"Ok saya amik sis kat rumah ya,jom pergi tanjung Malim,Perak,kita door to door marketing disana?"..
Me?First excited lah juga sebab dilayan bagaikan puteri,diambil di rumah .Kedua,jalan-jalan ke Tanjung Malim yang mana drivernya of courselah Fadly lepas tu I akan duduk belakang borak sakan.
Door to door??ermm rasanya tak pernah buat lagi marketing macam ni.Ketuk rumah orang lepas tu bagi salam,adalah satu benda yang ku tak gemar sebenarnya,sebab kalau kena kat diri sendiri orang tak dikenali mengetuk rumah,seriuss I diam je bagaikan mati dalam rumah...Sebab pertama..malas nak layan,sebab ke dua,i takut kan orang jahat nak culik ..I kan masih boleh tahap boleh dijual lagi.kekeke...ke-3 kan kalau orang tu nak jual perfume sembur dan i pengsan,kan bahaya tu,kan diorang berjemaah masuk dalam rumah jadikan i lauk santapan tengah hari,,,kan bahaya tu..Mind set ni dah setting begitu menyebabkan amatlah sukar orang tak dikenali hendak dijawab salamnya,walaupun hakikatnya menjawab salam itu adalah wajib...ish ish
Kami berkumpul di tol jalan duta sebelum meneruskan perjalanan.Hajat di hati nak berhenti breakfast di RnR Sungai Buloh.Tapi pagi sabtu 7 october 2017,entah mengapa food court di RnR begitu sesak.Sudahnya kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim tanpa sarapan disitu.
Terasa perjalann tidaklah lama sangat,perjalanan pun lancar je,tak lah jauh mana rupanya tanjung malim dari Kuala Lumpur.Teringat seorang kawan di cimb dulu ada yang tinggal di Tanjung Malim,hari-hari berulang alik kerja di KL.Rupanya tak jauh mana pun rasanya,tapi kalau hari-hari travel ulang alik ke Kl kerja disana tinggal di Tanjung Malim,rasanya macam diriku tak mampu melakukannya..
Samada kerana Fadly bawa kereta ala-ala drift atau kerana tak perasan masa berlalu kerana terlalu banyak topik hendak dibualkan,tanpa perasan sudahpun sampai di Perak.
Berhenti sarapan di Tanjung Malim,hanya kereta Fadly yang singgah.7 buah kereta lagi semuanya meneruskan perjalanan ke Felda .Hemm diorang ni tak lapar ke?Memang diorang ni hardcore lah,semangat yang tinggi,belum sarapan terus semangat mencari sales.
Kami berlima,kak riena,kak nurul,cik ida & Fadly sarapan santai di sebuah gerai melayu di tepi jalan.Actually i kat rumah tadi dah kenyang makan nasi lauk asam pedas mak masak.Huhu,pagi-pagi telan nasi,jadi kat kedai ni makan kuih dan air nescafe panas sahaja.
Sebelum meneruskan perjalanan,sempat jugalah buat promosi di kedai makan ni.Makcik owner kedai ni siap nak ambik dah satu,eeh sampai anak bujang dia,tak jadi pula
"Buat apa mak,hutang-hutang,tak payahlah..."katanya pada emaknya yang hendak sign form.
Amboii,,kalau tak nak mak berhutang,ekau lah belikan jang oi,beli kan cash untuk mak,kesian lah mak tu dah lah jaga anak ekau,masak air lagi,apa daa..tapi tetap positif,anggap je bukan rezeki.Perjalanan di teruskan.
ada semangat lagi bagi :peace"walaupun mata silau dek cahaya matahari pagi |
Sempat Fadly bungkuskan 30 keping roti canai untuk anak-anak buahnya yang belum sarapan.Such a good leader..terkial-kial akak tu bungkus 30 keping dan 30 bungkus kuah dal.Siapa tah suruh kakak tu bungkus asing..huhu,yang kat belakang tu kuasa wanita digunakan untuk menebar roti canai.
First rumah kami pergi,abang ni tengah bersantai atas pondok kecil di laman rumahnya.Isteri tengah urus anak dan kemas rumah. "haa pergi borak ngan suami saya kat luar tu,saya tengah busy ni!"..kata u lain isterinya.
Orang perempuan kan,siang malam pagi petang sibuk.Kalau yang bekerja,hujung minggu sibuk urus rumah dan kemas rumah pula.Kesian akak tu,bertabahlah ya kak,besar pahala isteri tu.Sebab tu rasullulah kata wanita ni mudah je nak masuk syurga,dan paling ramai pula yang masuk neraka..ok,,topik tu irda ulas next time!
Abang ni tak sudi pun nak ambil flyers kitaorang,katanya dah ada,penapis air,Tapi bukan coway lah,jenama lain.Tiada servis,dan dah lama tak servis pun.Alaa bang,beli penapis air kalau tak servis air tu dah tak ditapis dah tu.Abang ni mungkin terkejut kot 4 orang terjah dia..hahah...
"takpelah ,saya pun kerja kat syarikat tali air..tak perlu kot"
Me "Ok bang,terima kasih,tapi kan bang,syarikat tali air tak provide penapis air bang.Yang ni kita penapis air siap ada air alkali lagi.Air alkali ni dah lah baik untuk orang berusia lebih dari 40 tahun macam abang supaya tetap gagah dan awet muda,ambiklah flyers ni bang,nanti leh tengok-tengok,takpe,,ambil flyers tak kena bayar pun,hari ni maybe abang rasa tak pelu,esok-esok tak tau,nanti dah teringin nak beli,hubungi kami ya".
kami bagi salam ..dan meneruskan perjalanan.
Felda soeharto,tanya juga dengan penduduk kampung kenapa namanya soeharto,ooo dulu namanya kampung dusun,ia ditukar nama kepada soeharto,sebab presiden indonesia soeharto pernah melawat felda ni dulu..
Ada juga rumah kami pergi,ada pekerja dari Indonesia yang menetap disitu untuk bekerja dan diberi tempat tinggal.
"Maaf dik,saya tak mampu beli ini,soalnya kalau ada kerja baru ada gaji,kalau gak ada ya gak ada gaji,lagipun saya bukan orang sini dik,,,,nanti saya mahu pulang"
Me "OWH,ok kak,ok bang,,jangan cakap tak mampu tak baik tau,duit tu sebenarnya ada je,saya pun orang susah ni bang,ni cari rumah ke rumah orang nak beli coway ni"..ayat pujukan..
Lepastu baru nak goreng sikit bagi ayat penyedap,Fadly dengan Honda HRV dah round-round area tu nak ambik kami hantar kawasan lain,almaklum i jalan kaki kalau cuaca dah panas,tak larat,sudahnya fadly jadi uber kami dari satu kawasan ke satu kawasan..
"orang susah malah jualan pakai kereta mahal ya"I dengar diorang mumbling each other..Hahah.
".Oklah bang,permisi dulu ya,kerja yang benar ya,kumpul uwang buat orang diseberang tau//Ok daa."
malas dah I nak sambung ayat pujukan tadi.Fadly potonglah...
Dapat buah free .Bolehlah hilang dahaga. |
Beberapa rumah i pergi,semuanya tak berjaya..antara ayat-ayat diorang,ada juga yang diberi salam,keras je dalam rumah.I memang gelak kan diri sendiri dan say "padan muka"what u give u get back,bukan i pun macam tu ke?
Kami:"Bang,,o bang,assalammualaikum,kami syarikat coway datang nak buat survey,air abang kat rumah ni macam mana.ok tak?"
Customer A:"Awak pergilah ke jabatan saluran air tu buat survey,buat apa datang sini,kalau dari sana kata air tak bersih,maknanya semua kat kampung ni tak bersihlah,:.."
ermm..betul juga tu apa abang tu cakap,apaa daa irda ayat marketing ko tak kena..kahakah..kan dah kena sound ngan abang tu..
Kami"Assalammualaikum...kak o kak,assalammualaikum,assalammualaikum,assalammualaikum..lebih dari 8x..tak berjawab"sudah-sudahlah tu irda..
Customer B:Keleting,keleting dengar bunyi pinggan dan sudu bersatu sedang mencedok makanan,tengah makan rupanya..hahaha.sampai hati akak tak nak jawab salam saya...:)
Kami"Assalammualaikum makcik,makcik kami dari syarikat penapis air No 1 di Malaysia,nak tanya makcik..blablaabla..
Customer:Makcik nak masak ikan ni,makcik tengah buat kuih ni,,eeh jangan takpe makcik nak siap-siap pergi kenduri ni,maaflah ya...
..........................................................................................................................................................
Penolakan demi penolakan dengan cuaca yang semakin panas,buat i termenung sekejap,alangkah sukarnya mencari rezeki diluar rupanya.Selalunya i buat talk di corporate talk,booth di tempat berhawa dingin atau hanya sekedar mengarah orang di office,baru i sedar betapa setiap sesuatu itu untuk kita hargainya.Pengalaman pertama ini sebenarnya mengajar i banyak perkara.Tapi bukanlah melunturkan semangat.
I kalau pakai spek memang macam nenek-nenek sikit,sajalah nak mirror dengan pakcik ni. |
Pakcik ni berusia 75 tahun,orang Felda kan,kerja kampung,masih kuat.Sudah kematian isteri,dan tinggal dengan anak bujangnya berusia 30 tahun yang tidak bekerja sejak kemalangan anaknya OKU.Lama juga kami bersembang dengan pakcik ni,sebab pertama i rasa macam kesian,dia adalah peneroka felda ini.Melihat keadaan rumahnya entahlah..ada satu perasaan hiba...Dah lah pakcik tu kesunyian sorang-sorang,kalau lah ada janda yang baya pakcik ni,i jodohkan je diorang ni..huuuu jau benau tau kalau i berfikir..
Pakcik ni kelihatannya gembira nak borak dengan kami,Mungkin sebab diapun kesunyian.I pun bukanlah nak jual coway sangat dengan pakcik ni,lebih kepada soal selidik.
Tahu agaknya kami haus,pakcik ni memang ada buat air daun ,ntah air apa,macam untuk ubat macam tu,ubat kampung,Kami dihidangkan dengan air tu,yang pastinya bukan air daun ketum le..sebab pakcik tu ada tunjuk pokok dia,,lupa i nak catit nama pokok tu,pakcik tu kata elok untuk kolesterol dan kencing manis..Pakcik ni petik buah-buahan depan laman rumahnya ,siap petik ulama-ulaman untuk kami bawa balik KL.I yang bukan penggemar ulam-ulaman apalagi daun-daun herba ni,
"Sedapnya pakcik,,,woow segarnya,rasa enak sangat ni.Patutlah pakcik nampak sihat dan kuat,minum air sihat rupanya,tak macam kami hari-hari air bikarbonat.nasib ada air coway juga(Ini ayat taboo hokey)"Bohong sunat menyedapkan hati orang tua..i cuma cecah air tu ke bibir tanpa meminumnya..huhu
Dia juga berkongsi banyak petua untuk kesihatan.Siap bagi sebotol air buah mengkudu yang siap di kisar untuk bapa kak riena yang kena strok.Wahh terima kasih pakcik.
Nampak tak?sebenarnya irda seronok walaupun tak dapat sales,I seronok sebab setiap perkara yang kita lalui itu adalah sebuah pengalaman,bercerita dengan orang,berkongsi kisah silam,dan menjadi pendengar,mengeratkan silaturrahim dengan orang kampung kadang-kadang itu adalah sebuah pengalaman yang akan disimpan.Dapat sales,kita dapat duit,duit tu akan habis,Dapat pengalaman,itu adalah ilmu,jika digunakan ia maslahat sepanjang kehidupan.
Close sales depan pintu |
close sale |
close sale |
close sale |
ketuk lagi rumah orang |
Kakak ni dah pakai penapis air coway Neo |
Mereka dah sakit kaki,kesiannya,nampak usaha keras mereka.Yang dua orang tenga cari duit nak kahwin ,alhamdulilah so far setiap bulan duit gaji mereka melebih RM10K,walaupun mereka sempoi macam ni,yang penting mereka ada vision dengan apa yang mereka lakukan..Bagus semangat orang muda.
Ketiak dah hangit,peluh dah membasahi belakang badan,tudung pun dah senget benget,perut pun boleh tahan berbunyi cengkerik.Nasib tadi pagi Fadly ada bungkus roti canai 30 keping..Apalagi kami bersantap disebuah pondok ramai-ramai.Bayangkan roti canai yang hanya harga RM1 yang selalu dimakan ,kali ni rasa dia lebih sedap dari biasa.Apalagi satu bungkus kami kongsi bersama,habis 3 keping tau...
Sebenarnya bukan roti canai tu yang sedap sangat,tapi momen terindah ketika itu.
Walaupun tak dapat sales untuk hari itu,irda dapat sebuah pengalaman masuk kampung orang.Dapat berjumpa orang dengan 1001 cerita,I sedang melihat pelbagai karakter manusia,ia juga menerbitkan kesedaran dan mewujudkan rasa syukur dengan setiap nikmat pemberian Tuhan.
Suasana kampung,rumah yang dekat-dekat,terfikir kalau raya mesti meriah sebab setiap kawasan rumah diorang itulah saudara itulah jiran.Kalau buruk cepat diketahui,kalau baiknya cepat dikongsi.Bagi Irda orang Felda ni kaya sebenarnya,cuma ia perlukan generasi yang bijak dalam mengurus harta kekayaannya.Semuanya akan terjaga kelak..
Baru irda ketahui,ada juga orang felda dulunya peneroka,ada yang tidak lagi bekerja masih menerima wang bulanan mengikut hasil tanaman.Pakcik tadi yang bagi kami air untuk hilangkan dahaga tu je katanya paling sedikit bolehlah dapat RM800,tengok hasil pokok katanya.
Ratu ais... |
Selepas menunaikan solat zohor |
Masing-masing terbaring melepaskan lelah lepas menunaikan solat zohor di sebuah surau.Ada yang nak sambung door to door lepas zohor ada yang nak baring dulu.
Me?Hanya bersiap-siap untuk balik Kuala Lumpur,rindu anak pula rasanya.Hehe,lagipun i memang alergic panas..cukuplah pengalaman setengah hari jelajah Felda Soeharto,Perak .Next week mereka ke Felda Bahau pula...Moga sukses selalu konspirasi group coway.
Buat Konspirasi Coway,diulang untuk kesekian kalinya..
"Allah suka orang yang rajin berusaha,kadang-kadang dosa kita bukan
sahaja dicuci dengan taubat,dan solat,tapi berusaha bersungguh-sungguh
dalam.mencari rezeki juga adalah salah satu penghapus dosa-dosa"
Dan mencari rezeki bersungguh-sungguh tapi tak solat ibarat kita mengumpul air dalam baldi yang tiris..
Sesungguhnya solat bukan sahaja untuk bermohon 1001 hajat,tapi tempat kita meluahkan resah dan gelisah,tempat kita mengadu sendu dan pilu.. mengharap sejuta kasih sayang ALLAH agar setiap usaha kita dipermudahkan jalannya.
Kegagalan adalah hal yang biasa. Kegagalan bukan berarti Tuhan menghukummu, namun Tuhan hanya mengarahkanmu kembali. Sukses bererti melakukan yg terbaik yang kita bisa dengan apa yang kita miliki. Bukan dengan menginginkan apa yg orang lain miliki.
Ketika kehidupan tidak kamu jalani dengan penuh kesungguhan, maka kamu akan
menjalaninya dengan penuh kelemahan.
Syukurilah kesulitan. Karena terkadang kesulitan mengantar kita pada hasil
yang lebih baik dari apa yang kita bayangkan.
Ketika kamu telah melakukan yang terbaik yang kamu bisa, maka kegagalan
bukan sesuatu yang harus disesalkan. Jadikanlah pelajaran
- Jangan pernah mengeluh atas kekuranganmu, karena kekurangan mengingatkanmu untuk terus mencari kekuatan yg ada dalam dirimu.
- Kegagalan adalah cara Tuhan mengajarkan kamu tentang pantang menyerah, kesabaran, kerja keras dan percaya diri.
- Jangan menyerah atas hal yg kamu anggap benar meskipun terlihat mustahil. Selama ada kemauan, Tuhan kan berikan jalan.
- Jangan jadikan kesalahan sebagai sebuah alasan, karena seharusnya ia menjadi motivasimu tuk terus melangkah ke depan.
- Yg membezakan antara Pemenang dgn pecundang adalah bagaimana seseorang Bereaksi terhadap setiap perubahan Takdirnya.
- (sharing motivation quote dari pembacaan)
Thats all for this week,insyaALLAH cuba satu entry satu minggu..
Banker,Trusted consultant,entrepreneur,coway agent,blogger,travel agent,-menjadikan hidup seawal 5am-12 pm,tak pernah habis dengan kerja..
Nasihat seorang mentor ,orang berjaya itu bangunnya awal,tidurnya lambat,sesaat amat dihargainya..
InsyaAllah..daaaaa...
Appreciate your time reading this entry.
Usaha hebat.
ReplyDeleteAllah menjanjikan rezeki kepada orang yang rajin berusaha.
macam-macam nama felda ni ya. saya selalu jumpa felda kg new zealand, dan banyak lagi alik2 pantai timur ni
ReplyDeleteSeronok baca cerita santai irda ni.
ReplyDeleteSetuju.. Orang yang berusaha pasti berjaya..
ReplyDeletesuka aktiviti mmcm ni... bkn takat dpt timba pengalaman shj tp jg dpt meningkatkan ukhwah sesama saudara seagama
ReplyDeleteKat bandar ni kalau orang jual dari tumah ke rumah memang tak dpt maduk. Pagar oun tak bukak.
ReplyDeleteSama juga kalau ada iklan masuk ke email kita. Kita tsrus delete je. Saya rasa kebanyakan orang buat mcm tu.
GV kagum ngan kak Irda. Ketabahan dan fikiran positif kak Irda sangat hebat. GV doakan semoga kak Irda sekeluarga dimurahkan rezeki. InsyaAllah. Aamin. Produk coway mmg bermutu dan bagus. Usaha tangga kejayaan. Chaiyokkk kak. :)
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)