Metro,21 August 2016-"Kontrak Neraka"

Malu diejek rakan sekerja,tidak bernampilan menarik?dikatakan tidak menarik?tidak brgaya dan tidak tahu ber makeup ,akhirnya gagal mencapai sasaran target sebagai pegawai pemasaran di bank.

Punca seorang gadis kelahiran Perak menanam susuk emas di badannya.Terkedu seketika bila membaca harian metro hari ini.Skop kerja yang sama dengan Irda dan tak sangka ada juga di zaman yang canggih ini ada juga yang masih mengamalkan syirik ni.

Ada orang kata,pakai skirt,makeup tebal satu inci,body solid che TA,Bulu mata lentik sehasta,baru akan cecah target..itu orang kata..Benarkah orang marketing seperti itu?

Itu maybe untuk orang yang tidak faham dalam hidupnya hakikat rezeki.

Bagi irda hampir 4 tahun dalam sales line dan sebelum ini hanya sebagai pembantu dalaman.Dalam Hari jemputlah rezeki bukan menagih rezeki.Jika baca sebuah buku ustad ,saya lupa penulisnya,buku itu juga rujukan kak fel ,empayar fellina"Menjemput rezeki"lah dalam hari.

Apa jua kerja,kadang-kadang dalam halalnya,kalau tak kena cara ia akan jatuh menjadi haram.Jangan kita dijadikan hamba pada kemahuan dunia tapi jadikan dunia ini sebuah pengajaran untuk kita.

Dan 4 tahun berhadapan dengan gelagat manusia,pelbagai ragam dan cara,ia akan menambah kematangan kita.

Tips irda untuk maintain achieved target,beroleh KPI 4.85~ 5 setiap tahun,masih memegang Ranking NO 1 Dalam region(Maaf bukan tunjuk baik,sekadar berkongsi,harap jangan di salah fahami)

Sayidina umar r.a"Janganlah sesekali kamu membuat andaian yang tidak baik terhadap kata-kata yang Keluar dari mulut saudara kamu,sedangkan kamu mempunyai jalan untuk menjadikan kata-kata tersebut difahami secara baik"

Hai Sales Person,usah diperbodohkan dunia yang kau kejar dengan menjaga mata dan hati manusia hingga kau berkiblatkan syaitan yang dilaknat,banyak cara untuk kau sentiasa perform dalam kerja dan tiada seorang manusia pun yang bisa membantu dirimu selain kamu dan diri kamu,penuhi diri dengan makanan rohani,rezeki itu akan datang dengan sendiri.

1.Mulakan hari di awal pagi dengan dhuha,sebaik2 dhuha adalah pukul 9.30am,batalkan segala temu janji,hindari sembang minum kopi,usah sibuk melentikkan bulu mata atau menambah mascara,tapi cuci wajahmu,tunduk dan sujud,permudahkan hari tu,murahkan rezeki hari tu.Niatmu penentu rezekimu

2.Rezeki yang kau terima,10% beri pada sesiapa tanpa ada yang tahu.Masukkan rumah anak yatim,sedekah golongan OKU,masukkan tabung syria,hakta masukkan tabung in law atau ibu bapa tanpa mereka mengetahui,esok ALLAH akan beri lebih lagi.

3.Biarkan orang kata kita tak up to date,sebab kita bukan menggoda dalam kerja,kita professional,kenapa otak diletakkan di atas kepala?bukan di bawah kaki?,untuk kita gunakan sebaik-baiknya.Mereka tidak membeli produk mu kerana kamu kurang menarik?dan mereka membeli dengan gadis genit pakai skirt atau lebih cantik?biarkan...seorang tinggalkanmu,trust me ALLAH hantar 10 orang tanpa kau sangka-sangka. 

(irda pernah lupa nak cek gigi lepas makan,sudahnya seharian ada cili kat gigi tau..ishh malu je bila kawan datang baru tegur..itu tak sempat punya pasal nak belek wajah dicermin waktu kerja,bukan sebab runsing target,sales masuk bertubi-tubi..alhamdulilah)

4.Jaga-jaga dengan hutang,hakta hutang bernilai RM1,kalau ada wang segera bayarkan,kadang-kadang ada wang ada yang suka bertangguh untuk membayar sambil lewa,ingat hutang akan mempersulit rezekimu,

5.Jaga-jaga dengan pergaulan,kita boleh bergaul dan duduk semeja dengan siapapun,biar secara pandangan kasar orang melihat kita terlebih sosialnya,tapi ingat sales itu bersosial ,dengan bersosial kita akan promote produk,tapi kamu harus tahu jaga batasnya,maksiat dan rezeki ibarat mencampakkan pasir dalam beras,Boleh bersosial,bila orang ajak minum coffee,why not,orang ajak lunch why not,tempat terbuka hanya urusan kerja,dan sentiasa pastikan kita berada dalam SOP DAN ETIKANYA.


ps :cantik itu bukan terletak pada penampilan sahaja,hati yang cantik,jiwa yang tenang,kata-kata yang penuh hikmah membuat anda akan mudah disenangi

disaat sibukmu,sujudlah pada DIA,nescaya Dunia ini akan berlutut padamu.
wartawan dengan yang ditemuramah

Kuala Lumpur: Bagaikan mengikat ‘kontrak neraka’, seorang wanita rela menanam susuk emas di tubuh ketika usianya 19 tahun semata-mata kerana pekerjaan, dianggap ‘kampungan’ oleh rakan kerana tidak pandai bergaya dan berasa rendah diri.
Mahu dikenali sebagai Juliana, 27, dia yang ditemui Metro Ahad baru-baru ini berkata, segala-galanya berubah ketika dia memasuki alam pekerjaan.
“Saya datang dari kampung, tidak tahu mengenai trend dan cara bersolek. Saya dipinggirkan oleh rakan kerana tidak dapat mengikut rentak ‘trendy’ mereka. Mereka juga memperlekehkan saya dan jadikan saya sebagai bahan gurauan.
“Ketika itu, saya bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah bank di Kuala Lumpur. Oleh kerana personaliti saya tidak menarik, saya sukar mendapat pelanggan dan mencapai sasaran syarikat,” katanya.
Menurutnya, tanpa berfikir panjang dan terpengaruh dengan godaan syaitan, dia pulang ke kampung di Lumut, Perak dan mengikut kakak tirinya ke rumah seorang dukun untuk mengambil ilmu pengasih.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2016 @ 5:46 AM





Sebagai sales person atau executive pemasaran,modal utamanya adalah kata-kata

"ucapan yang indah dan benar bukan sahaja sebuah metafora,Ia mempunyai "roh"nya tersendiri.Jika lahir dari hati ,ia akan sampai ke hati.InsyaALLAH akan jatuh ke hati jua,Ia mempunyai kuasa untuk merubah apa yang dirasa di dalam hati dan juga apa yang difikirkan oleh akal"..untuk mempengaruhi orang beli produk anda,pastikan produk itu berkualiti dan sampaikanlah dengan sejujur2nya dari hati,dan ia boleh dirasa oleh pendengar,dan meransang hati untuk membelinya dan mengarahkan akal untuk membuat keputusan dengan segera.."

Ini nama nya psychology seorang jurujual :)..ok daaa...

thank you for reading this entry...appreciated :)

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. menjemput rezeki dgn cara 'syariah compliance' lebih menjamin keberkatan, In shaa Allah...

    kdg2 mereka terlalu stress on 'first impression' on physical attraction - cantik, menarik, up-to-date..tapi bila bercakap cam hampeh je...biar sederhana tapi well-verse on products & confident..

    ReplyDelete
  2. mak aihh yang rakan sekerja dia pun macam budak sekolah sangat kenapa nak ejek ejek orang pulak -,-'' kat mata kita nampak orang tu selekeh tapi maybe taste dia macam tu, dia selesa macam tu. kecantikan ialah apabila kita selesa. jangan paksa diri untuk cantik , kan.

    contohnya mindset orang pakai heels je cantik. tapi kalau tak selesa and merosakkan kaki je buat apa

    ReplyDelete
  3. Macam-macam benda jadi kan irda.. Huhu. Tak sangka ada yang buat begini. Kita kena yakin dan percaya dengan rezeki Allah. Insyallah berusaha dan jika diizinkan kita akan dapat apa yang kita berhak dapat. Cuma harap bersabar..

    Tahniah Irda! Kekalkan ranking tau ❤️ good luck in everything you do ❤️

    ReplyDelete
  4. dlm menjemput rezeki ni , apa yg saya nampak , disebalik doa , usaha , solat dhuha , berkongsi rezeki dgn org lain adalah yg paling berkesan . pagi belanja org mkn , petang dpt reseki ... alhamdulillah . praktikkan memberi itu dgn keikhlasan krn Allah .

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post