O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang


Sabtu,9 September 2017.

irda,family dan beberapa rakan blogger makan malam di O Thai Steamboat Restaurant,di Ampang.Tempat ini berdekatan dengan waterfront dan sebelum satay station.Ampang.
Kedudukannya betul-betul berdekatan dengan pembinaan highway yang sedang dibina tu.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang



Dulu nama restaurant ni Q THAI Steamboat&BBQ.Oleh sebab pengurusan lama sudah bertukar kepada pengurusan baru,nama restaurant ini ditukar kepada O THAI Steamboat restaurant dan dimiliki sepenuhnya oleh peniaga bumiputra.
Pemilik kedai masih mengekalkan citarasa thai food dalam menu mereka dan melakukan pelbagai penambahbaikkan daripada yang sebelum ini.

Pemilik baru O THAI Steamboat restaurant adalah husband and wife,husband bekerja sepenuhnya sebagai seorang doctor di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan isterinya pula merupakan jururawat sepenuh masa.Sekarang mereka adalah pemilik restaurant O THAI Steamboat.


O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang

Bahagian membuat air : tanpa berselindung di belakang pintu,  irda berkeyakinan untuk minum air bersih dan dimasak dengan baik.

Bila owner seorang pakar kesihatan.Sudah pastilah kebersihan dan kualiti makanan tidak perlu kita risaukan.Sebagaimana pekerjaan mereka,ia juga dititik beratkan dalam business F&B mereka.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Restoran ini juga pernah menjadi pilihan jalan-jalan cari makan TV3

Makanan yang dihidangkan nampak segar,seafood,daging dan ayam untuk digrill semuanya ditutup rapi dari mengelakkan sebarang pencemaran.Biasalah kan,bahan-bahan mentah kena lah jaga elok-elok untuk mengekalkan kesegaran dan enak di makan.




A post shared by Irda Garmin (@irdagarmin) on
 
Selain pergi dengan rakan-rakan,irda juga bawa family.Kami makan sampai kenyang dengan harga yang sangat berbaloi.Sebelum ni pernah juga makan steamboat pakai harga package,tapi di O Thai Steamboat waterfront ,Ampang dengan pilihan puluhan jenis seafood,ada sotong,udang,ketam,lala,kepah,ayam,daging,aneka jenis mee,sayur-sayuran,bebola dan pelbagai menu buat kami rambang mata memilih mana hendak dimakan dulu.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Menu tambahan dalam package




O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Pelbagai jenis pilihan sos untuk dicicah

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Rojak buah dengan kuah pencicah yang superb.Sekali dalam package.

Selain steamboat dan BBQ ,package yang kami makan juga adalah dengan 5 menu pilihan secara buffet,rojak buah dan aiskrim sebagai pencuci mulut,dan package ini termasuk juga dengan air minuman. 

harganya semua set itu adalah

 Dewasa: RM35
 Kanak-kanak :RM19


Steamboat dengan beraneka pilihan + 5 menu buffet+air+rojak buah-buahan+aiskrim



O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Harga package
 Harga sangat-sangat berbaloi dan kita pula makan sampai kenyang.Alya sampai tak larat bangun lepas makan.My little sis lagi lah,request"nextweek,kita datang lagi ya.".Amboi...



O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Seronoknye  budak-budak ni

Masa kitaorang datang petang tu,hujan renyai-renyai,suasana sejuk bagaikan di cameron highland.Dapat pula hirup sup dan kuah tom yam,perghh memang rasa nikmat sangat makan time tu,Makan santai bersama kawan-kawan dan family di hujung minggu ,sambil memandang rintikan air hujan sambil makan steamboat ,memang terbaik lah.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Berasap,kuah sup dan tom yam


Apalagi kalau dingin malam menyapa,korang mesti rasa nak makan yang panas-panas kan.Jomlah singgah ke O Thai Steamboat waterfront ,Ampang

Mana yang duduk ampang,cheras dan kuala lumpur ,senang sangat nak cari kedai ni.Lepas waterfront,melepasi lampu isyarat,lurus je pandu kenderaan sampai ke depan,sebelum satay station dah nampak dah O Thai Steamboat & BBQ.Kedudukannya betul-betul di tepi jalan sahaja.

Walaupun di berhadapan dengan restoran ada pembinaan highway,korang jangan risau boleh masuk ke kedai melalui bahagian depan atau bahagian belakang restoran.

Ruang parking pun tak susah,boleh parking tepi-tepi kedai,depan kedai  mahupun belakang kedai,banyak je parking  dan secara percuma pula tu.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Charcoal BBQ Buffet sedang dalam proses penyelenggaran.Soon,kedai ini  akan lengkap dengan charcoal BBQ Buffet.

Restaurant ini boleh menampung hingga 300 /pax.Selain ruang bawah,terdapat juga ruang atas jika dibawah penuh.Jika korang nak buat majlis keramaian seperti gathering ke,birthday party ke,boleh je minta ruang atas jika inginkan lebih privacy.

Kemudahan seperti toilet  juga disediakan.WIFI pun ada.Paling penting ada surau.Jadi kalau tengah makan dah masuk waktu,boleh berhenti dulu,solat dan sambut lagi makan sampai kenyang.


Selain steamboat dan BBQ.Restoran ini juga menyediakan menu goreng-goreng.
Masakan ala-ala Thai dari chef yang berpengalaman.Cuma harganya tidak termasuk dengan package yang tadi ya.Boleh refer pada menu yang disediakan.

O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Sebahagian menu yang disediakan.



Keseluruhan restoran irda boleh bagi 5 STAR.

8 Sebab utamanya seperti gambaran diatas,disini irda ringkaskan sekali lagi apa yang best sangat pasal o thai steamboat waterfront,Ampang.


1.Harga yang murah berbanding mana-mana restoran steamboat area Ampang-Kuala Lumpur.

2.Pelbagai pilihan buat kita rambang mata dan boleh makan sampai kenyang tanpa caj tambahan.
3.Servis yang terbaik dengan staf yang ramah terasa kita welcome sangat.

4.Staff yang dedikasi,tak perlu tunggu lama nak ambil order,walaupun ramai orang tetap senyum dan cepat je apa yang kita order sampai.

5.Kemudahan WIFI,parking yang luas,surau untuk pelanggan muslim juga menjadikan restoran ini tempat yang sesuai sebagai tempat makan bersama keluarga dan kawan-kawan.

6.Gandingan pencuci mulut seperti rojak buah-buahan dan aiskrim termasuk dalam package membuat sedikit teruja kerana pilihannya sangat banyak.

7.,bila irda observe pekerjanya adalah anak-anak muda melayu dan bukannya foreigner.Jadi rasa selesa makan di restoran itu.

8.Tidak meragui kebersihan kerana pemilik restoran sendiri sentiasa QC restaurant,staff dan kualiti makanan sebelum dihidangkan.Ye lah pemiliknya kan seorang doctor.
O THAI Steamboat Restaurant,waterfront Ampang
Happy tummy,happy me.:)

Bila irda cuba sekali,confirm irda akan datang lagi.dan jadikan O Thai Steamboat ini tempat makan  kami di hujung minggu.

Readers yang nak info lebih lanjut tentang O Thai Steamboat Restaurant ni:Boleh terjah laman sosial pemiliknya:


FB : https://www.facebook.com/sharifah hanani

instagram :https://www.instagram.com/ mummysyasya

Page : https://www.facebook.com/o thai steamboat waterfron
t


    atau call no: 013-3112277



Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. lamanyaaa busyra tak makan steamboat akakkkk.. sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  2. sedap sedap must try. next time boleh lepak sini lagi kan dear

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok..dah lama tak makan steamboat. btw luqman follow sini jgk yer. selamat berblogging :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post