Semalam irda ada booth bank di MAHA,pada masa yang sama ada booth kawan-kawan dari suasokin,suarama team.Ada juga booth coway.Ada juga booth saudara mara..Tue semua booth kenalan,sudahnya irda sekejap je di booth bank,banyak berjalan booth orang lain.
Petang tu pun alya & her cousins datang..Hajat di hati nak masuk kampung dusun upinipin.Tapi sebab dah lewat,terpaksalah tunda hari lain.sebab last ticket 6.30pm
Ha mana kengkawan yang nak datang MAHA yang ada anak bolehlah singgah di kampung dusun upinipin.IA SEBUAH hall yang dipenuhi suasana kampung upinipin.Best tau..tapi dalam tu kawan irda cakap takde toilet,sampai terkucil anak dia.kesian...
Bayaran masuk RM25 untuk dewasa,dan RM10 untuk kanak-kanak.MAHA masih berjalan hingga ahad ini.bawaklah anak-anak..Ada lagi satu hall untuk jual barang-barang upinipin sahaja.Mula-mula buat tak nampak je,malas nak bawak alya kat situ,eeh,,adik kaunter tu promote pulak...apalagi,can u imagine mata alya yang bulat tu macam mana?punyalah teruja dia..kat situ ada Bag,tshirt,alat tulis,mainan dan semualah serba serbi upinipin.amboi alya..siap ambik bakul..heh!3 jenis barang je ok...lebih-lebih tak boleh..isk
Ada juga perkampungan mok cun.U all kalau datang,geraklah pagi-pagi hari betul ,lepas subuh pun ok,kira breakfast di MAHA JE..atau pun lewat petang sikit ATAU lepas magrib..SEBAB?cuaca amatlah panas,parking pun sangatlah jauh.jadi kesian kan anak-anak kalau berpanas dan orang pun ramai sangat time tu..Nasib cousin irda ada parking VIP sebab ada booth atas nama dia kan.So takdelah menapak jauh sangat.
Jangan lupa singgah HALL C ,banyak giler pilihan barang-barang yang jarang-jarang nampak di pasaran.Semalam irda beli madu tualang sebotol 500g dengan harga RM 65,dapat diskaun RM63.hihi..biasalah irda...
Irda beli yee mee buatan bumiputra,dalam sebungkus tu ada yee mee besar-besar baru RM 2.50.Beli pes curry laksa,asam laksa,beli keropok losong,beli petis,beli kismis untuk alya..beli keropok ikan berperisa yang tak pernah irda nampak kat mana,6 bungkus rm10.murah amek...sedap ada perisa macam-macam,dan irda beli teh lemon and grass,teh kesihatan dan sedap pulak tu,yang pastinya kalau pergi MAHA,bujet dalam dompet 200 je tau...jangan lebih nanti semua nak borong.Sudahnya berat bawa barang..
tips irda:stanby rm200 je..kalau letak 500 pun boleh habis..keluar sikit dulu,beli apa yang patut,bargain je...
"akak..tak boleh kurang ke,ishh jalan jauh ni,penat saya,banyak-banyak gerai gerai ni je pilihan hati"confirm dapat diskaun..tapi ada juga yang bagi muka ketat..arhh lantaklah..hahaha(gelak puas hati).
Irda ni ha berjalan dari pagi sampai pukul 9malam,singgah booth orang tu,singgah booth orang ni,alya paling seronok.u all kalau tak cukup duit kat hall c ada atm cimb bank tau..singgahlah..:)
Lepas penat membeli belah,u all singgahlah di hall empayar makanan pula ya,dekat sini ada pelbagai menu yang tak pernah uol jumpa,atau jarang-jarang jumpa.Macam irda jakun jugaklah kejap..meh sini nak share pic makanan...pic shopping lain tak sempat nak ambik sebab irda teruja shopping barang-barang ,,hehe
First menu irda beli udang sanggol..serius first time makan.udang disalut tepung,dan dicicah sos cili.Rasa? 2/5..hihi..
Seketul 2.50,lupalah pulak satu set ni berapa..sorry...cuma suka tengok macam siput je.
Walaupun dah makan nasi lemak pagi tu,dah telan coconut shake siap letak aiskirm,lepas tu beli pulak jus nenas pure.kat sini ada cempedak goreng..ya ALLAH cempedak dia manis giler..ishh rasa nak pergi lagilah masa menaip ni dah terliur merasa keenakannya.
Cendol songkok tinggi.serius beratur orang.Cendol biasa baru RM2 |
Sebab alya belum sampai sempatlah makan maggi ni,ni harganya RM30,sebab bapak besar ketam ni,irda ambik queen saiz RM12.rasa? BIASA je 2/5..erkk kenyang..kalau alya ada"alya...no maggi ya,tak baik untuk kesihatan dan kebijaksanaan"dia tak tahu mak dia hantu maggi..sttt...dulu maknya zaman sekolah kuat je makan maggi,siap seludup masuk asrama simpan dalam baldi mandi..takdelah rasa bebal sangat,adalah jugak bijaknya..dongeng ke fakta tentang maggi ni..hemmm ntahlah..malas nak study bab ni,tapi memang tak galakkan anak makan maggi..huhu..
Kat sini ada semua jenis makanan dari moden hinggalah tradisional.Kalau pergi maha singgah tau..confirm korang balik lepas tu rasa nak masuk dalam trolley je biar ada orang tolak.confirm korang rasa macam ular sawa baru telan lembu sekoq!hihi.Ke irda sorang je rasa macam tu?
Tempat dia luas,tapi takdelah aircond,berasaplah jugak..yang penting jangan duduk depan makanan yang dimasak berasap-asap,tapi nafsu mata dan nafsu perut tak peduli semua tu..yang penting makan..hahaha.empayar makanan terletak antara main hall dengan hall C ya.kat sini ada surau juga.banyak je surau kat MAHA ni kalau nak singgah SOLAT.toilet pun banyak and bersih.
Ini pertandingan memasak,diorang baru nak memasak irda dah ngap semua...serius irda kuat makan tau,kuat makan,dalam seminggu breakfast nasi lemak je 4-5 kali,nasib so far dia hanya menggemukkan pipi je...hehe..
Tang lain insyALLAH ok lagi,.ye ke ?aminkan je lah..
Oklah uol,ada lagi dua hari MAHA berlangsung sampai ahad ni,sapa ada kelapangan dan tak tahu nak buat aktiviti apa-apa dengan anak-anak,berkunjunglah kesini ya.
Irda kat library ni buat rujukan sikit,nak juga share story bab semalam,sebab kang lupa,and feel dah berbeza kalau lama sangat kerepot story ni dalam phone.Lagipun trip ke padang tu pun tak habis-habis lagi..huhu..
Tips pergi maha:Carpool,pergi awal atau pergi lewat,stanby enough and cash cukup-cukup,listkan barang nak dibeli( wajib beli atau just suka-suka beli),sebab orang perempuan ni dah beli baru nyesal kemudian hari.betul tak?NO.no..jadikan itu hanya fakta dongeng,buktikan kita bijak berbelanja ok..
ok readers irda..daaa...
thank you for reading this entry...appreciated :)
Puas pujuk mytoklaki ajak pegi MAHA, guess what dia kata, nnt penat jln kaki tempat tu jauh, luas, huhu..pastu dia dah gi Kemboja sana, tinggal kami melopong cuti tk tau nk pi mana.
ReplyDeletemaggi ketam tu tak boleh tengok.. lapar terus petang2 ni.. hehe
ReplyDeletenampak sedap sngt udang snggul tu. busyra tak pernah makan. hehe
ReplyDeleteevent mcm ni parking yg tak larat..tp selalunya ada lori transit, angkut pengunjung..
ReplyDeletemenariknya makanan di sana, akk pun suka makan jg..hihi..
Syoknyaaaa! nak pegi sesangat tapi memikiorkan ngan kids ni. Jadi macam malas nyer la pulak. Perasaan nak bersiap tuh nanti macam nak gi bertempur! kah!. Irda kuat makan? Jeles lah I...body maintain comey cung ajer...huhuhu....I makan sket body naik terus. Tapi suka makan. Acaner...huwawawawa
ReplyDeleteMenariknya udang sanggol dan nasi tumpang tu, kalau dekat dh pegi dh ni T_T.
ReplyDeleteTahu ada MAHA ... tapi tak pernah pergi lagi. Udang sanggol tue mcm best jeeeee
ReplyDeleteudngg sanggul first time dgr, tp sngt menyelerhkan... nk jg p MAHA tapi jauh sgt :(
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)