Perjalanan kami teruskan ke Bukit Tinggi,perjalanan yang panjang  2-3 jam tidak terasa kerana hati bagaikan dibuai oleh pemandangan hijau dan suasana dingin menghirup udara segar.Terasa kekalutan dan kesibukan di ofis hilang dibuai segarnya daun-daun hijau .




Tiada panggilan telefon,tiada notification wassap,kerana tiada line internet waktu itu,walaupun agak tenang ternyata otak ini tidak berhenti untuk berfikir.Tetapi ia masih boleh dikawal kerana daerah agak terpencil itu membuat sedikit kelegaan pada neuron yang sentiasa serabut dengan hal-hal pekerjaan yang membuat dahi berkerut .


 







Padang panjang adalah sebuah daerah kecil yang kami lalui sebelum sampai ke bukit tinggi.Air terjun lembah anai juga sebahagian yang famous di daerah ini.Daerahnya cukup mendamaikan.Dengar khabarnya disinilah lahirnya banyak ilmuan islam kerana disini terdapat banyak pesantren(sekolah pondok.)Daerah ini juga dikenali sebagai serambi mekah dan juga dikenal sebagai "mesir van andalas".Gelaran ini mungkin disebabkan padang panjang merupakan daerah terkenal sebagai pusat pengajian islam dari abad ke 20lagi

Antara sekolah agama yang popular adalah:
Pondok Pesantren Serambi Mekah
Google Image:Pondok pesantren serambi Mekah


Gerbang depan perguruan Thawalib
Gerbang depan perguruan Thawalib Putra
sumber Google:Masjid
Berbagai lembaga pendidikan khususnya yang bernafaskan Islam banyak didirikan seiring dengan niat Padang Panjang. Di Wilayah yang luasnya hanya 0,05 persen dari luas Provinsi Sumbar ini setidaknya terdapat lima pondok pesantren ternama yaitu Serambi Mekkah, Thawalib Putri, Diniyah Putri, dan Kauman Muhammadiyah. Jumlah pusat Pendidikan Al Quran pun tidak kurang dari 54 buah( sumber google)

Oleh kerana di padang panjang,walaupun sebuah daerah kecil,ia merupakan pusat pendidikan agama islam yang begitu popular sehingga ramai student datang dari luar daerah sumatera,ada dari brunai ,singapura dan ada juga dari Malaysia menghantar anak-anak mereka belajar di daerah ini.Bila berada di daerah ini irda teringat buku tulisan hamka yang bertajuk tenggelamnnya kapal van der wijck..nanti irda review tulisan hamka tu ya.Kerana dalam tulisan prof hamka juga ada menceritakan tentang daerah padang panjang yang bersuhu sejuk dan nyaman ini.

Di daerah minang yang terkenal dengan sopan santun,santun, dan banyak aktiviti keagamaan khususnya padang panjang dan bukit tinggi,majoriti penduduknya  adalah berhijab.Berbanding di bandar besar kota padang,tempatnya lebih panas dan lebih moden,tapi di daerah ini mereka masih mengamalkan budaya kampung yang cukup unik.kadang-kadang yang kekampungan itu lah yang terbaik,masih suci,bersih dan nyaman..tenang hatinya,indah kelakuannya dan jernih wajahnya...(masih ada anak dara begitu disini,tanpa secalit mekap,kening tak bercukur...berkata-kata cukup lembut  untuk anda yang mencari jodoh..hehe)

Ada orang bertanya dengan irda,tak de ke orang perempuan jual-jual jamu yang berjalan sana sini tu,di daerah minang tiada langsung,mungkin tiada langsung atau irda tidak nampak.Sebab yang selalu pandai menikmati jamu adalah orang jawa.

 Mengikut pak supir abang ad,di padang panjang tiada sebarang iklan rokok bergatungan atau billboard tentang rokok..,kerana di daerah inilah yang mula-mula menyatakan rokok itu adalah haram.Walaupun tidak dibenarkan sebarang iklan rokok,tapi menjualnya di kedai-kedai runcit masih dibenarkan.

Padang panjang adalah daerah yang menerima hujan yang banyak ,menjadikan daerah ini semakin subur,selain terkenal sebagai pusat pendidikan agama islam ,pertanian juga adalah modal usaha penduduk di padang panjang.Cuaca yang nyaman bagaikan di cameron highland di Malaysia,kerana terletak kaki gunung diantara gunung singgalang,merapi dan tandikek menjadikan ia daerah yang subur dengan sayur-sayuran dan juga beras.banyak sayur-sayur hijau yang ditanam kemudian di jual di pasar-pasar secara pukal.Dan tidak hairanllah kota kecil ini merupakan pusat perdagangan pertanian sejak dahulu lagi.



Mengikut info pak supir lagi ,sayur-sayur seperti kailan hijau,salad juga dijual dipasaran Indonesia,ada juga di salurkan ke Dumai kemudian dihantar ke Melaka untuk dipasarkan di Malaysia pula.Ye ke?Irda macam tak percaya je apa yang pak supir cakap.hehehe .tapi iye lah kot..sebab memang kelihatan daerah ini cukup subur dengan tanaman.



sumber :google

 Kesibukan pasar di padang panjang ketika dulu banyak digambarkan dalam entry-entry yang irda baca di google.Masa irda lalu masih agak sesak kerana urusan perniagaan sayur secara berguni-guni banyak berlaku di tepi-tepi jalan raya sahaja..

Melihat aktiviti perniagaan dan pendidikan yang tidak kurang majunya di daerah ini,kita juga boleh menyimpulkan bahawa orang minang ini begitu gigih berusaha.Kegigihan mereka terbukti apabila dimana-mana sahaja setiap kepulauan Indonesia ada orang minang kerana mereka memang terkenal dengan adat merantau.Di jakarta,bandung sahaja kita boleh lihat dimana-mana sahaja ada penjuru rumah makan nasi padang yang cukup popular.Di Singapura,brunai,kalimantan malah Malaysia sendiri orang minang cukup berjaya walaupun bermula dari kosong.

Antara falsafah mereka

1.Dari kecil anak-anak dari suku minang sudah didedahkan dengan urusan perdagangan

2.Dalam menggunakan duit,suku minang sangat selektif.Pembaziran tidak berlaku sama sekali.

3.Peranan isteri mengurus wang dalam kehidupan rumahtangga dan isteri harus bijak mengurus kewangan rumahtangga agar sumber kewangan yang dibekalkan suami digunapakai dengan teratur dan terencana.

4.Merantau digalakkan agar kesusahan di rantau membuat mereka lebih survive dalam kehidupan.Walaupun seorang anak lelaki itu dilahirkan oleh keluarga yang kaya,tanah berbidang,kilang-kilang pun ada,mereka tetap disuruh mencari sesuatu hasil usaha mereka sendiri.Kerana harta akan jatuh pada anak perempuan.
Jika mereka sukses di rantau orang,barulah mereka dikira berhasil dalam hidupnya,Namun jika sukses dari harta mak bapak..lainlah pula ceritanya.

5."Lebih baik ada sumber pendapatan kecil tapi atas usaha sendiri daripada digaji besar tapi kita suruhan orang."Filosofi mereka ini telah diwujudkan sejak mereka kanak-kanak lagi,bahawa mereka tidak mahu digaji orang kerana ia menjadi orang suruhan,biar pun kecil dan berkeringat,tapi jika itu usaha sendiri lebih terpandang.

6.Selalu bijak membaca peluang,jika hari ini mereka buruh kasar,esok mereka harus jadi pemborong besar.Filosofi ini intinya mereka harus bekerja keras untuk mengubah kehidupan.Harus mempunyai cita-cita besar.Harus gigih berusaha mengubah haluan.


Itu serba sedikit yang irda tahu darpada pengamatan dan pembacaan.Setiap daerah di negeri ini permuafakatan dan gotong royong antara mereka begitu kuat.Banyak keputusan apa sahaja termasuk perkahwinan dilakukan dengan musyawarah dalam keluarga.Keakraban adik beradik,saudara mara begitu teguh.Falsafah dan prinsip mereka banyak tertulis dalam lingkungan adat perpatih dan temenggung yang mereka pakai.Kalau irda nak share perlukan satu entry yang panjang.Siapa yang ingin tahu lebih lanjut bolehlah search  google ya..


Perjalanan di padang panjang kami teruskan ke pusat dokumentasi & informasi kebudayaan minang kabau.Bertemu lagi di next entry ya..ok daaa





thank you for reading this entry...appreciated

7 Comments

Thank you,come again :)

  1. Wahhhh segarnye nampak carrot tu

    ReplyDelete
  2. Wahhhh segarnye nampak carrot tu

    ReplyDelete
  3. Padang daerah serambi Mekah yg makmur indah n nyaman

    ReplyDelete
  4. segar2 sayur kat sana...

    ReplyDelete
  5. bestnya tengok kawasan cuaca sejuk ni....teringin pula nak ke sini

    ReplyDelete
  6. you deserve this bee. you dok keje ngadap pc je. kenalah sesekali dengar deruan air dan tengok dedaun menghijau. hiks.

    ReplyDelete
  7. cuaca mmg best kt Bkt Tinggi, mcm Cameron Highland..sejuk & segar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post