Semalam,dapat satu panggilan hangit.Panggilan hangit ni bermaksud,tetiba customer call ko marah-marah ko.Hahaha aduii,lama dah i tinggalkan branch,i dah tak jaga ASB loan dah,tapi biasalah kan,kalau customer mengamuk kat branch,diorang tak boleh settle,dapat pulak customer yang sebelum ni buat loan dengan I,dengan selamba badak lah diorang bagi no i pada customer walaupun i dah cuci tangan dari branch tu.

 

 

So far i tak pernah lah kena melalak dengan customer,kalau ada pun miscommunication,bila orang lain explain lain,sampai kat I jadi lain.Sebab tu i lagi suka handle customer dari A-Z,bila orang lain refer,orang lain buat,sudahnya yang ada sign dan cop nama kat situlah yang kena.Bytheway sebab customer kurang hormat,call-call maki,i put down the phone,susah nak explain kalau orang main sembur je ni,cuba ada protokol dan professional,i nak juga tolong,bila ko jerit-jerit macam tu memang tak lah i nak tolong.

Tak pernahlah niat nak susahkan orang dalam bekerja ni,so far 100 customer i,99 semuanya berakhir jadi kawan,ada yang kawin jemput i,siap suruh i jadi emcee diorang kawin,yang ajak lunch,ajak breakfats,i ok je..dinner je tak boleh tau..nak juga dinner boleh je i angkut satu family i sekali.okk??



customer yang jadi kawan dapat anak update i,kadang jadikan i tempat bercerita juga,jadi follower di Facebook..jadi customer coway i juga.jadikan i pendengar masalah diorang.wahhh ok je kan,dengar masalah orang pun tarbiah untuk diri sendiri,jadi dalam 100 tu,tetiba ada 1 yang marah-marah,aduhai...i dah takde kat branch tu,tapi memang spoilkan mood juga lah...ermm mentang-mentang lepas raya,main bunga api banyak kot,cakap pun berapi-api..

Selain tu,ada juga readers dari blog ni yang bertanya,dalam email dan wassap,so far bila i ada masa i still jawab,InsyaALLAH,niat just silaturrahim dan nak dapat networking,Kadang-kadang mana yang email i tak dapat jawab,i minta maaf ya.antara conversation i dengan blog readers,seperti image diatas.Ada lagi yang wassap i lupa  save dah delete.

antara soalan mereka:

loan asb dah buat boleh batalkan ke?

sebenarnya sesetengah bank,takde contract untuk buat loan asb.tak macam personal loan,car loan or housing loan,nak tak nak bila dah amik kita kena habiskan bayar sampai habis principal,tapi asb berbeza,Ada bank letakkan contract 3 tahun,ada juga takde contract,kalau takde contract ni senang,maknanya boleh batalkan bila-bila masa sahaja.

kalau batalkan ada penalty tak?

ya,kalau anda batalkan dengan yang ada contract.Contohnya anda buat di bank M,contract 3 tahun,baru 2 tahun anda sudah batalkan,jadi ada penalty anda kena bayar dengan bank tersebut.

kalau ambik dengan bank yang takde contract,ada penalty juga tak?

kalau takde contract,tiada penalty dikenakan.Tapi awas!,anda kena jumpa mana-mana consultant untuk bertanya,samada loan anda ada package dengan insurance sekali atau tidak.

Kat sini anda jangan confuse,sesetengah bank wajibkan loan asb ada insurance sekali.Sebenarnya apa jua loan di Malaysia ni ada insurancenya,contohnya housing loan ada MRTA/MRTT,car loan ada insurance sama juga dengan ASB LOAN.Tujuan insurance untuk asb loan ni,jika berlakunya kematian pada anda,contohnya,anda amik 100k,tak sampai dua tahun anda buat bayaran anda meninggal dunia,ajal maut ditangan Tuhan kan,jadi waris anda boleh menerima 100k,cover from insurance.

Sebab itu sesetengah bank wajibkan insurance diambil sekali,sesetengah bank tidak.Mana bank yang tidak wajibkan,kalau anda tak nak insurance,anda kena bagitahu consultant,kalau tidak automatik loan anda diberi insurance.Ini bukanlah bertujuan diorang ni nak dapat commission lebat,untuk kebaikan customer juga.

Jadi bila loan anda ada insurance,tapi tak sampai 1 tahun anda sudah batalkan,jadi ada sikit amount insurance part ni anda kena clearkan,Yang ni anda kena check dengan banker sebelum cancel.Sebab tu walaupun bank tu takde contract,anda dinasihatkan,janganlah buat hari ni,6 bulan nak cancel,at least win-win situation.Bank pun ada admin cost kena cover and so on.sebab tu bila nak buat loan asb ni kena fikir banyak kali dulu.Boleh commit atau tidak.dan kena faham betul-betul,so far loan asb ni tak menyusahkan kalau anda tahu ukur baju dibadan sendiri.

kalau tak bayar kena blacklist ke?

Of course,kalau anda buat tak tahu je,contohnya ada tinggal balance dalam 100 pun part insurance tu anda tak clearkan,anda boleh disenaraikan dalam cch dan SAA,hati-hati,jadi jangan buat tak tahu dan kena amik tahu.jangan kalau dah kena disenarai hitamkan baru anda nak datang bank,marah-marah,cakap anda tak naklah,itu saya tak mintalah,semua anda nak keluarkan kata-kata,anda memang boleh bising-bising,tapi anda kena ingat,masa buat asb,thumb print dan signature pun anda yang sign kat form tanpa paksaan.sebab tu sebelum sign make sure fikir dan faham dulu.

kalau anda bising-bising dan complaint sana sini pun,end up tak dapat apa-apa,sebab anda dah pun buat and dah pun bayar ,mungkin ada yang dah amik dividennya.Jadi buat asb ni untuk anda menabung tapi akhirnya buat kepala anda sakit.Jangan sampai macam tu ya.

Nasihat saya untuk yang baru mula nak menabung dalam asb loan:

  • 1.Jangan niat nak cancel at least 2-3 tahun,simpanlah dulu,sabar.Kalau tak boleh commit pun,boleh rolling duit dividend.


  • 2.Amik ikut kemampuan,jangan tamak,Kalau boleh bayar 500 je sebulan,jangan amik yang kena commit 1000,nanti anda terdesak dan loan asb anda batalkan sedangkan baru buat 3 bulan.


  • 3.Survey dulu bank yang terbaik,yang ada promo rate dan tanyakan tentang package insurance sekali dan berapa exact bayaran termasuk insurance.


  • 4.Jangan tak amik insurance.Sebab anda tak tahu,malang tak berbau.Kalau boleh cari banker yang baik hati dan boleh tolong anda advised macam mana package yang terbaik.Katakan anda nak buat untuk berapa tahun sahaja dan nyatakan berapa anda boleh komit sebulan termasuk insurance
  •  5.Manabunglah dalam asb,kalau anda tak menabung bumiputra,siapa lagi nak menabung?Kalau tak mampu menabung banyak,mulakanlah dengan sikit-sikit.Asb loan pun boleh buat lebih dari satu sijil(loan asb),Buat sikit dulu,nanti dah ada bujet boleh tambah lagi.


Video tentang keuntungan buat loan asb berbanding simpanan biasa.

 

 



Appreciate your time reading this entry.Thank you,come again :)

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. Baguslah entry ni. And you're such a nice person kak, you're a good listener I guess, customer pun suka. All the best.

    ReplyDelete
  2. Biasa juga dapat call dari consumer minta legal advise tapi end up marah-marah..

    Tentang loan ASB ni agak menarik juga untuk simpanan tapi kena betul2 commit jangan hangat-hangat tahi ayam..

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing such a great info

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post