tahniah dato shareen,nama dato sudah sebaris dengan nama-nama hebat ni,soon nama irda pula..ceceh..berangan ni...



 menjadi follower tegar dato sharifah shareen,director pm gift,suasokin dan dll..,dan berbalas pm di messenger,irda dapat rasa kegigihan seorang wanita dan ibu ini..sentiasa mendapat aura positif dan kata-kata positif darinya,ternyata wanita hebat ini suaranya didengar,statusnya ditunggu,kejayaannya ada yang dicemburu...tahniah dato,wanita icon dalam business..

wanita itu sebenarnya seorang yang kuat,walaupun tuhan menciptakannya penuh kelembutan dan tidak segagah lelaki,tetapi ia mempunyai hati yang kuat(buktinya,kuasa hati seorang perempuan boleh mengetahu apa saja yang berlaku di belakangnya)semangat yang kuat dan kecekalan yang kuat..Hidup seorang lelaki tidak akan sempurna tanpa adanya seorang perempuan yang menjadi penyokongnya.perempuan itu boleh dikatakan ibunya atau isterinya...

Jadi wanita hebat bukan sahaja dari segi material dan kemampuan wang ringgit,tapi jadi hebat itu adalah mempunyai kecekalan,disiplin dan rasa tanggungjawab yang tinggi pada diri sendiri dan family.

Dalam kehidupan

JADI WANITA HARUS ADA ILMU..

ilmu itu bukan sahaja perlu diraih di universiti,tapi wanita harus ada ilmu kehidupan dalam  pelbagai perkara seperti sekecil-kecil ilmu seperti memasak,tak perlu sebaik masakan  chef di hotel 5 star,cukup lah pandai menyediakan lauk-lauk simple untuk family.

wanita harus ada ilmu untuk bertenang dan memotivasikan diri,disaat anda dikecam atau dicemuh,jangan cepat melenting kerana wanita yang hebat itu walaupun kadang-kadang ia bising,tapi bila sampai pada satu tahap ia harus bijak mengawal emosi.

wanita harus ada ilmu untuk mengurus kewangan,kewangan sendiri mahupun family.wanita yang pintar itu berbelanja dengan akal,bukan terbawa nafsu ,pandai menyimpan duit untuk keperluan di masa depan 

JADI WANITA HARUS BERDUIT

Ya,duit bukan segalanya,tapi peratus jenayah di malaysia malah mahkamah syariah juga menyenaraikan sebab-sebab penceraian adalah kerana duit.Baru-baru ni ada seorang ibu yang membunuh anaknya dua orang sebelum membunuh dirinya,sadiskan..dan dikhabarkan kerana dia tidak dapat nafkah sebaiknya dari bekas suami...aduhai...masalah ini mungkin tidak akan timbul jika anda ada wang sendiri...

jangan asyik merengek minta dibelikan itu ini,usaha sendiri,jika anda berkahwin elakkan meminta-minta,tapi terima seadanya,kerana wanita yang hebat itu tidak harus membebankan pundak suaminya,tapi secara psychologynya jika anda jarang meminta-minta,seorang suami yang baik pasti akan lebih sedia membuat kejutan untuk anda.

jika anda dalam percintaan,memang benar kajian mengatakan,jika bercinta lelaki harus mengeluarkan belanja itu namanya gentleman,tapi anda pun boleh sesekali membalas dengan membelikan apa-apa untuk pasangan anda,itu tandanya anda menghargai sebuah perhubungan.

Kerana wanita hebat itu bukan pisau cukur,bukan pula yang menggunakan kecantikkan untuk menggoda lelaki kaya minta dibelikan itu ini,wanita hebat itu hanya perlukan someone yang memahami dan sedia berkongsi jalan cerita hidup bersama...letakkan nilai diri anda setinggi awan di langit,jangan rendahkan martabat anda serendah alas kaki hanya kerana ingin rasa hidup mewah..

tapi berusaha dengan kaki sendiri,dan tersenyumlah mendepang mentari pagi,dan buktikan pada orang anda adalah wanita berdikari...


JADI WANITA HARUS KUAT SEMANGAT

dari segi percintaan:

ANDA putus cinta?feel unwanted?...jika anda sedang bercinta sekarang dan pasangan anda acuh tidak acuh,layan tidak layan,itu maknanya level anda di hatinya belum cukup 1 bar pun..cinta itu adalah saling memerlukan dan saling membahagi rasa.jika anda tidak dihargai hari ni,bagaimana esok hari?sedangkan air sungai bahkan berubah inikan pula hati manusia..

kajian mengatakan,wanita kalau cinta benar-benar cinta,sampai sanggup melakukan apa sahaja..tapi lelaki?kajian juga mengatakan,lelaki boleh mencintai 10 orang wanita dalam satu masa...wow! ...dunia belum kiamat,bila anda feel  unwanted,jangan meraih simpati mohon dikasihi,jangan ditanya kenapa dia berubah begitu dan begini,jangan ditanya masihkah kau cinta ku lagi..tapi hapuslah air mata yang ditangisi,angkat kaki...pandanglah  pelangi..kelak bahagia buatmu menanti..percayalah janji ALLAH itu pasti..kamu cinta padanya sehabis nyawa,tapi cintamu hanya dibalas so-so sahaja,maka bersyukurlah ia adalah sebuah rasa pemberian Tuhan,dan jadikan sebuah rasa itu untuk meraih kekuatan demi kekuatan...kerana esok masih ada untuk mu..

anda tidak perlu jawapan sahih atau kata-kata dari si dia untuk meyakinkan diri anda,masih setia atau masih cinta...,kerana apa?wanita itu diberi ALLAH deria rasa yang kuat,sekalih hati pasangan anda berubah,atau hatinya terbahagi 2 atau tiga,anda boleh rasakannya,.dan deria rasa itu hanya ada pada wanita yang benar-benar ada rasa cinta...dan tindakan anda?berlalulah pergi..kenapa masih menunggu disaat anda tidak diperlukan lagi?,,,bukankah bumi tuhan ini terbentang luas untuk anda ?fokus kerjaya,keluarga,jodoh anda adalah rahsia tuhan untuk menentukannya.


dari segi perkahwinan.

sedangkan lidah lagi tergigit,ini pula suami isteri.jika takut dilambung ombak,mengapa berumah di tepi pantai.perkahwinan bukanlah storytelling cerita dongeng yang always happy ending.

Tipulah cakap,dalam perkahwinan tidak pernah ada masalah.even salah letak tuala lepas mandi pun jadi isu.lupa beli colgate gigi pun jadi isu.apalagi isu-sisu besar,ia juga jadi tekanan pada wanita.

apa yang harus anda lakukan?

Irda bukanlah orang bagus untuk menasihati..tapi irda story melalui pembacaan..kunci jawapannya,sabar,sabar,sabar..itu sahaja..jika sabar tiada dalam jiwa anda,sebab tu ada kes kahwin 6 hari dah bercerai,bercinta 8 tahun.

apapun masalahnya sentiasa mohon maaf,walaupun kesilapan kita tak pasti siapa yang mulakan.mohon maaf!kurangkan ego..apapun yang anda alami,kekuatan dalaman anda harus ada.apapun masalah jangan dijaja cerita,cukup anda dan ALLAH yang tahu kerana DIA maha mengetahui.

jika ada masalah,anda tidak harus bercerita pada kawan-kawan atau adik beradik,anda dan pasangan cukup tahu.Kerana tidak semua yang mendengar itu adalah penasihat yang baik,malah lebih mengadu domba...

anda tahu pantang orang lelaki?bila anda meninggi suara dan merasakannya perintahnya tidak didengar,walaupun anda tahu dia yang salah,biarkan dia dengan kata-katanya,bila dia sudah hilang marah,cuba anda sandarkan kepala di bahu dan berkatalah dengannya dengan air mata..percayalah orang lelaki akan lebih mudah menerima apa yang anda hendak cakap bila anda penuh kelembutan.

Tapi macam mana nak lembut dan sabar bila anda pun tengah meluap marah dan anda tahu anda dipihak yang benar tapi pasangan anda yang salah?

sedarlah satu perkara,perkahwinan bukanlah pentas debat atau dewan parlimen untuk tengok siapa yang menang dalam berhujah,even suami atau isteri anda tertulis di sijil kahwin adalah hak anda,tapi ingat bila-bila masa sahaja anda akan berpisah dengannya.ajal dan maut adalah ending sebuah perhubungan.jadi bila anda sedar semua itu,percayalah ia akan mewujudkan kekuatan dalaman untuk anda.banyakkan makanan rohani dalam jiwa,kerana ia sumber kekuatan dan ketenangan.

dari segi kerjaya.

kerjaya dan wanita sudah sinonim zaman ini,peranan anda dalam mendominasi karier hebat juga terbukti,tapi ingat sehebat-hebat  anda di luar,di rumah anda tetap seorang isteri dan ibu,kalau dah berkahwin.

anda harus bijak mengurus masa dirumah dan dipejabat.jangan kerja anda hebat keluarga anda berantakan,jangan memperkaya company tapi miskin masa dengan family.

kalau rasa-rasa banyak terbeban dan stress dan buat anda rasa tertekan bila memikirkan hal kerja di rumah,angkat kaki dan cari kerja  yang lain.keluarga anda hanya satu,sedangkan kerja di luar ada beribu-ribu..ya kerja adalah untuk memudahkan kehidupan bukanlah untuk buat semak dalam kepala anda...

kalau kerja tu selalu bagi anda serabut dan kusut...maka ia bukanlah kerja terbaik untuk anda,jadi wnaita yang hebat pasti tahu jalan penyelesaiannya kan?


so ending entry hari ini...wanita yang pintar dan bijak,harus belajar dari wanita-wanita yang sudah berjaya dan kaya...DAN bagaimana ia mengurus kehidupan dari pelbagai sudut..

bijaksana sebenarnya bukan apa certificatenya tapi bijaksana seorang wanita adalah bagaimana ia mengurus kehidupannya untuk lebih berjaya..kerana apa?kehidupan tiada dalam silibus pelajaran tapi ia adalah sekolah yang tak pernah berhenti dengan ujian..

ok times up..irda nak siap-siap pergi ofis dulu,hari ini irda ada market outlook meeting di HQ..wuarghhh..start kul 9,ok daaa....jom pilih baju nak pergi kerja..satu masalah wanita yang bekerja adalah sentiasa kehabisan baju dalam almari ..huhu walaupun hakikatnya dua almari penuh baju anda..ye tak?ngehngeh,,

Thank you for reading this entry...appreciated :)

14 Comments

Thank you,come again :)

  1. Tidak mustahil penitian dan penelitian yg Irda lakukan kini akan menjadi suatu yg membanggakan di masa depan buat Irda. Lapi pula Irda muda dan peluang banyak terbuka. Timba pengalaman dari mereka yg telah berjaya. Kakak doakan semuanya menjadi satu realiti suatu hari nanti. (bukan sekarang tak berjaya tapi akan lebih berjaya...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn kak...demi Tuhan yanh mendengar rintihan irda...moga kejayaan demi.kejayaan datang dlm hidup irda..dan semamin irda berjaya moga Tuhan lembutkan hati menjadi manusia yg lebih tawaduk padaNya..demi Tuhan yang menciptakan Irda..campaklah irda dalam kasih syg Tuhan dan ampunkan dosa irda.dosa saudara2 irda dan moga kita semua dalam senarai penghuni syurganyA..Terima kasih kak..aminn

      Delete
  2. Betul...kak PC setuju..dan kehidupan ini adalah proses pembelajaran hingga hujung nyawa..

    ReplyDelete
  3. Dearrre, Irda ... Nice sangat entry sharing nie ... Semua soo true . Kita as a women harus belajar dari wanita yang telah berjaya dari semua segi. =)

    Btw, dear ~ nadia tag irda ye

    http://lanadia-nia.blogspot.my/2016/08/pencarian-bloglist-untuk-blog.html?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much dear for ur tagging...tq so much..hope one day kita jumpa di alam nyata.aminn

      Delete
  4. tips yang baik...semog amemberi manfaat bukan sahaja buat wanita malah kaum lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan arz...moga ia bermanfaat untuk yg membaca..bila mati irda tak tinggal apa2..hanya tulisan sebagai ladang pahala..alhamdulilah kalau ada yg bermanfaat..maafkan kalau ada yg salah...

      Delete
  5. nice sharing. btw hari tu one of my colleague celebrate anniversary yang ke 25 tau. I tanyalah

    ' macam mana you survive ?"

    dia sengih and jawab

    "strugle'

    hahaha jadi I sangat setuju bab perkahwinan tu, kita perempuan ni banyak pendam je dari luahkan , ye tak. sabar tu kunci segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe..tp u dengan coklat hati u mmg sempoi kan dear..hari tu masa hb u dtg jumpa i...nampak sgt korang ni jodoh kuat..muka cam sama babe...

      Delete
  6. nice sharing...feel motivated..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post