entry sebelum ini.Baca ::melancong ke bukit tinggi
Rumah gadang banyak ukiran.Ukiran ini juga banyak ertinya bersesuaian dengan falsafah ukiran minang kabau "alam takambang jadi guru,cancang kayu jadi ukiran"jadi orang minang ini banyak berguru dengan alam.Ada ukiran bahagian dinding tiang dinamakan "kuciang lalok".lalok bahasa minang bermaksud tidur.Ia melambangkan sikap berhati-hati dan sentiasa berwaspada.
sumber google:bahagian dalam rumah |
Di bahagian pintu dan jendela ada ukiran dinamakan ukiran"sikambang manih" atau bunga yang indah.Ia melambangkan keramah-tamahan dan sikap yang manis orang minang dalam menerima tetamu.
Di bawah jendela,ukiran dinamakan "itiak pulang patang"atau "itiak pulang sore"ia melambangkan kedisiplinan dan sikap ketertiban.Jadi setiap ukiran di rumah gadang ada makna dan falsafahnya.Ada lebih 96 buah jenis ukiran.Di depan rumah gadang ada bangunan kecil yang dinamakan"rankiang"atau lumbung padi(.tempat menyimpan padi.)
rankiang |
Setiap"rankiang"ada beza fungsinya.walaupun bentuknya sama,tapi fungsinya berbeza.fungsinya bergantung pada jumlah tiangnya.
Bahagian hujung rumah ,nama rankiangnya sitinjau laut.Ia digunakan ketika acara adat.adat pernikahan,adat berpenghulu atau kematian anak.Yang disebelahnya,nama rankiang sitangga lapa,ia digunakan untuk membantu orang miskin atau digunakan semasa musim kemarau,apabila tanaman padi tidak menjadi.
Tiangnya 6,nama rankiangnya si bayau-bayau,ia digunakan untuk makan hari-hari,tiang 9.nama rankiangnya harimau penghuni kota.ia digunakan jika ada orang yang ingin membaiki jalan,ingin membaiki masjid,padi didalamnya akan dijual dan wangnya digunakan untuk aktiviti itu.
Ada pertanyaan tentang harta.kenapa harta di minang kabau ini jatuh pada anak perempuan?Tapi sebenarnya tidak semua,anak lelaki juga akan dapat.Harta ini terbahagi kepada dua,pertama harta pusaka tinggi(yang didapatkan secara bersama-sama)contohnya nenek moyangnya ada meninggalkan sawah dan ladang,tanah dan sebagainya,maka harta turun temurun ini akan jatuh khususnya untuk anak perempuan.Yang lelaki takkan dapat.Yang lelaki hanya menjaga tapi tidak mewarisinya.Jadi harta pusaka tinggi bukanlah hak milik,tidak boleh dijual beli tapi boleh digadai.
Tapi harta pusaka tinggi..Ia boleh digadai dengan 3 sebab,pertama jika rumah gadang mengalami kerosakan,bocor dan perlu pembaikan.Ke dua,mayat terbujur tiada wang mengurus pengebumian dan yang ke tiga ada anak dara yang sudah matang belum berkahwin.
Orang minang beranggapan,anak dara beumur 25 tahun keatas adalah sudah cukup tua jika belum bersuami.Jika tiada jodoh juga yang datang,keluarga akan berunding dan bermusyawarah dan berbincang untuk mencarikan jodoh.Mak ayah akan menyerahkan urusan pada mamak(pakcik yang tua).Dan biaya perkahwinan akan ditanggung oleh rumah gadang. Jika mereka tidak mampu untuk mengahwinkan anak mereka.
Menggadaikan harta pusaka tinggi adalah pada saudara terdekat dahulu agar mudah menebusnya.Contoh pewarisan harta pusaka tinggi: jika seorang perempuan mewarisi harta nenek moyang,jika dia meninggal automatik jatuh pada anak perempuannya,jika tiada anak perempuan tapi hanya ada anak lelaki,ia akan jatuh pada anak perempuan saudara perempuan nya(anak perempuan dari adik perempuan),maybe adik beradik belah perempuan,dan anak perempuannya.Begitulah seterusnya.Jika tiada adik perempuan,ia akan jatuh pada keluarga satu suku perempuan.Arghh complicated.bila irda cuba nak faham.haha..abaikan!
Harta pusaka rendah,adalah harta sepencarian kedua orang tua,ia akan dibahagi mengikut hukum faraid.Lelaki lebih banyak dapatnya dari anak perempuan.Namun lelaki minang kabau ini tidak mengharapkan pembahagian harta oleh orang tuanya..Sebabnya umur 10 tahun dia sudah diajar tidur disurau,sudah mandiri dia.Besarnya disuruh merantau,ia sesuai dengan falsafah orang minang"ka rantau madang dahulu,babuah babunga balun,ka rantau ujang dahulu,dikampuang baguno balun"faham?...irda cuba translate..di kampung kamu masih belum diperlukan,pergilah raih pengalaman,carilah kesenangan dan kejayaan di tempat orang.
Jika dia berkahwin,adalah tanggungjawabnya mencari nafkah untuk isterinya,memberi harta untuk isterinya,malulah anak lelaki menerima harta pemberian ibu ayah untuk membina hidupnya dan diberi pada anak dan isterinya pula.Jadi walaupun harta pusaka rendah itu dibahagi secara faraid,jarang sekali yang terdengar anak lelaki mengambil haknya pada saudara-saudara perempuan.Mereka hanya melepaskan hak itu kerana ego mereka seorang anak jantan.Jika pun dia lahir dari anak orang kaya,dia tetap disuruh berusaha sendiri supaya tidak malas kemudian hari.
Namun jika anak lelaki ini tidak sukses di rantau orang,nah disitu lah adik perempuan dan kakak perempuannya akan menghulur bantuan.
Dalam perkahwinan,di minang kabau adalah dilarang keras berkahwin satu suku.Ada 96 buah suku.Suku yang sama dan penghulu yang sama,tidak boleh berkahwin.Jika berlakunya perkahwinan satu suku juga,mereka akan dikira melanggar adat.Hukumannya keras sekali.Dibuang adat atau dilarang jejakkan kaki ke kampung.Tetapi ia boleh membayar denda seperti mengorbankan seekor kerbau atau menjamu makan orang kampung.Jika semuanya selesai,walaupun ia diterima dikampung,jika ada musyawarah atau perbincangan keluarga,yang pernah melanggar adat tidak boleh bersuara dan ideanya tidak akan didengar lagi.Jadi masyarakat tidak berapa acuh lagi padanya.
Tapi jika sukunya sama,tapi penghulunya berbeza,itu boleh kahwin.Di minang kabau ada juga daerah yang mengamalkan seperti adat hindu,perempuan meminang lelaki(sesetengah daerah,tak semua.contohnya daerah pariaman terkenal dengan adat "bajapuik".Lelaki dipinang oleh perempuan..).Tetapi ingat maharnya tetap lelaki yang membayar.mereka mengamalkan adat bersandi syarak..
Contohnya di daerah namanya pariaman ini,lelaki itu dipinang.ya ini macam kelakar,tapi itu yang terjadi.Tapi yang mengurus ini semua antara pihak lelaki dan pihak perempuan,bukan orang tuanya.Tapi bapa saudaranya.Bapa kandung tetap menjadi wali ,tapi yang menentukan tarikh,wang jemputan semuanya mamak pusako(bapa saudara dan pakcik lelaki).Ini membuktikan,jika seorang lelaki itu berkahwin di minang kabau,tanggungjawabnya bukan sahaja pada anak isterinya,juga pada ponakannya atau anak kemanakan.
tapi sesetengah daerah sahaja yang mengamalkan adat dan budaya ala-ala menghantar "dowry" hindu ni.Sebab maybe dulu budaya india dan arab banyak menguasai sesetengah daerah di padang.
tapi sesetengah daerah sahaja yang mengamalkan adat dan budaya ala-ala menghantar "dowry" hindu ni.Sebab maybe dulu budaya india dan arab banyak menguasai sesetengah daerah di padang.
Dan di minang kabau,jika berlakunya penceraian,ia amat melindungi perempuan.Walaupun seorang perempuan itu tidak bekerja,tiada istilah ia akan terabai kerana waris penerima harta adalah perempuan.Di minang kabau,tiada seorang lelaki pun jika bercerai menuntut harta sepencariannya,dia hanya keluar sehelai sepinggang kerana ia bagaikan jatuh ego seorang lelaki jika menceraikan seorang perempuan dan menuntut hartanya pula.ia ditinggalkan untuk menjamin kebajikan anak-anak dan bekas isterinya tanpa perlu menuntut di mahkamah..
Ok sambung next entry..
thank you for reading this entry...appreciated :)
ooo begitu.. menarik juga sejarah minang ni.. hehe pagi2 baca sejarah sambil makan kitkat layan juga.. ;)
ReplyDeleteLain tempat, lain adat budayanya,,,
ReplyDeleteTeringin nak mengunjungi tanah asal usulku di Padang, namun tak tahulah berkesempatan atau tidak...
Cantik tempatnya dan details infonya irda. Baru tahu pembahagian harta pusakanya lebih pada perempuan, kalau anak perempuan takda still akan pergi ke anak sedara perempuan. Begitu rupanya
ReplyDeleteMenarik sekali n3 irda ni mnambah info tentang adat budaya minangkabau...bentuk rumah minang mmg cantik berseni.
ReplyDeleteUnik adatnya org minang ni... semoga kekal sepanjang zaman...
ReplyDeleteAduh jenuh nak memahamnya, baca sekali lalu jelah, hihi..apapun adat minang lelaki tu unikkan, tapi kalo ditolak camane agaknya?
ReplyDeleteAdat merupakan sebahgian dari undang2 dan peraturan yg diikuti oleh masyarakat dulu. Ia merangkumi kehidupan, cinta, kematian, kelahiran, pusaka dll. All of those are expressed in culture.
ReplyDeleteBiasanya adat orang luar menjadi kepelikan bagi kita.
I'll tell you about the Japaness culture later.
Saya tunggu sambungannya. Let me know bila dah sambung.
ReplyDeletecantiknyaaaa! suka tngok klasik2 mcm ni. hehe
ReplyDeletetak pernah smpai lg ke padang dan nogori 9 hahaha.. 2 2 tempat ni adat minangkabau kuat? eh irda org minang ke
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)