Sabtu 23 September 2017,Irda dapat jemputan dari Antenna Entertainments untuk menonton tayangan perdana movie RAFATHAR.Keterujaan untuk menonton bersama keluarga menyebabkan irda excited juga nak ke panggung.
Walaupun pagi tu irda ada training di Zest Poing,Puchong untuk syariah investment new fund. Movie pula ditayangkan pukul 3pm,bayangkan habis training dengan tak sempat lunchnya,irda berkejar ke E-curve,damansara sebab family dah tunggu disana.
pagi pun belum sempat sarapan sebab dah lambat nak pergi training,dahlah datang lambat,balik pula terawal,tak sempat dengar ucapan penutup dari trainer,sorry kak nadia!.huhu.,janji dengan adik-adik punya pasal,lupakan perut yang sedang menyanyi lagu senandung,Sempat pesan dengan diorang tabaukan roti dan air untuk di makan sebelum masuk panggung.
Mula-mula tu takde lah excited sangat nak tengok movie ni.Dalam hati bila tengok billboard cerita apalah ni,robot budak-budak ke atau kartun ni.Tetapi sebab excited nak bawa family je,apalagi ini jemputan tayangan perdana kan.Jadi, irda pun layan je lah.Lagipun bila tayangan perdana,dapat jumpa barisan pelakon sekali kan.Best juga tu...
RAFATHAR:MOVIE YANG MENCUIT HATI
Rupanya movie RAFATHAR bukan cerita kartun,atau cerita robot,tapi ini adalah cerita komedi-keluarga dari seberang(Indonesian Movie),yang memang sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.Ada unsur humor,kekeluargaan dan kasih sayang .Dalam movie ini mengisahkan "super kid",iaitu RAFATHAR yang mempunyai kuasa unik dan merupakan anak angkat kepada pasangan kaya yang tidak mempunyai anak.Penggunaan teknologi canggih animasi CGI menjadikan filem ini nampak sangat realistik dan ada adengan yang buat kita kecut perut menontonnya.
Kisahnya bermula apabila RAFATHAR diculik oleh dua orang penjenayah yang sengal-sengal ayam,hehe,kenapa sengal-sengal ayam?sebab diorang ni bukan penjenayah jahat,tapi penjenayah kelakar yang diupah oleh sepasukan penjenayah tahap antarabangsa.
Bermula episod yang mencuit hati apabila mereka berjaya menculik RAFATHAR dan akhirnya mereka juga yang menyelamatkan RAFATHAR.Kenapa boleh begitu?haaa jangan lupa saksikan ya...
BARISAN PELAKON TERBAIK..
Dalam movie ini,bintang utama,RAFATHAR dan nama sebenar adalah RAFATHAR adalah anak kepada RAFFI AHMAD(Raffi dalam movie ini adalah penjenayah yang menculik RAFATHAR bernama Johnny GOLD).Ibu RAFATHAR ,Nagita iaitu isteri kepada RAFFI AHMAD dalam filem ini menjadi polwan(polis wanita)yang memburu Johnny gold dan rakannya.
Uniknya movie ini juga mengundang artis cantik tanah air kita FAZURA sebagai pelakon tambahan memegang watak ibu angkat kepada RAFATHAR.
Haa ...dalam movie ini bila kita dengar slang jakarta fazura,sibijik dan sama,kalau kita tak kenal fazura,mesti kita ingat fazura asli dari pelakon seberang.
RAFATHAR BERMULA 28 SEPTEMBER 2017
Movie ini sudah mula ditayangkan sejak 28 september yang lalu,hari ini 1 october maknanya sudah 4 hari di pawagam,irda je lambat sharing.
Tapi uols,tak terlambat lagi jika ingin menonton movie ini bersama keluarga,gerenti tak kering gusi dan sangat terhibur dengan movie ini.
Dalam movie ini,irda sebagai penonton merasakan walaupun RAFATHAR masih kecil,dia mungkin tidak faham aksinya dirakam dan dijadikan sebuah movie.Kerana semua wataknya menjadi dan bukan diada-adakan.paling cute masa dia nampak seorang gadis kecil di mall yang sebayanya,bukan main dia follow je budak tu.
Tahniah Raffi dan Nagina,kasih sayang kedua orang tua RAFATHAR telah menjadikan movie RAFATHAR ini sebagai hasil karya yang mengagumkan.Wajib ditonton untuk anda semua.
Terima kasih Atenna Entertainment atas jemputan tayangan perdana movie RAFATHAR tempoh hari.Ternyata irda tidak menyesal terkejar-kejar dalam kesibukan harian untuk menonton bersama keluarga.
Melihat gelak ketawa alya dan adik-adik,hilang penat bila mereka sangat enjoy movie RAFATHAR.Ternyata watak RAFATHAR yang bersahaja telah mencuit hati kami sekeluarga..
Jom uols,bawa keluarga anda ke panggung sekarang dan saksikan sendiri aksi RAFATHAR di dalam movie RAFATHAR .
Ok ,daa....
Appreciate your time reading this entry.
Saya cerita macm tu memang tengok. Tapi kalau film cinta saya tak minat. Film hindustan lagilah saya tak tengok sebab tak ada film dia yg tak bercinta.
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)