beranak banyak-banyak,saya nak anak lelaki 2,anak perempuan 2...sekarang ALLAH baru bagi satu,terus rasa nak suruh hubby proses anak banyak-banyak...erksss?
Sesungguhnya dikelilingi orang sakit kita akan berasa syukurnya nikmat sihat..
Saat saya complaint kenapa pipi semakin bambam napa tak tirus macam erra fazira ke...walaupun hubby cakap comel,lagi montel lagi suka katanya..adeih...,tak peduli jugak...tak bersyukur kan..nak kurus lagi...
Nak pipi licin.siap plan next year nak buat treatment vpr nak bagi flawless kunun...sibuk nak licinkan kulit yang tak tak licin ni,tak ber
syukur irda ni..terus niat terpadam bila tengok orang. terlantar sakit.
ADA orang yang tercalar pipinya sebab terguris dengan benda tajam..ada yang tak terbuka matanya cedera..ada yang tak dapat melihat dah wajahnya..ALLAhurabi...
Saat saya complaint kaki sakit kasut haprak..
ADA orang yang sedang menunggu kakinya di operate entahkan boleh jalan entahkan tidak lepas ni,
Saat saya berusaha keras untuk kurangkan tummy,lemak di perut,pakai macam-macam dan cari lotion untuk kurangkan lemak di perut ..macam-macam petua saya cuba,memang sekarang dapat hasilnya apalagi dalam bulan puasa,memang nampak hasilnya,next entry irda share mcm mana nak reduce tummy hokey...
Tapi irda tak bersyukur,ADA ORANG sedang berjuang bila ususnya tak berfungsi...perutnya tak mampu menerima makan,atau ususnya berada di luar..Allah ALLAH..tetiba rasa nak nangis...
Bila I keep on complaint I penat dengan kerja-kerja ,sedangkan kerja itu ibadah
Sedangkan di hospital ni kerja mereka terlalu mulia untuk menyelamatkan nyawa orang..tak kenal siang dan malam...besarnya pahala mereka bila mereka melakukannya dengan ikhlas dan lapang dada..
I terpaku sebentar di dinding hospital,sedih tengok adik dan sedih dengan pelajaran baru yang I terima dengan memandang suasana hospital ini.
Dan malam raya ini i tulis entry ni,kerana raya tahun 2016 tiada rasa raya buat Irda bila kami sekeluarga berdukacita,dan dari semalm rozi di hospital sejak pukul 6pm dan sekarang sudah pukul 8:53 pm,masih belum operate dan luka belum dijahit...
Takbir raya malam ni lebih sedih rasanya dari tahun lepas,terasa hati semakin jauh..
kejap lagi i akan ke hospital lagi,kuih raya untuk makcik masih dalam paper bag,baju raya untuk anak-anak buah masih belum I bagi,mereka masih di hospital...
Kalau ikutkan hati nak je saya bawak rozi ke private hospital biar cepat sikit proses ..dah dua hari adik berpuasa..tak masuk apa-apa,berapa pun kosnya biar saya dahulukan,tapi i tak nak memandai-mandai,takut apa-apa komplikasi nanti diorang transfer ke hkl jugak..nak tak nak kena tunggu turn jugak..
ya ALLAH..SEMOGA semuanya berada dalam baik-baik saja,dan rozi moga kuat ya dik,tadi dapat cakap ngan adik,teta tahu adik sedang menanggung kesakitan...
tiada raya tahun ni untuk family irda,,,,
owh ya,yang melanggar khabarnya dah ditangkap..sepupu lelaki irda cari pesalah di rumahnya..dan jumpa kereta yang telah disorokkan,dan diberitahu oleh kawan,pihak polis sudah bawak ke balai orang yang terlibat..moga ada penyelesaian yang baik lepas ni..
benar kata mak..keluarga kita ni kuat,jagalah adat kita dimana jua berada..
our family...seperti
"serumpun seperti serai,seikat seperti pisang,lurah sama dituruni,lautan sama direnangi,cubit paha kanan,paha kiri ikut sakit sekali...hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicicah"..
jangan asingkan diri dari keluarga,jangan meninggi diri dalam keluarga..orang yang menjauhkan diri dari keluarga dan berasa ingin mandiri kononnya tak nak keluarga sibuk-sibuk,ingin jauh dari semua orang..kelak percayalah...family tetap di hati...kalau susah siapa lagi nak tolong selain family?
kadang-kadang bersyukurlah kita bukan gelandangan yang tak punya apa-apa,kenapa sampai mereka jadi gelandangan?kerana mereka dibuang keluarga..kenapa mereka dibuang keluarga..pasti ada silap dan ego yangtidak diakui...
simpang malaikat 44,mintak jauh 7 keturunan ...
dan alhamdulilah..irda juga kuat kerana family!Any decision will discuss with family first..
im nothing without my mum & family...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Lebaran 2016 di Wad kecemasan HKL
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
Allahu Akbar, sabar ye. Ujian datang tanda kasih sayang Allah. Moga semuanya aelesai dgn baik.
ReplyDeleteBagusnya Irda, boleh berkorban demi persaudaraan. Seronok akk baca.
kenapa dengan adik sepupu you dear. ?
ReplyDeletekeluarga tetap di hati...
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)