Assalammualaikum...


Hallooooo semuaaa,cak?wake up!haaaa mesti ada yang tidur lepas sahur kan...ceh ceh,irda pun sama,tapi stilll bangun pukul 9 tadi,yang lain ambuii ke tengah hari ke?.

Cuti-cuti buat apa semua orang?adakah berjalan cari baju raya?atau duduk di rumah layan Tv?Ok,irda memang tak suka tengok TV,entah macam tiada apa yang seronok dilayan,paling-paling tengok buletin utama,takpun terlayan drama TV3 pukul 7 itupun sebab nak tunggu azan magrib terpaksalah menghadap tv sekejap.Selamat bercuti yang bercuti nuzul AL-Quran hari ini.

Tahu tak dulu irda tidaklah suka cuti-cuti panjang-panjang ni bersambung dari weekend,sebab kena sawan bekerja,sekarang kalau dapat nikmat cuti panjang apalagi di bulan puasa Ya ALLAH rasa nak buat kenduri doa selamat menandakan kesyukuran yang amat sangat sebab "aku cutiiii"..Itu tandanya im not happy with current position.Hari-hari tunggu bila nak cuti lagi...

Oklah bebel banyak sungguh ni,irda nak cerita semalam Ahad irda main masak-masak dengan emak di dapur.Buat kuih raya,wahh best-best,sambil mengeratkan silaturrahim dengan emak tersayang,dapatlah juga curi resipi kuih raya.

Kuih raya tradisional pertama:KUIH KAPIT/KUIH SEPIT

Apa-apalah namanya,memang selalunya kuih raya tradisional irda lagi suka buat dengan mak,kalau kuih-kuih lain beli je dengan makcik ada jual kuih almond london,tat nenas,cookies ,adik ipar pun jual kuih raya juga,semua jenis cookies dia ada,yang ni tunggu nak dekat-dekat raya baru order.Mana tahu dapat free sebalang dua,(hehe),takpun kalau nasib malang dapatlah dedak kuih raya sahaja.Siapa suruh order last minit kan?

Bahan -bahan kuih kapit

1.Irda gunakan 3 peket tepung beras (500gx3)=1.5kg
2.Santan kelapa dari dua biji kelapa
3.4 biji telur yang diambil kuningnya sahaja
4.Gula
5.kulit kayu manis
6.garam
7.serbuk venillin

Cara-cara buat

1.Adun tepung dengan kuning telur,campur dengan sedikit garam dan serbuk venillin.Kikis kulit kayu manis tu masuk dalam tepung tu sekali.Letak gula,banyak nya gula bergantung pada berapa manis kita nak,macam irda semalam tak sukat,sebab mak teror bab-bab ni,emak main bubuh je,terus sedap.

Lebih kurang cair macam ni lah:Photo sumber google
2.Tuangkan santan dan adun tepung,jangan cair sangat jangan pekat sangat.yang ni lupa pula ambil gambar.Irda share gambar google seperti diatas ya.

 Sebenarnya nak buat adunan tepung ni senang sangat,tidak sampai 15 minit adunan siap,tapi bab yang bercinta ialah memanggang,huii semalam start pukul 4pm something petang,lepas tu stop berbuka,malam tu sambung lagi sampai pukul 10pm-11pm.Mahu tak patah pinggang?Tapi kesian emak,walaupun irda ada cuba buat,mak tak puas hati dengan kuih irda yang tak berapa rangup katanya,sudahnya irda tidur mak yang buat semua,hikss sedih walaupun gembira sebab tak susah-susah dan tak penat-penat,tapi rasa jadi anak durhaka pulak..sobss..

.
sumber google
 Orang dulu-dulu buat kuih kapit ni atas bara,panggang macam tu,lagi rare dan rasanya memang superb sedap.Tapi sekarang zaman dah moden,orang gunakan elektrik je.

Resipi kuih kapit version emak.
Kuih raya pertama irda dah siap :)
Lupa dah belikan mak roller toaster ni tahun bila,ini digunakan oleh emak,makcik dan jiran-jiran sebelah rumah emak pun siap pinjam toaster mak,sebab tu pemegang tu dah ditukar menjadi kayu sebab siapa dah yang dah patahkan..cukup besar bakti dan pengorbanan toaster terutamanya di musim nak raya ini.

Masa uols masak ,amik dalam sesudu atau agaka-agaklah dan tuang  atas cetakan,Kemudian tutup dan tunggu,kadang-kadang boleh je ikut lampu tu kalau dah tak nyala masaklah tu,tapi boleh juga tengok sekejap-sekejap,kalau dah kuning-kuning sikit angkat je.Masa nak lipat ni,emak den guna tangan je,den tak mampu,ambik sudu lipat dengan sudu,sebab tu mak den bising,lambat kato eeh...

almaklum tangan den ni halus-halus,memang takut kena panas-panas ni,ceh!Kalau tak nak lipat,boleh je gulung-gulung macam dalam gambar diatas.

Resipi kuih kapit version emak.


Fuhh ,ini memang sedap,bab yang emak masak,rangup dan rapuh sungguh,lepas buka sebalang habis dah,mana yang tak berapa nak jadi,tak berapa nak rangup,emak suruh makan tu dulu.Emak siap bagitahu semua orang"Tue yang tak berapa nak jadi tu,anak den yang buat,yang sedap tu den buat"..ok mak,ini tak aci tau,memalukan ni...

Me: Mak hari tu dongar ustad kazim ceramah kek oasis,, kato dio,ado lah sorang mokcik ni,dio buat kuih rayo,mano yang cantik yang sodap,dia sorok jauh dalam bilik,kato e untuk rayo baru buleih makan.Dio suruah laki dan anak e makan yang buruak,yang hitam logam dulu.udahnyo mak,laki dan anak e maningga sebelum rayo accident.manangih mokcik tu.orang datang tahlil rumah e,dia jamu dongan kuih rayo yang dio sorok tu.huu sodih cito ni mak.

EMak:Ekau jangan nak buek cito sodih,cito rekaan,makan kuih ekau yang lemau tu...

krik ..krik..

hemm..itulah dialog semalam,yang mana irda tak jadi pun buat kuih sendiri ,semua emak buat,mana yang irda buat semua tak berapa nak menjadi emak marah,irda pun masuk bilik layan facebook.guling-guling,dan kroh kroh lepas tu.kesian mak,tetiba rasa durhaka,huhuhu :(

Sebenarnya bukan irda tak pandai,sebabnya patah pinggang duduk lama-lama,jadi sorok kepandaian tu bolehlah emak offer buat sampai habis.Bijak ..bijak...berkat minum susu ibu..

tak lah,emak memang macam tu,emak ni merupakan kapten di dapur,bab potong sayur buncis kalau tak serong pun mak marah,katanya takde seni,jadi mak memang suka kalau masak dia yang turun tangan.

apapun,i feel guilty lah sebenarnya.Sayang mak,resipi ni orang simpan disini.Esok-esok boleh buat lagi.




Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

18 Comments

Thank you,come again :)

  1. Siqah suka kuih kapit! Tahun ni ada order tapi tak sesedap tahun lepas. Siqah suka kuih kapit peanut butter! Pandai Irda buat. Bagus ambil resepi turun temurun =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ru dear...skrg dah ada version coklat n peanut butter..tapi irda lagi suka yg original ni...hhehe...bolehlah ..pandai makan lebih lagi..huhu

      Delete
  2. haha..ngelat, hihi..bestkan bonding time dgn bonda, buat2 kuih raya..kuih kapit all time favourite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe feberet irda juga ni kak..satu balang dah habis belum raya..canee nie...

      Delete
  3. Ingat dulu masa kecik2, bila emak buat kuih raya.
    Dapat makan yang rejek2 aje. Yang elok emak simpan dalam balang.

    ReplyDelete
  4. Feberet ni.. Cenggitu rupanya tempat bakar kuih ni..

    ReplyDelete
  5. skrg dah macam2 perasa kat dalam

    ReplyDelete
  6. Sedaplah kuih ni. Sukaaaaaa. Tapi tk pernah tau pun process buat kuih ni. Haha.

    ReplyDelete
  7. Pandai Irda speaking Nismilan, hehehe

    Nampak rangup kuih kapit versi mak Irda..
    Kuih ni mmg trend sekarang, isi macam-macam ada letak chocolate, peanut butter etc.
    Sebalang tak cukup, hehehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya kuih kapit. I suka kosong macam ni, original gitchew. nowadays ramai yang letak inti coklat la peanut butter lah

    ReplyDelete
  9. Selalu beli time orang jual je. tak pernah buat sendiri. hihi. tqq resepi ni irda boleh try :)

    ReplyDelete
  10. Migha suka sangat kuih kapit nie. Tapi yang original la. Tq share resepi nanti boleh cuba buat sendiri pulak

    ReplyDelete
  11. pengasuh anak-anak saya rajin buat kuih ni
    JanjiKita

    ReplyDelete
  12. salam..
    hi kak irda
    sedpnyer kuih kapit..
    skrng da dimodenkan..ade mcm2 perisa kan kak..
    tp apepun ori ttp win..hehe

    ReplyDelete
  13. busyra suka kuih ni.. kalau yang perisa coklat tu lg sedap!. hehe

    ReplyDelete
  14. Kuih feveret ini.. sekarang dah ada inti lak kan..

    ReplyDelete
  15. Apa beza kuih kapit ni bila letak santan dengan tidak letak

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post