Pernah baca entry irda tentang PRS(Private Retirement Scheme)?Kalau belum boleh singgah disini ya :

[Usia bawah 30 tahun jom dapatkan duit dari kerajaan RM1000]

[PRS info]

atau boleh juga baca entry ini:

[youth incentive]

Semua entry ini adalah penulisan santai irda untuk berkongsi ilmu dengan public.PRS sebenarnya masih baru ketika ini di pasaran perbankan.Apabila ia diperkenalkan,sehingga kini masih belum semua bank di Malaysia yang mempunyai scheme PRS.

Alhamdulilah,irda lulus exam PRS ni sekali exam.Boss irda 2x,exboss sorang lagi 3x dan ada juga colleague irda sampai 8x amik exam ni baru pass.Mungkin mereka tiada masa untuk menelaah sebelum exam.Irda pula siap amik cuti sehari sebelum exam PRS.Sebab terasa sayang knowledge yang ada dan irda juga ada lesen PRS,jadi irda jadikan blog sebagai medan ilmu pengetahuan untuk perkongsian info tentang PRS.Tak semua orang tahu tentang PRS dan tak semua orang  sudi nak ambil tahu tentang PRS.

Sedangkan loan asb sahaja pun tak ramai yang buat walaupun agihan dividend setiap tahun dapat.Prs pula hanya boleh redeem apabila umur semakin meningkat,silap haribulan untuk menikmatinya tak sempat ,Almaklum namanya sahaja scheme persaraan,dah confirm dah tua baru boleh menikmatinya.Pasti rata-rata mengatakan,biar sahajalah EPF yang sudah ada.

Itu sebenarnya persepsi negatif sahaja.Laporan akhbar tempatan,pernah menyebut.Wang EPF yang dikeluarkan apabila 55 tahun selalunya bertahan sekitar 3-5 tahun sahaja selepas ia dikeluarkan.Bayangkan, purata penduduk malaysia lelaki adalah sampai 70 tahun
tahun manakala wanitanya pula 75 tahun.(akhbar berbahasa melayu :21.05.2014)


Akhbar berbahasa inggeris tahun 2017

Kalau umur 58 tahun wang EPF dah habis licin,takkan hidup nak bekerja balik kan?Kalau dapat anak-anak yang membalas jasa,ya Alhamdulilah,kalau tidak?menangis lah kita ditepi bucu,usia tua patutnya kita hanya dimasjid,tapi kita bersedih poket tak berduit.Jadi dengan adanya PRS ia ibarat tambahan untuk simpanan hari tua.Kalau EPF ibarat menyediakan payung sebelum hujan,PRS adalah "baju hujan"yang melengkapi perlindungan diri dari tempiasnya hujan. :)...perumpamaan  terbaru dari irda :)hehe

Melalui perkongsian tentang PRS dalam entri sebelum ini , walaupun irda tidak lagi bekerja di bank cimb,dengan lesen yang ada,irda masih boleh submit client dan attend client.Alhamdulilah,tak sangka ada seorang customer dari Petaling Jaya berminat untuk sign up PRS.Dia contact irda bulan june tapi irda hanya berjaya jumpa dan sign up form bulan september,sebab menunggu proses transfer lesen irda dari bank .Walaupun ambil masa,terharu pula rasanya aemi dari Petaling Jaya ni sanggup tunggu irda.

Sebenarnya boleh je cik aemi datang terus ke branch cimb atau mana-mana bank yang ada PRS kan,tapi aemi setia menunggu irda contact dia balik.

Irda pun walaupun sibuk dengan kerja lain,orang dah tunggu berbulan untuk sign up kan,lepas je transfer licence PRS berjaya,terus pagi-pagi irda dah pecut ke Petaling Jaya jumpa aemi di tempat kerjanya.Hari tu juga sign up dan sempat juga irda tanya-tanya kot-kot boleh buat corporate talk tentang PRS di tempat kerjanya kan,so boleh irda handle satu bangunan terus.marketing irda tak pernah berhenti untuk seorang hokay..ngehngeh

Nasihat mantan perdana menteri


Apapun,marketing di blog ni pun kadang-kadang irda tak terlayan whatsapp uols,tapi insyaALLAH sebagai consultant kewangan.Irda memang akan peruntukkan masa bila ada yang nak info lebih lanjut.Mulakan menyimpan dalam PRS dari sekarang.Paling minimum boleh simpan pun RM100 sahaja tau.

Kalau RM100 tu bawa ke butik neelofa,5 minit je habis dapatlah tudung sehelai kan?.Kalau simpan sikit-sikit lama -lama jadi bukit.Ingat pakailah seadanya,jangan membeli banyak-banyak sudahnya ia jadi kain buruk dalam almari,khususnya wanita kalau ada duit lebihan dari pemberian suami,fikir masa depan,fikir hari tua,mulakan menyimpan dari sekarang ya.

Irda pun dah ada dua akaun PRS.Mula-mula tujuannya untuk claim income tax ,tapi sebenarnya sebelum ajak orang menabung dalam PRS.irda lah kena ada dulu akaun ni kan.Alhamdulilah dah 3 tahun pun menyimpan dalam PRS.

Ok uols,thats all for this week.

6.20am pagi isnin.30/10/2017-Kita semakin sampai ke penghujung bulan october?Apakah pencapaian kita untuk bulan ini?semak-semak diari kehidupan ya.

Monday blues?I never have monday blues.bagi IRDA setiap hari adalah hari yang cemerlang.Kalau terlalu lama cuti boleh sakit-sakit satu badan.Jom bergerak aktif minggu ini ,haa jangan lupa apa jua yang kita buat pastikan ada manfaatnya pada orang lain.

Duit dicari akan habis,budi diberi akan menjadi ingatan.Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.dan jangan mati dalam kesusahan,dan jangan pula kita mati meninggalkan hutang,mulakan struktur kewangan sihat dari sekarang.

.daaa..


Selamat berpuasa to me,petang nanti nak buka kat mana eh..rasanya perjalanan agak panjang hari ini,maybe tak sempat berbuka di rumah.Ermm..oklah stop mumbling irda..


Appreciate your time reading this entry.

10 Comments

Thank you,come again :)

  1. Alhamdulillah terus berkongsi ilmu ya Irda...dibidang Irda banyak yang boleh dikongsi untuk dijadikan panduan dan peringatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak..moga sentiasa manfaat kita bersama

      Delete
  2. soalan tu buat I berfikir kejap. Apa pencapaian I dalam bulan ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bee....u always the best mama tau...hehe

      Delete
  3. PRS ni mmg bagus utk kembangkan lg duit akaun EPF Kita. Mama pun Ada buat juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah ...mama dah buat..anything boleh tambah saving dgn irda juga tau..hehe

      Delete
  4. Artikel ini membuatkan GV terfikir masa tua nanti. Monday blues mmg ada dalam diari GV selama ini tapi bila baca artikel ini GV rasa GV tidak menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Good artile kak irda. Btw, done follow blog akak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah..nanti boleh lah berjinak2 saving ya..boleh roger2 kak irda anytime
      .hehe

      Delete
  5. Ain baru tahu pasal PRS ni Irda. Untuk 30 tahun ke bawah saja ka? Ain dah masuk geng 3 series ni. Hihihi. By the way, tweeter Tun M tu betul2 rasa tertikam lah. Ada jgak menyimpan. Tapi sampai masa emergency, terpaksa gunakan,duit simpnanan tu. 🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ain...heheh...aah utk dptkan 1k dr gomen tu kena bawah 30 years..tp abive 30tahun banyak je saving lain ain boleh buat...nanti boleh je pm or wassap2 irda ya..insyaAllah free consult..;)..hehe

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post