5 sebab ramai yang datang nak batalkan sijil ASB LOAN.

1.Yang tak faham konsep menyimpan dalam asb,tak sabar tunggu untuk dapatkan dividen yang tinggi.Sedangkan asb masih beri pulangan tahun ini walaupun sikit,sedangkan investment lain,jangankan pulangan ,rugi malah ada.


2.Nak reduce commitment,ada yang datang sebelum ni apply 200k,dengan faktor ekonomi dan sudah bertambah komitmen,agak menjadi beban,jadi mereka batalkan yang lama buat yang baru dengan loan asb yang lebih kecil.Boleh ke?Boleh ..Kurangkan jumlah sijil dengan cara  refinance atau cancel sijil yang lama buat loan yang baru.Yang ini anda kena berbincang dulu dengan banker yang buat asb loan.

Jika bayaran loan asb di bank anda sekarang agak tinggi,anda boleh hubungi saya untuk semak jika ada bayaran lebih rendah dan cara permohonannya.Baru-baru ini saya baru uruskan seorang pelanggan yang membayar RM 550 untuk 100k jumlah sijil sedangkan dengan promosi baru boleh dapat bayaran dengan lebih rendah.Tetapi semua itu anda harus semak pula interest bank dan tempoh bayaran.

Fikir kan pro dan kontranya sebelum anda buat pilihan ya.

3.Ada orang sebab nak dapatkan cash advance.Mana-mana investor yang dah buat pembayaran 5 tahun keatas,maknanya sudah dapat 5 kali dividend,tiba-tiba rasa perlukan duit extra untuk renovation rumah atau buat modal nak mulakan  business.Jadi dengan membatalkan sjil asb loan,bank akan pulangkan principal repayment.Amortization amount atau cash value yang diterima ini bolehlah digunakan untuk keperluan mendesak ketika itu.

Ramai yang ragu-ragu,contohnya saya batalkan asb bulan August,habis tu yangs saya bayar selama bulan Januari hingga August tu macam mana?Jadi sebelum batalkan asb loan untuk apa-apa tujuan,semak dulu baki loan dan oustanding.Pastikan anda menerima sedikit cash value tanpa perlu dikenakan sebarang bayaran baki.


Lagi pula jangan risau,walaupun anda bayar hingga bulan august sahaja,dividen mengikut jumlah sijil tersebut tetap dapat di awal tahun dengan kadar pengiraan prorata.

 

  4.Bila loan rumah atau loan lain tak lepas.Perlu diingat,bila buat asb loan,ukur baju di badan sendiri.Jangan tengok ada kenalan ambil RM200k jumlah sijil,kita pun nak ambil RM200K juga jumlah sijil loan yang sama.Sedangkan gaji kita cukup-cukup makan.

Sudahnya nanti mulalah loan lain tak lepas.Nak beli kereta tak lepas,nak beli rumah pun tak lepas.Mula salahkan asb loan ni menyusahkan,sedangkan kita sendiri tak faham konsep ASB Loan dan DSR.

Kalau terpaksa harus batalkan loan asb untuk luluskan loan lain.Mudah sahaja datang sahaja bank ,isi borang dan proses terminate sijil.Selalunya mana-mana bank pun di Malaysia ni proses pembatalan ambil masa 2 minggu-2 bulan bergantung berapa banyak kes dihantar ke PNB untuk terminate sijil tersebut.

Bila dah proses pembatalan,jika ada cash value bank akan kredit baki dari pembayaran tersebut ke dalam akaun saving anda di bank tersebut.Sebab tu digalakkan jika buat asb loan pastikan ada akaun juga dengan bank tersebut.Selalunya macam saya memang akan bukakan akaun saving sekali bila customer sudah lulus asb lon dengan bank.

 

5.Ikut-ikut kawan.Bila ikut-ikut kawan tanpa advisor yang betul ni susah.Bila orang cakap rugi,kita pun kata rugi,sedangkan nak suruh menyimpan sendiri memang tak lah kan.Sudahnya bila loan asb cancel,tahun depan orang syok ambik dividend,awak gigit jari tiada simpanan dalam ASB.

 
Antara 5 sebab ni,bila jumpa irda ada yang dah beriya-iya nak cancel,datang buat balik,ada yang datang cancel tak jadi,dan ada yang cancel hari tu,hari tu juga signup yang baru.

Sudahnya,mata ni kecik besar,kecik besar je pandang pc kat ofis tu...


.....................................................................................


Nak buat asb loan?Contact Irda,nak batalkan asb loan?Fikir-fikir dulu ya.

IRDA
penasihat kewangan anda.
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini👇👇




thank you for reading this entry...appreciated :)

7 Comments

Thank you,come again :)

  1. ASB loan bagus kalau pandai..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Irda...

    Semoga Allah SWT permudahkan apa juga perancangan Irda...:)

    ReplyDelete
  3. info yang bermanfaat..thanks share :)

    ReplyDelete
  4. 6. Terpengaruh dengan skim MLM atau cepat kaya sebab nak untung banyak dan kaya cepat.
    Last2 lingkup.

    ReplyDelete
  5. kita perlu faham konsep loan ASB ni..

    ReplyDelete
  6. Saya baca and faham sebab entry terang.
    Mungkin ini bidang irda.

    ReplyDelete
  7. ASB bonus tahun ni.... Hurmmm... Lepas lah kalu nak beli ubat gigi... ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post