Habis raya baru nak share open house ni..Nak masuk raya haji baru sempat ni nak share....Banyak-banyak open house irda pergi..kat HQ ni irda share.

Jika sebelum ni irda emcee untuk event openhouse ni,sekarang bila depa dok petik nama irda,surrender!TAK MO!..sebab kalau jadi emcee kena cari orang makeup,nak kena cari baju cantik-cantik paling tak best kalau emcee tak dapat nak makan dengan gelojohnya,cover-cover,orang makan kita dok membebel,telan air liur orang makan...Aishh..lagi satu kalau emcee depan kawan-kawan,kita jadi bahan ..

Kalau kawan yang jenis faham oklah,ni kalau kita silap mahu setahun depa dok sembang pasal kita.,stalkers,,argh sibuk je kan..ehh ko ni irda perasankan..ye lah,irda ni kadang-kadang orang cakap mesra alam,sealam flora leh sangat,,ada yang mudah salah faham..haa ada orang yang suka ada orang yang benci..hehe..but im ok..adat orang marketing kan..,,

Tapi terbaca satu perkara...bila orang baling kamu taik,bagilah bunga..kebencian balaslah dengan kasih sayang..kelak orang-orang yang membenci itu akan akan jadi sahabat baikmu..

Buktinya banyak.. belajar-belajar lah irda menyucikan hati ni...

bila orang yang dulu begini dan begitu,alahai sekarang baik sangat,yang dulu pandang sebelah mata,sekarang bila nak apa je laju je tolong sebab irda banyak tolong depa bab kerja..tak nak lah balas dendam kan..but remember one thing..:

yang memberi nilai padai diri kamu bukan harta kamu,bukan jenama yang kamu pakai,bukan berapa banyak salary kamu..tapi yang memberi nilai pada diri dan peribadi kamu adalah,bagaimana kamu melayani orang lain dalam kegiatan harianmu..

"ORANG yang tinggi iman bukan sahaja berapa banyak solatnya,bukan berapa banyak puasa sunatnya,tapi iman itu juga diukur dengan bagaimana ia memperlakukan orang lain dalam hidup sehariannya.."and please irda reminder for me..dont judge people ..and be nice to all,sebab setiap orang yang datang dalam harianmu adalah ladang rezeki untuk mu--irda selalu ingatkan diri tentang ini..

ishh membebel pulak irda ni.ok irda nak share photo

.  
  ini bukan baju raya irda tau..ini baju dua tahun lepas,ni beli kat jakarta,dress apa tah nama nye cam pelik,luar dan dalam satu baju yang sama dan luar adalah batik,handbag & kasut beli ngan cousin,tudung shawl dua muka tu pemberian husband kepada bff ana...diorang pakat belikan irda tudung ni waktu raya.TQ ana&husband for shawl ni,husband bff irda satu ofis dengan irda.

   
 

irda suka sangat tengok head HR ni,dahlah cantik,baik,cakap pun lembut,hari tu dia tukang senduk makanan untuk staff..suka and admire sangat tengok personaliti dia.

 
 

Tak cukup dalam penuh,luar pun penu tau,paling best ada kambing golek,cendol,nasi lemak,martabak,sate ,nasi impit dan banyak lagi lah..tak tersenarai kalau irda nak senaraikan..ye lah event ni kat HQ kan..confirm2 kena banyak pilihan


 Masa beratur amik makanan ni,ada juga yang bukan staff join makan,mungkin orang dari luar kot.So fikir positif je,dah namanya open housekan,kalau ada orang join makan ok je lah.Tak luak pun kalau dia nak makan sekenyang-kenyangnya sebab makanan tu ada dari pukul4 hingga pukul 8 malam,tak habis-abis..


 Dalam banyak-banyak menu tu,inilah pilihan pertama irda.apam balik crunchy,lepas tu amik cekodok pisang,cekodok nangka..erkk kenyang..

Lepas tu haa makan nasi lemak sotong,tak sempat nak snap..sebab focus makan..hehe.rasanya nikmat makan mengalahkan nafsu nak amik gambar..selalunya irda ni pantang kalau ada camera,alergic nak amik gambar tu bukan main..

So inilah serba sedikit suasana open house di HQ untuk raya 2016.Entah tahun depan irda dapat datang lagi ke tidak.masa open house ni sempat jumpa customer nak apply personal loan tau..hehe:)

Irda nak share dengan uols,photo-photo first time irda jadi emcee untuk event open house ni tahun 2013,gigihlah scroll FB tau untuk share dengan blogger friend ..hehe,masa ni rasa teruja lah jugak sebab siap dapat bergambar dan menemuramah CEO bank kan..lepas tu tahun berikutnya bila diminta..alahai malas den..

With my beloved head HR,baju ni irda beli di OMBAK BUTIK GOMBAK,makeup dari kawan sekolah..hehe..irda memang tak pandai makeup tau..mesti kena suruh orang..nasiblah ada kawna-kawan yang sentiasa menghulur bantuan..


Feveret emcee & the best trainer..he is,dan merangkap couch irda ni.
one emcee in english and one in malay..voice diorang terbaik sangat..


With joshua,bank negara winner for 2013,dan irda winner for 2014,we all partner for emcee.HE ONE of top sales di mobile sales juga.Sarawakian kawan irda ni.Dia ni berperwatakan lembut tapi bila atas pentas makk aihh hebat sangat,terus jadi johan masa pidato ,Masa turn irda tahun 2014,aura dan skill dia irda cedok sikit..:)hehe..thanks bro share your skill..


Ok itu sahaja yang irda share,pic dengan bigboss lain tak yah share lah ya,HEHE..yang tu biar dalam simpanan je..So ini story irda,maybe jadi diari Irda,nanti kalau Irda dah takde dah..kalau alya bukak blog irda,mesti alya jumpa mama punya aktiviti kan..

Dear anak mama,

Dalam hidup pelbagaikan aktiviti,cari kredebiliti diri,setiap orang yang diciptakan Tuhan pasti ada bakat tersendiri,jangan malu mengetengahkan apa yang kita ada,kerana hidup ini penuh dengan cuba-cuba,
cuba yang baik dan jangan lakukan perkara sama sahaja setiap hari,cari potensi diri,kembangkan personaliti,kerana disitu kita akan jadi lain dari yang lain..

Dan alhamdulilah lepas jadi emcee di sini,lepas tu banyak pulak irda dapat job tahun tu sebagai emcee event orang kahwin dan corporate,cuma sekarang macam tak dan sikit nak buat..

emcee sebagai hobi namun tanggungjawab emcee tu berat tau,sebab kita jaga maruah event orang,terlajak perahu boleh diundur ,terlajak kata buruk padahnya...:sebab tu agak seram sikit kalau ambik job takut ada salah silap kata.. ..sebab semuanya LIVE KAN..dan sebelum mula apa-apa,bismillah dan doa pada Tuhan banyak-banyak supaya tiada kata-kata yang akan menyinggung perasaan orang..

ingat lidah yang tajam lebih menyakitkan dari sembilu yang menikam..


thank you for reading this entry...appreciated :)

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. setuju tu irda.. buat baik dgn semua org dan benda baik yang akan datang dekat kita semula.. apa yg kita bagi itu yg akan kita dpat semula...

    ReplyDelete
  2. Ziarah mlm. Dah hilang ngantuk tertido lps maghrib. Nothing to komen, semua positif aje.

    ReplyDelete
  3. Ziarah mlm. Dah hilang ngantuk tertido lps maghrib. Nothing to komen, semua positif aje.

    ReplyDelete
  4. Ooo irda pun jadi emcee jugak ye.. Banyak talent irda nie rupanya. Hehe. Cantik irda dengan berbaju peplum hijau itu 😍

    Begitulah hidup irda. layan semua orang baik je irda. Alhamdullilah bertambah murah rezeki irda nanti =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post