Assalammualaikum,

ya ALLAH busynya-busynya.Tapi nak juga up satu entry sambil buat followup call,telinga di gagang telefon (coway office),jari di laptop ,laptop depan mata jangan sia-siakan ya..,irda nak share ni story .

Dah sebulan dah birthday irda berlalu,terima kasih kawan-kawan yang wish,teammates yang wish,kawan-kawan yang belanja makan.

 Dah berbulan-bulan irda tak datang zumba,lebih 3-4 bulan agaknya atas faktor keperasanan"sibuk"yang amat.Kejar Kpi Banking.Alhamdulilah settle je Kpi terus focus kerja lain.Finally dalam kesibukan kerja lain,irda datang juga kelas zumba sebelum 2016 menutup tirainya,hajat di hati nak jumpa kawan-kawan..

Rupanya ada belated birthday untuk Irda.Serius touching,nak nangis...thank you so much kawan-kawan.


Thank you so much for home made cake.Sedap sangat kek coklat tu .Terima kasih untuk ucapan yang sangat sweet,birthday present dan semuanyalah.Tak nak banyak cakap,just nak share moment indah dan disimpan dalam diari irdagarmin.

Irda actually dah stanby nak exercise,dah tukar tshirt and dah cabut tudung.Sebab kelas ni all ladies je memang tak pakai tudung lah kitaorang.Yang lain masa ni tak tukar baju lagi...

Jadi bila dah kena macam ni tak sempat irda nak sarung baju lap lip lap.Kalau tahu diorang nak sambut birthday ,confirm pakai baju lap lip lap,ala -ala princess gitu.hahaha...bawak mengucap irda,ingat sweet 17 ke?huuuu

ini adalah video spontan untuk memory simpanan.




Sangat tersentuh dengan kad ucapan ni.Terima kasih kawan-kawan.I love you all!

"Aku ingin menjadi sahabat yang baik,kerana aku ingin bertemu orang-orang yang baik dalam hidup ku,

Aku ingin menjadi sahabat yang pemurah,agar disaat aku susah ada sahabat menghulurkan bantuan atau sekedar mendengar resah gelisah.

Ya ALLAH buang rasa iri,dengki,emosi,saling menggosipi,buang rasa menyampah,meluat,riak atau apa sahaja ion-ion negatif dalam diri ini agar bendalir positif yang mengalir,menghadirkan lebih ramai orang yang positif dalam hidup ini.

Berkawan biar beribu-ribu,berkasih biar satu.

Thank you cikgu zumba for lovely present!








"ADA orang berkata,berkawan dengan seorang pendoa,sejahil manapun kita, sekurang-kurangnya kita akan tahu mengaminkan doa,jika kita berkawan dengan seorang penyanyi,tak sedap macam mana pun suara kita,sekurang-kurangnya kita tahu bersandung"

Dalam hidup ini kita tiada hak menghukum orang begini begitu,orang ini macam ini macam itu,berkawan sahaja dengan sesiapa..dan disitu kita belajar banyak perkara.

Selebihnya tindakan kita yang menentukan apa yang kita lakukan.Akal tak akan pernah matang ,jika matang maka beku dan kaku lah ia,hati tidak pernah matang jika matang mata hati akan mati  ,tapi yang matang itu adalah tindakan...jadi jangan salahkan orang lain jika kita salah tindakan,salah kan diri sendiri.

Sahabat adalah cerminan sikap kita.dan alhamdulilah irda sentiasa bertemu sahabat-sahabat yang baik.terima kasih ALLAH .
Image may contain: one or more people

 Serious touching,ingat dah naik umur ni takde dah nak celebrate.

sebuah kata-kata..buat sahabat-sahabat

"Ada bahagian tubuhku yang tak mampu aku lihat tanpa bening kaca,Ada bahagian jiwa ku yang tidak mampu ku fahami  tanpa ketulusan saudara.Begitulah kita dalam ikatan ukhuwah.Kita saling bercermin tanpa lelah" (By salim A.Fillah)

Harta yang dikumpul akan habis,ilmu yang dicari kadang-kadang akan lupa dimamah usia,tapi satu yang takkan hilang adalah kasih sayang seorang sahabat yang benar-benar mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya.(by irda).

Jika kamu menyayangiku,aku lebih dari itu.

Moga diri ini sentiasa bermanfaat untuk orang lain.InsyAllah.

Done phonecall dengan berakhirnya sharing hari ini.

Jenuh nak closing coway hari ini.







thank you for reading this entry...appreciated :)

6 Comments

Thank you,come again :)

  1. Happy belated besday irda, semoga semuanya suksess lah, dunia dan akhirat, aminn

    ReplyDelete
  2. Happy belated besday irda :)

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday.

    sonoknya dapat kek.I suka dapat kek tapi kurang suka dapat surprise hahhahha. sebab I tak suka terpaku dan terkesima taktahu nak bagi reaction apa

    ReplyDelete

  4. sannah helwah kak :) may Allah bless u alwys.. moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan diprmudahkan urusan dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday...sweet sangat your zumba friends...

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday...semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu aminnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post