Assalammualaikum readers.

Tengah buat apa?cari menu masakan?Oklah irda nak share masak lemak cili padi kepala ikan dengan bendi,terung pipit dengan belimbing buluh ni.

Amboii banyaknya sayuran dalam tue kan?sebabnya irda rasa macam semua nak layu dalam peti ais tu,so sekali baling semua.Tak sangka sedap juga,,,hehe overconfident tau.Belimbing buluh tu saja je tambah-tambah sebab lebat sangat buahnya kat pokok.Ehh irda ada pokok belimbing buluh?adalah..

Bahan A
Kisar semua bahan dibawah
1.Bawang merah kecil-5 biji
2.bawang putih 4 ulas
3.Halia-besar ibu jari amik 2
4.Cili api-dalam 20-30 biji
5.isi kunyit-besar ibu jari amik 2

Bahan B
serai-2-3 batang
daun kunyit-sehelai yang besar
belimbing buluh
bendi
kepala ikan-6-7 potong
terung pipit
Santan


Kisar sampai  lumat.Semua bahan-bahan A. agak-agaklah banyak nya ya.Kalau nak pedas bubuhlah segenggam cili padi.Kalau cili padi,tolong beli cili kampung tau,jangan beli cili api yang besar-besar tu,tapi beli yang comel-comel tu.

Masukkan bahan yang dikisar tu dalam periuk .Campak daun kunyit,dan titik serai .Then campurkan santan.Kalau setakat 6-7 potong kepala ikan,cukup santan tu sebiji kelapa.Itupun dah pekat.Letaklah air sikit.

then masukkan kepala ikan,..bila dah mcm mendidih sikit masukkan belimbing buluh dulu.

Lepas beberapa minit ikan dalam periuk,baru masukkan bendi dan terung pipit.

Taraaa...dah siap.Enak dimakan bersama nasi panas.

ending entry hari ini..irda nak cuci mata dengan kehijauan ,siapa cakap kat KL tak boleh bercucuk tanam?Hasil kreativiti my family.hehe,dari tanam pokok bunga,sangat manja untuk dijaga.Mari tanam pokok cili dan pokok ciku,boleh dimakan..Lepas ni tanam daun kunyit,serai terus,senang..nak masak petik sahaja..Save cost sikit kan.hehe...

Image may contain: plant, sky, tree, outdoor and nature



Pokok cili yang benihnya dibeli dipasar,Kemudian campak sahaja dalam pasu .Tak sangka tumbuh mekar dan subur,dah berbuah dah pun.
 
Image may contain: plant, outdoor and nature

Pokok ciku ni pun dah mula mengeluarkan putik buahnya.Tak lama lagi boleh makan dah ni.

Ok thats all untuk petang ini,im annual leave today.Rileks sikit kepala dengan bebanan kerja,....

daaa...


thank you for reading this entry...appreciated :)

2 Comments

Thank you,come again :)

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post