Assalammualaikum,dah bangun subuh?
Alhamdulilah walaupun semalam irda tidur pukul 2.30am,hari ni masih mampu bangun pagi dan tidak mahu tidur lepas subuh terus on laptop mengelakkan godaan katil untuk beradu.huhu
Bila scroll media sosial,rata-rata dengan ucapan tahun baru.Azam tahun baru,dan semangat tahun baru.Ya hari ini 1hrbulan Januari 2017,adalah tahun baru dan seluruh dunia meraikannya.Apa azam semua?
Azam irda,jika dulu irda mengukur kejayaan untuk satu tempoh masa yang panjang.Irda sasarkan matlamat untuk beberapa tahun lagi apa yang ingin dicapai.Berusaha keras dan bertungkus lumus untuk mencapai target dan matlamat yang diidamkan bertahun-tahun lamanya.
Namun tahun ini,dan mulai saat ini..irda tidak mahu mengukur lagi kesuksesan itu untuk tempoh masa yang panjang.Apa sebenarnya erti sukses pada semua?Bagi irda setiap hari adalah untuk kita meraih kesuksesan.Tak perlu dengan impian memiliki rumah besar,kereta mewah dan duit berjuta-juta dalam akaun.baru dikira sukses,atau business meletop-letop itu adalah orang yang sukses.Kita tak tahu adakah lambang kesenangan yang kita lihat di depan mata itu adakah mereka berasa happy dan gembira?,jika ada sesuatu perkara itu merunsingkan hati dan minda,ia belum dikira sukses.
"my vision 2017
"success itu takkan ku ukur lagi utk tahun akan datang...atau beberapa tahun lagi aku nak apa aku jadi apa....
tapi sukses itu ku ukur..mulai dari sekarang..
"everyday is success day"
"everyday is success day"
bangun pagi ..dapat
solat dua rakaat sebelum subuh dan tidak tidur lepas subuh itu juga sudah satu kesuksesan untuk hari itu kerana sukses melawan kehendak hati & kemalasan diri...
iman adalah prinsip diri..jika tidak beriman maka tidak berprinsip..bila tidak beriman kita akan jadi hamba pada keadaan--ustad pahrol.
jika kita mampu mengawalnya..maka kita adalah orang-orang yang sukses..
kerana aku selalu berbolak balik..sifatnya hati..tanpa makanan rohani. dan umur berubah siri aku mencari -cari..ketenangan abadi"
tak perlu ukur sukses ku setahun lagi apa.jadi apa,dapat apa.tapi sukses ku mulai dari detik ini"
Bila irda mengukur sukses itu untuk hari itu
solat dua rakaat sebelum subuh dan tidak tidur lepas subuh itu juga sudah satu kesuksesan untuk hari itu kerana sukses melawan kehendak hati & kemalasan diri...
iman adalah prinsip diri..jika tidak beriman maka tidak berprinsip..bila tidak beriman kita akan jadi hamba pada keadaan--ustad pahrol.
jika kita mampu mengawalnya..maka kita adalah orang-orang yang sukses..
kerana aku selalu berbolak balik..sifatnya hati..tanpa makanan rohani. dan umur berubah siri aku mencari -cari..ketenangan abadi"
tak perlu ukur sukses ku setahun lagi apa.jadi apa,dapat apa.tapi sukses ku mulai dari detik ini"
Bila irda mengukur sukses itu untuk hari itu
1.Bangun pagi sebelum subuh,dapat dua rakaat sunat sebelum subuh pun dah dikira sukses
2.Dapat baca sedikit ayat AL-Quran sebelum memulakan hari yang sibuk itupun sukses sebagai orang yang tahu menghargai waktu dan memgejar akhirat untuk dapat dunia.,irda bukan seorang yang baik atau warak,kepala ting tong juga selalu,tapi still cuba mencari ruang waktu itu.
3.Dapat siapkan anak punya sarapan sebelum pergi kerja itu dikira sukses sebagai ibu...sebab yang ni irda selalu fail.kadang-kadang je berjaya
4.Sampai awal di office,waktu rehat mencilokkan diri untuk coway itu pun sukses .irda bukan seorang yang datang awal.irda tak nak gunakan waktu kerja untuk urusan business jadi kalau datang awal boleh buat kerja lain
5.Satu hari ada sales 4 & 5 sales itupun sukses.kadang-kadang kalau sales banyak,irda jadi pening tak tahu mana satu nak buat dulu.
6.Dapat balik awal,dinner dengan family dan dapat tengokkan homework alya,dapat pula up satu entry malam tu, pun dah sukses untuk hari itu...i really want this
9.Tak tinggal solat,solat di awal waktu,puasa sunat,jauhkan diri dari aura-aura negatif,dapat bantu ramai orang untuk hari itu,maka hari itu adalah paling sukses.kadang-kadang irda moody malas nak layan orang,kadang-kadang solat terlambat,kadang-kadang puasa isnin khamis lupa.
10. Semua cheklist kerja selesai,cheklist urusan rumahtangga selesai,cheklist business selesai untuk hari itu,dapat pula exercise sikit.. hari itu adalah hari yang paling cemerlang.ameeen
Jadi kesimpulannya,untuk mencapai sebuah azam dan vision yang besar,maka capailah vision untuk "everyday is success day!".Dan trust me kejayaan itu bermula dari rumah.Jika kita bekerjaya,hebat dalam kerjaya,tapi urusan rumah kita kucar kacir,kita belum success namanya.Jadi cabaran ibu bekerjaya adalah mengurus pekerjaan rumah sekaligus mengurus 2-3 kerja sekaligus.OH Tuhan permudahkanlah urusan hidup ku..:
Wanita yang hebat adalah yang mampu mengurus banyak perkara dalam satu masa.hanya itu statement sebagai self motivate.
Dan jika tercapainya sasaran everyday is success day.Maka azam yang lebih besar akan tercapai sekaligus.Masa depan belum pasti milik kita.Entah esok atau nanti,kita mungkin dijemput ilahi.Bila satu hari di hari ini kita pergunakan sebaiknya,kita hargai sebaiknya,kita berbaik sangka dan melakukan apa jua yang terbaik dalam diri kita dan orang lain,jika esok tetiba kita jatuh sakit atau tak berdaya,kita takkan rasa bersalah atau rasa ada sesuatu yang semalam kita masih tertinggal.
bagi irda impian lain hanyalah sebuah harapan,
1.memiliki lebih banyak hartanah dan freedom income
2.membahagiakan ibubapa,never say NO bila mereka perlukan irda,masa ataupun kewangan.
3.Travel banyak negara
4.Hantar mak ayah pergi umrah haji (Ini impian tahun lepas belum tertunai)
Jadi yang diatas ini adalah sebuah impian,dan harapan,mungkin tercapai ada kemungkinan tidak.Tapi hari ini,dan saat ini adalah kenyataan,hari ini dalam genggaman,dan kita boleh capai nya sekarang juga.Jadi jadikan hari ini adalah hari paling berjaya.Bila berjaya hari ini,harapan mungkin akan ada jalannya untuk menjadi kenyataan.Itu sahaja sifir kehidupan....
That's why orang putih cakap."Life is present"Today is a gift.Love your present.
"With the past i have nothing to do,nor with the future,I LIVE NOW"
Last night lepas balik malam berinai,layan movie sampai pukul 2,30am,tu tido lambat.Detail OOTD semalam:Jumpsuit,cardigan
Life is short, don't waste time worrying about what people think of you. Hold on to the ones that care, in the end they will be the only ones there. - Unknown quotes
Life is too short, Stop doubting about the future, motivate yourself, step up and take responsibility for making your present a great story for future; our present is always a great guide towards our future achievement.- Kemmy Nola quotes
2017 great year ahead:5 :1:1
5 DAYS focus(everyday is success day),1 day review,1 day off hp just for family.
thank you for reading this entry...appreciated :)
Saya tidak pernah ada azam terutama untuk tahun baru. Azam kalau ada pun saya jelemakan dalam tekad untuk kebahagian di sini dan di sana.
ReplyDeleteHappy new year irda.
selamat tahun baru juga tuan..
DeleteAzam dan impian melancong ke banyak negara tu memang angan2 je kot kalau sy...tak ada rezeki lagi nak melancong hermm.. :P
ReplyDeleteyeke?
Deletetest reply..
DeleteInshaAllah smua azam akan trcapai.. amin.
ReplyDeleteamin..tq my dear
DeleteAamiin..semoga tercapai azam tu walau kekdg tu azam tu tak tertulis tapi tersemat dihati kan...
ReplyDeletebetul tu kak..amin
DeleteOwh Yeahhh!!!! loves this entry so much! thank you for sharing. Ini la yang I macam nak kabor jugak. Sebab dah menung fikir kat mane salahnya resolution yang panjang tuh sebab banyak yang tak consistent I buat. Ended up. Target satu hari..satu hari. Macam istilah sukses yang Irda share tuh lah. Ingat senang nak bangun solat awal 2 rakaat tuh before subuh? memang sukses sangat rase bila dapat buat. Nak lawan napsu tuh ya ALLAH....macam2 tips buat. Hahah! Jom Irda! kita sukses hari2. Sama2 mendoakan yer. Muahhhsss!!!!!
ReplyDeletemuahh..jom nany,kita sukses sama-sama :)
Deletehappy new year..semoga tercapai azamnya. azam sy tahun ni...rahsia hehhehe
ReplyDeletegood luck whatever ur vision for 2017 cik itah..
Deleteinsya Allah semua boleh tercapai. Good luck babe
ReplyDeleteaminn my dear cici
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2017.
ReplyDeleteSemoga success setiap hari dan masa.
Insyallah irda :) Semoga azam irda tercapai :)
ReplyDeletedh 2 tahun tak buat azam sebab kalau nk sesuatu tak perlu tunggu tahun baru. esok, harini pun boleh buat apa2 perkara sehingga berjaya. nice sharing irda :)
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)