Tertarik dengan quoate ni.simpan sini.. |
Wah first time irda bagi ucapan dear bloggers kan.sebab kali ni entry irda tulis khas untuk kawan-kawan blogger yang selalu singgah.Alhamdulilah ukhuwah maya ini sangat bermanfaat,banyak irda belajar dari semua.Terima kasih kawan-kwan maya.
Since irda terjemahkan hobi menulis dalam blog,tak sangka ia menjadi pasif income untuk irda.Ternyata kasih sayang ALLAH itu maha luas dan sangat-sangat irda syukuri.Sebenarnya kaya bukanlah dalam kamus hidup irda lagi,tapi sentiasa tak putus-putus duit,kiri dan kanan juga adalah sebuah rezeki.Walaupun tak banyak tak melayakkan irda beli ferrari pun,hehe..tapi ia sangat berbaloi dari termenung main dam haji,atau main game kat laptop ni,bebelan irda di ruangan ini ada nilai rupanya.Syukur,Alhamdulilah...
Income melalui blog boleh kita dapat pelbagai cara seperti:
-advertorial/sponsorship
-giveaway
-affiliate
-google adsense
-sewa tapak iklan
Feedback dari satu job review.Alhamdulilah :) |
dan banyak lagi yang irda tak sempat nak belajar.Semua itu hanyalah cara dan kaedah yang ada dalam blog namun,tetap pemberi rezeki itu ALLAH swt,manakan mungkin orang email anda untuk satu-satu job kalau ia bukan kerana ALLAH swt,Berapa ramai blogger di Malaysia ni kan,itu belum masuk luar negara?jadi kenapa kita?kerana memang tersurat itu rezeki kita
Jadi jika kita mempunyai hobi dan aktif dalam blog,ia adalah sesuatu yang baik untuk diteruskan.Dari melangut depan tv,sembang kosong di media sosial,sekarang irda lebih selesa baca itu ini untuk tambahkan information dalam menulis.Dan memang diakui tv di rumah tu jarang-jarang sangat tengok.Dahlah weekdays sibuk dengan kerja kan,weekend kalau boleh irda tak nak pergi mana-mana,nak membaca je.Pagi-pagi siapkan kerja rumah,kalau boleh buat breakfast cum lunch sekali,senang...boleh focus kerja lain..huhu..kecuali kalau ada appointment coway,barulah nak keluar,kalau tak ya ALLAH malasnya nak keluar pergi mana-mana di hujung minggu..
Selain kita MENJANA pendapatan dari apa yang kita tulis.Kita juga sebenarnya bertanggungjawab dalam memberitahu masyarakat perkara yang betul,dan percaya tak menulis juga sebuah sedekah?Dulu irda ingat bila kita menulis sesuatu yang baik,macam baik-baik je aku ni,walaupun macam mana pun kita,bila kita tulis yang baik-baik,tetap ia menjadi sedekah bila ada manfaat pada orang yang membacanya,ITU JE yang irda fikirkan.Slowly penulisan yang baikbaik adalah doa untuk diri sendiri menjadi lebih baik.pantulan dari penulisan.
1-penulisan berbentuk agama(memberi ilmu agama)
2.penulisan berbentuk nasihat(memberi tarbiah)
3.Penulisan perkongsian kejayaan(memberi motivasi)
4.Penulisan tips(membantu orang untuk menyelesaikan sesuatu perkara)
5.penulisan berbentuk maklumat terkini(memberi orang informasi)
Sebenarnya lima sahaja tidak cukup,banyak lagi konsep sedekah melalui tulisan tu,tapi irda yang naif belum mampu menggodek semua .
Irda nak share story hari ni(bagaimana bersedekah itu mudah,bukan hanya dengan wang ringgit atau sedekah senyuman),irda ada tulis pasal seorang driver/tour guide masa irda bercuti di padang bukit tinggi tempoh hari baca sini :supir terbaik di padang bukit tinggi.Tujuan penulisan itu hanyalah sebuah penghargaan dan persahabatan dan puas hati atas servis yang diberikan.Dan ia juga hanya sebuah memori percutian yang disimpan dalam blog,Tak sangka dalam bulan ni sahaja brader tu dapat 3 kali trips bawa pelancong dari MALAYSIA.
Trip pertama |
rezeki lagi |
Tak sangka orang Malaysia ramai rupanya nak bercuti ke padang bukit tinggi.Memang best cuma banyak entry irda masih pending untuk di share.hehe
Trip dia ke dua |
Amboii dapat customer dari blog irda terus tulis "sayang"irda..hahaha ala biasalah tu,sayang tu subjektif,sebagai kawan,sebagai adik,sebagai sahabat maya.Bagi irda be nice to all,itu tips murah rezeki..
dan jadi sahabat yang bermanfaat.Nak berkawan tak perlu pilih dia kerja apa,dia bangsa apa.orang baik kita pun baik.InsyAllah akan ada rezeki yang baik untuk kita.
Nasib baik bila husband baca dia tahu irda ni "mesra alam" ..kahkah...if not jeles .alaa apak supir dah ada 5 anak koott...kita tolong dia dapat rezeki untuk keluarga dia pun,rezeki kitaorang pun akan murah juga.huhu
trip dia yang ke 3.and more more lagi lepas ni.ameen |
Dan walaupun brader tu tak bayar apa-apa dengan review yang irda buat(memang tak minta pun)tapi ALLAH GANTI pula irda dapat job paid review dari arah lain.Nampak tak percaturan rezeki oleh ALLAH?
Jadi kesimpulan yang irda nak bagi kat sini
kalau kita rasa servis orang atau kedai tu bagus,makanan sedap,kita reviewlah sebaik-baiknya,walaupun takde bayaran anggap sahaja itu cara kita bersedekah.
Tapi kalau setinggi mana pun bayaran yang kita terima untuk satu-satu job review,contoh review product skin care,fashion untuk niche beauty bloggers,atau food review,parenting review,,agaklah tidak adil bila kita review product tu tapi kita sendiri tak guna pun.Dan kita belum pasti bahan dalam nya baik atau tidak.
Kalau kedai tu tak sedap.tak payahlah cakap sedap.Kita tulis apa yang kita rasa dengan jujur,sebab kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis,sebab orang cari information tu.
Baru-baru ni irda dapat satu product skincare,sebab irda tak jadi amik,kulit irda sensitif,jadi takut nak guna,bila tak amik takyahlah review kan,its okay..ada je rezeki lain.macam mana irda nak review kalau TAK GUNAKAN?
Jadi irda harap untuk masa akan datang,biar lah irda lebih selektif ,jangan main tonyoh je sebab nak kejar traffic atau nak sponsorship,tapi review tu feelnya "kosong".Faham maksud irda?sebab irda takut nanti lupa daratan,mentang-mentang orang bayar,main tak kisah je kan..No no,.Keep remind me...ya ALLAH.manusia mudah lupakan...
Hidup ini kan untuk memberi...Jika kita belum mampu memberi dalam bentuk kewangan,banyak lagi pemberian lain yang boleh kita buat,cuma bila kita nak beri tu tanya soalan pada diri..tujuan apa?bermanfaat tak untuk orang lain?ia salah atau tidak?kalau semua ok..teruslah memberi.
Trust me,the more u give the more u get back.Irda dah rasakannya.
"Kadang-kadang kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima,tapi kerana kita kurang memberi"
Moga esok-esok Allah bukakan lebih banyak ruang dan idea untuk kita memberi dalam bentuk penulisan.InsyaALLAH.Doakan irda ya,irda teringin nak dapat job travel review,tak kisahlah satu hari 5 entry.sanggup oo.. ..hehe sebab fully sponsor kott....Hope kalau ada gang bloggers yang dapat sekali memang manyak syokk..jom berangan sama-sama,,,berangan tak kena bayar pun..hehe
ok daaa,,,salam berhujung minggu!
thank you for reading this entry...appreciated :)
alhmdulillah. rezeki dtg berterusan. smoga terus berblogging. :)
ReplyDeleteWkmsalam.
ReplyDeleteRezeki Allah maha luas dan boleh datang dari pelbagai sumber.
TAHNIAH IRDA DGN REZKI BERLEBIHAN BOLH TMBH PAHALA DGN BERSEDEKAH PULA
ReplyDeleteKenapa saya kerap membaca tulisan irda? Jawapannya ada di bawah, petikan tulisan irda sendiri:
ReplyDelete"Selain kita MENJANA pendapatan dari apa yang kita tulis.Kita juga sebenarnya bertanggungjawab dalam memberitahu masyarakat perkara yang betul"
You are my blogger irda.
Jom! kita berangan sama-sama. Betul tu Irda! Nany pun pernah tulis blog share pasal khidmat kedai ayam segar. Ya Allah..tak sangka tau sebab memang ada yang cari and baca pasal kedai tuh. Nany tau pun after tokeh kedai tuh beriya cakap thanks so much. Memula blur! eh..kenapa tokeh ni emotional sangat? rupanya die rasa syukur dan terima kasih sebab Nany tolong promote kedai die tuh. Yang jauh pun ada datang semata-mata nak beli ayam dari reban die tuh then sembelih kat situ. In return, dia bagi air jus mango ke ape ntah kat Nany. Beriya sangat dia bagi. Takkan nak tolak kan? ALhamdulillah..happy nya bila dapat buat orang happy dan membuka pintu rezeki beliau. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kak Irda... Setuju dengan kak Irda, peluang untuk bersedekah sentiasa ada. Apa salahnya viralkan gerai gerai terpencil yang sedap sedap. Mungkin ada rezeki mereka melalui penulisan kita.
ReplyDeleteasalkan ada usaha, niat lillahi taala pasti rezeki Dia dtg mencurah2 tanpa disangka2
ReplyDeletealhamdulillah 😉
ReplyDelete"kalau kita rasa servis orang atau kedai tu bagus,makanan sedap,kita reviewlah sebaik-baiknya,walaupun takde bayaran anggap sahaja itu cara kita bersedekah."
ReplyDeleteReen suka ayat irda ni.. Betul dan reen setuju. Biarlah kita ikhlas dan Allah yang menilai keikhlasan kita..
Hari ni kita tolong orang.. Esok lusa, kalau bukan orang tolong kita.. Allah yang akan tolong kita. Kadang kita je yang tak nampak sebenarnya..
Sejak Reen baca blog Irda tentang Irda suka tengok angka makin bartambah dalam bank..
Dan sekarang ni.. Reen pun jadi macam Irda. Suka tengok angkat bertambah dalam bank dan bila nak keluarkan terasa sayang sangat. Hahahaa
Terima kasih Irda.. Alhamdulillah.. Sedikit sebanyak makin bertambah saving.. Target dan target lagi agar makin bertambah..
Nadia suka ayat irda nie , " Kadang-kadang kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima,tapi kerana kita kurang memberi . " memang betul pun.
ReplyDeleteDan , betul apa Irda ckp . Kena jujur dalam penulisan . If suka ckp suka, tak suka ckp tak suka. Memang betul rezeki Allah itu luas.
If kita tulis seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan , Insyaallah Allah akan murah kan rezeki untuk kita dari sumber yang berbeza . Kan. =)
Irda, Nadia pun memang ada berangan macam Irda. Best if dapat sponsor utk travel hasil dari penulisan kita.Tak kesah jugak lah if kena submit byk entri dlm satu hari. hihii =)
banyak info dan reminder yang Nadia dapat lepas baca blog Irda. Such an inspiration , dear =)
Seronok Pula baca blog ni..salam kenal
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)