Buku ini bestseller di Indonesia,244 muka surat ditulis oleh ust.syamsudin noor dan disemak oleh tuan haji tajudin senafi.Buku ini dipinjam di library,untuk 3 minggu pertama tak dapat habiskan,dan renew lagi untuk 3 minggu.Sebab?irda kebusyaaaann yang amat sangat..tapi masih cari ruang untuk hadam buku ni...dan simpan dalam garmin ni untuk rujukan masa akan datang...

Irda kalau baca buku agama memang slow sikit,apalagi kalau dalam tu ada surah dan terjemahan,kuyu je mata nak hadam..hehhe...tapi kalau baca buku lain amboii laju je habis.

Intisari buku

 


Malam dijadikan sekolah rohani bagi orang soleh untuk qiamullai,tahajud,berzikir dan berdoa  dan orang yang melakukannya akan diberi bonus oleh ALLAH(kemuliaan dan penghormatan di dunia).Sedangkan dalam kehidupan dunia orang sanggup bekerja keras dan penuh kesibukan untuk memperolehi kedudukan yang mulia disisi manusia dan penghormatan manusia itu akan hadir dengan keajaiban yang ALLAH berikan.

Namun walaupun sekolah malam ini adalah  perkara simple,tidak semua orang akan lulus dalam sekolah ini kerana banyak yang tewas dengan pujukan mata untuk tido.

Sabda Rasullulah"Tuhan kami,ALLAH swt turun ke langit bumi pada setiap malam yakni pada sepertiga malam yang akhir,lalu ALLAH berfirman:Siapa yang sedang berdoa kepada-KU maka pasti akan Aku kabulkan doanya,siapa yang meminta sesuatu kepadaku,pasti Aku berikan dan siapa yang memohon ampunan-Ku,maka pasti akan Aku ampuni dosa-dosanya"(HR.Bukhari dan Muslim)"..Melalui firman ini yakinlah tidak akan tidak dipedulikan doa-doa orang yang bangun di tengah malam.

Irda akan share pengalaman irda buat solat hajat di tengah malam,sebenarnya memang rasa bersalah bila nak sesuatu baru rajin nak bangun tengah malam untuk minta sesuatu.

Irda menang pidato hari tu dengan solat hajat,tanpa doa pada ALLAH,tak pasti akan menang kerana kalau ikutkan persembahan Irda taklah sehebat mana..irda nak buat sesuatu irda dapat dengan solat hajat..irda nak minta pencerahan pun bangun di tengah malam untuk ALLAH beri petunjuk.Dan memang ternyata semuanya berjalan bersesuaian dengan keinginan.Kalau rasa tak sedap hati,rasa something tak betul dan tak kena,rasa was-was,bangunlah tengah malam..solat dan mohon..esoknya pasti ALLAH beri petunjuk dengan sejelas-jelasnya...Alhamdulilah...benar "Dahsyatnya Doa di Tengah Malam"


Seorang kawan irda juga pernah bagitahu,dia dapat kerja baru dan minta transfer tempat kerja baru dalam 3 hari je makbul,dia bangun solat hajat dan baca 100 X al fatihah,sekali surah qul untuk rakaat pertama dan untuk rakaat ke dua dia buat satu kali alfatihah dan 100x surah qul,alhamdulilah...memang doa-doanya makbul.apa yang dimintanya dapat.Dia menggunakan alat pengira ni yang boleh diselit di jari supaya tidak confuse dalam sembahyang dengan mengira berapa kali dah baca alfatihah.

                       

Harga bende ni dalam RM5 ,Irda pun dah beli satu di pasar malam .Setiap kali baca alfatihah tekan sekali dan sampai lah seratus kali dan begitu lah seterusnya,supaya kita tak diganggu dengan mengira berapa kali dah membaca surah tersebut.so far irda baru melakukan solat hajat ni baru sekali.irda ni bukan jenis istiqamah sangat..hemmm...iman senipis kulit bawang...:(



Jadi jika kita juga inginkan sesuatu jangan minta pada manusia tapi mintalah pada ALLAH kerana hanya Dia yang maha menyempurnakan permintaan selagi ia tidak bercanggah dengan agama.


Selain itu,doa ibu juga adalah paling mustajab .Jika ingin berjaya dengan apa jua yang dilakukan maka hendaklah dia mohon doa dari ibunya,dan ALLAH juga telah meletakkan syarat redhaNya diatas redha orang tuanya.

Malam juga untuk tafakur(memikirkan alam semesta ini adalah jalan menemukan kebesaran ALLAH menciptakannya )dan tadabur maka bertambah-tambahlah keimanan.

Begitulah yang berlaku pada Nabi Ibrahim dimana baginda sering berfikir tentang  kejadian alam semesta ,Sebelum diangkat menjadi Rasul,ALLAH telah mengilhamkan akal yang cerdas dan fikiran yang tajam sehingga kesedaran timbul dan mengetahui semua perbuatan kaumnya dan ayahnya sendiri adalah kebodohan dan kedangkalan fikiran.

"Berfikir sesaat tentang kebesaran Tuhan lebih baik dari ibadah setahun"dan "Tiada ibadah yang paling utama selain tafakur"

Jadi berdasarkan ini malam hari adalah waktu yang sesuai untuk kita merenung dan mengagumi keindahan alam ini apalagi kalau waktu siang kita terlalu sibuk dengan hiruk pikuk dan kecelaruan dengan kesibukkan dunia.

Nazar VS DOA

Sebenarnya nazar tidak akan dapat memberikan kebaikan atau menolak keburukan.Sabda nabi"Dari ibnu umar r.a dari Nabi SAW bahawasanya baginda melarang bernazar"Sesungguhnya nazar itu tidak akan mendatangkan kebaikkan akan tetapi dikeluarkan nazar(amal baik)itu hanya dari orang-orang yang kikir.'.HR Muslim.

Kerana itu nazar itu dimakruhkan dan tidak dibolehkan sekejap-sekejap bernazar bila menginginkan sesuatu.Jika inginkan kebaikan bernazar dulu,ini merupakan suudz zhon,persangkaan buruk kepada ALLAH.

Hanya Doa Yang Mampu Merubah takdir.

Takdir terbahagi kepada dua..

1.Takdir Maa Fii Lauhil Mahfuzh-Yang ketentuan Allah teril Mahfuzh

2.Takdir Maa Fii  Ilmillah-Ketentuan yang ada pada ilmuNya.

Dengan takdir Maa Fii Ilmilah...Allah akan merubah dengan ada nya doa.

Doa sudah diajarkan sejak zaman nabi Adam.

Rahsia kejayaan Rasullullah...adalah dengan sentiasa berdoa dan berzikir di tengah malam.Walaupun zaman perang,siang hari rasullullah penat memimpin namun malam hari rasullulah tak penat untuk bangun berdoa,qiamuallai dengan Allah.


Dari Amr bin Abasah ra,bahawa Rasullullah SAW.bersabda"Waktu yang paling dekat antara Tuhan dan hambaNya adalah di tengah malam.maka jika anda mampu termasuk orang yang mengingat ALLAH di waktu itu,kerjakanlah'-(HR.Tirmidzi)

Dari Bilal r.a bahawa Rasullullah bersabda"Usahakan kamu dapat melaksanakan ibadah di tengah malam,kerana itu adalah kebiasaan orang-orang yang soleh sebelum kamu,mendekatkan kepada Allah,mencegah dari perbuatan dosa,menghapus keburukan dan mengusir penyakit dari jasad"

Akhir kalam dari buku ini..sudah pastinya irda tak dapat share semua muka surat..dalam buku ni banyak diceritakan dan dibuktikan betapa ramai yang bangun ditengah malam semua impian dan apa yang dimintanya diperolehi.

"Saudaraku,bersegeralah mendatangi ALLAH di tengah malam,terutama bila anda sedang menghadapi masalah dalam hidup anda.Carilah penyelesaian di tengah malam dengan berdoa dan mohon petunjuk ALLAH.

InsyaALLAH rahmat dan petunjuknya menyertai anda.Anda tidak perlu bersedih dalam keadaan sekalipun,sebab anda memiliki Rabb yang sedia menerima keluh kesah anda,dan mudah sekali menerima maaf dan memberi keampunan kepada anda dan Dia ALLAH maha kaya yang akan memberikan apa sahaja kepada hambaNYA yang memohon di tengah malam dengan segala limpahan rahmatNYA seluas langit dan bumi,seluas Arasy yang dikuasaiNYa dan seluas apa yang ada dalam pengetahuanNYA"

Selamat membuktikan "Dahsyatnya Doa Di tengah Malam" sekaligus nikmatnya munajat kepada ALLAH,ZIKIR,selawat dan bacaan Al-Quran,mudah-mudahan ALLAH swt sentiasa membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNYA,jalan yang lurus menuju kampung akhirat yang damai damai dan selamat"Ihdinas Shirathal mustaqim"Amin ya rabal alamin








thank you for reading this entry...appreciated :)

6 Comments

Thank you,come again :)

  1. perkongsian yg bermanfaat :)
    follow sini #8
    follow back and keep in touch ya <3

    ReplyDelete
  2. ilmu ygbaik diamalkan ni..tksh

    ReplyDelete
  3. " kuyu je mata nak hadam..hehehe...tapi kalau baca buku lain amboii laju je habis " hahahha yang ini, samala kita huhu tapi kalau buku cinta no.1..hurmm

    btw nice sharing..info yg bagus dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Nk solat hajat selain waktu mlm pun boleh... Cuma solat sunat tahajud tu kena buat pada waktu malam maybe tips ni boleh guna.. Bangun awal sikit sebelum subuh tu buat solat sunat tahajud.. Semoga dapat terus istiqomah ye..

    ReplyDelete
  5. Begitulah indahnya susu-atur yg telah digariskan betapa tidak rugi kita meminta-minta dan terus mohon kepadaNya
    Allah maha mengetahui apa yg tak terjangkau dek akal kita. Biar letih meminta tapi keletihan membuahkan hasil yg manis.

    ps: kakak pun baca buku sekarang ni cepat aje mata nak tertutup Irda.

    ReplyDelete
  6. Akk tak pernah tau lagi solat hajat camtu, tapi benda yg baik kan, sama2 kita share ilmunya, apa yg akk selalu buat, rakaat pertama fatihah dan 60 kali al ikhlas, rakaat kedua fatihah dan 40 kali al ikhlas, dalam sujud akhir baca lailahailla anta subhanakainni kuntu minazzalimin 129 kali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post