Kali ni bila boss buat makan-makan dengan sales staff,memang kena dengan selera irda.Sebab?Masakan Melayu atau masakan kampung dan kuih-kuih tradisional memang  favourite sangat.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik
Selected sales staff yang Irda pilih untuk lunch together.Of course lah pilih based on performancekan..

Restoran Rebung Chef Ismail memang superb sedap..semua menu adalah menu kesukaan Irda.Masak lemak siput sedut,rendang ayam,beraneka gulai,ada dodol,ada pencuci mulut pengat pisang,bubur durian dengan pulut,ikan bakar,laksa,mihun sup,roti jala,yaALLAH memang superb meletop perut ni.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik
Menu pertama pilihan  irda.Nasi gulai siput,rendang ayam.

So kepada sesiapa yang ingin bawa kenalan dari luar negara atau yang ingin membawa pelancong menikmati makanan sedap ala-ala masakan kampung,restoran Rebung Chef Ismail memang pilihan tepat.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik
Yummy!

Hanya RM 42.50 untuk satu kepala,kita boleh makan sampai kenyang.Cuma harga ini mungkin naik sikit di bulan puasa,standardlah kan...

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik
Nasi impit dan pulut kuning dengan rendang tok,r pecal kuah kacang

Bayaran parking masuk ke restoran rebung RM4 per entry.Hidangan pula secara buffet dan suasana dalam aircond ada,dibahagian luar pun ada.Pelbagai pilihan makanan amatlah berbaloi dengan harganya yang sangat murah.

Hanya RM42.50!..Irda hari tu makan di teh tarik palace pun kena harga yang sama untuk dua orang menu hanya mee goreng mamak ,ayam goreng dengan air laici.Perghh!tapi disini makan pelbagai menu tau...makan pula sampai kenyang..

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik

 Popia basah yang dihias atas daun pisang,sekejap je habis,Kuih ondeh-ondeh yang comel-comel,tak besar tak kecil sangat,kelapa parut yang putih dan banyak,inti yang sedang-sedang je manisnya,alahai terliur tau masa menaip ni.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik

Ada juga disediakan ais kacang dan ABC,air panas seperti Teh o dan kopi o sebagai minuman,Yang ni irda tak sempat nak try,Kawan-kawan irda kata tak berapa sedap,mungkin sebab diorang buat sendiri,dan diorang tak tahu campurannya,sebab tu ais kacang depa tak menjadi.huhu...

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik

Ikan cencaru,ikan kembung dan ikan keli yang dibakar.Ada pula sentuhan keropok lekor dan cucur sayur,semuanya dicicah makan dengan sos cili begitu sahaja pun sedap.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik

Walaupun buah untuk dibuat rojak tak berapa nak banyak selection,tapi ia diadun dengan kuah rojak yang superb sedap,menjadikan rojak ini menu yang wajib untuk dicuba.

Mencari masakan Melayu area KL?Restoran Rebung Chef Ismail memang terbaik

 Penggemar nasi kerabu,ulam-ulaman,dan beraneka sambal belacan,ada juga bahagian untuk anda.Irda tak sempat pun nak try nasi ni,sebab irda dah kenyang makan nasi putih dan laksa,kemudian pencuci mulut seperti wajik(wajid),dodol,pengat pisang,bubur durian dan pulut sudah melengkapkan ruang perut,Dah tiada ruang untuk diisi lagi.HuHU,dah lama tak exercise ,keje sekarang pun asyik makan sahaja,ada sahaja event dengan sales staff dan product owner makan ..makan..hehe..


 Jadi irda memang recommend kalau area Kl makan kat sini.Harga pun tak lah mahal sangat,makan pun sampai kenyang,pilihan makanan pun pelbagai.

Singgah je di Restoran rebung Chef Ismail:5-2 Aras 5,Parkir Bertingkat Bukit Aman,No 1 Jalan Tanglin,Taman Botani Perdana,50480 Kuala Lumpur.

Restoran:03-22763535
Office:03-22762525

Rasanya kalau nak datang ramai-ramai ,better booking dulu,hubungi no diatas tu,sebab kalau walkin takut takde tempat duduk.Irda rasa agak sesak juga lah waktu lunch.Lagipun lunch kat situ kitaorang boleh duduk situ makan sampai kenyang dari pukul 11.30am sampai pukul 3pm.Punyalah banyak kali sendawa,boleh sambung makan balik.hahaha...

Ok readers,selamat menikmati selera masakan melayu di Restoran Rebung Chef Ismail,Masa uols makan ni mesti nampak Chef Ismail yang beramah tamah dengan pengungjung.Irda je tak sempat snap photo sebab focus nak makan..:)

Tahniah pada  owner dan kru,selain menjadi restoran yang ramai pengunjung,bagi irda chef ismail adalah pelopor masakan melayu agar tak ditelan dek zaman,agar generasi muda yang tak kenal apa itu dodol pun boleh datang tengok dan makan,Kalau ada kawan-kawan dari luar negara irda rasa tempat ini sesuai untuk memperkenalkan makanan asli orang Melayu.Hopefully,untuk masa akan datang masih ada lagi inisiatif untuk mengekalkan ciri-ciri masakan kita dari pelbagai pihak...

Irda kalau dibawa ke restoran mewah western food,irda akan pilih restoran rebung.entahlah,tekak memang memang begini kot....Boleh je makan di restoran masakan jepun ke,di tempat yang lebih cozy ke,atau apa-apa je,tapi tetap kalau nak feel makan di restoran ala-ala masakan kampung,basuh tangan,makan dengan jejari ni...Baru terasa nikmatnya makan...:)

Ok readers...daaa.
thank you for reading this entry...appreciated :)

13 Comments

Thank you,come again :)

  1. MIL ana pun suka restoran rebung ni. Quite a few times juga dia ke sini. Ana pun kne terjah juga lah nampaknya lepas ni.

    ReplyDelete
  2. Berbaloi3.
    Macam2 masakan ada.

    ReplyDelete
  3. amboi sedapnyaa terliur sungguh tengok :) boleh cuba ni . hihi

    ReplyDelete
  4. Irda!!!! nampak sedap sedap semuanya. Mesti tak tau nak makan apa dulu yer dak? Ni semua memang chef tuh yang masak ke? hahah! memang tangan sotong lah kalau macam tuh. Bhahaha!

    ReplyDelete
  5. selalu baca pasal restoran ni tapi tak pernah sampai lagi. yumm yummeh

    ReplyDelete
  6. akak tengok pun rasa lapar dah ni irda

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa. dh la tngok entri ni time lapar. huhu

    ReplyDelete
  8. Kebetulan pulak. Siqah baca entri ni selepas team siqah plan nak pergi berbuka puasa kat sini. Hehe. Nampak sedap!!

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..

    MasyaAllah..tgok pun da kua bunyi dah pewot ni..
    hehe cam sedap je tu =D

    ReplyDelete
  10. waa nampak sedap tu irda.. 42 utk buffet ok la tu.. hehe..

    ReplyDelete
  11. Nyum nyummm sodap jugak menu kat sini...

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post