18 November 2017,Air asia  telah meraikan hari kanak-kanak di KidZania Kuala Lumpur.Hari tu berpeluang mencuri masa untuk pergi ke KidZania membawa alya dan sepupunya untuk meraikan hari kanak-kanak bersama AirAsia.

 Masa event tu,banyak program menarik disediakan oleh Airasia dan Kidzania untuk meraikan kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

Kanak -kanak diberikan pengalaman bagaimana "shine like an Allstar", a name given to AirAsia staff.

Kanak-kanak juga diberi peluang merasai aktiviti seperti menjadi chef dalam menyediakan pizza iaitu salah satu menu wajib yang ada di dalam penerbangan AirAsia .Kanak-kanak juga diajar to be well-groomed and confident  dengan senyuman pada wajah mereka like AirAsia's award-winning cabin crew  .Ada grooming session tau untuk kanak-kanak pada hari itu.


 Head of Commercial for AirAsia, Spencer Lee said, 

We are truly privileged to be a part of this event to celebrate children and I would like to thank our partner, KidZania Kuala Lumpur for making this special occasion possible on International Children’s Day. It is most gratifying for us at AirAsia to see smiles light up on the children's faces as they look forward to becoming our very own little Allstars. This is also an opportunity for us to take time off from our busy schedules to ensure that our children can grow up in a safe, innovative and enriching environment, such as what KidZania offers.”

 Mayor of KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad
 
 said, “We are delighted to be involved in this initiative to celebrate children, the core reason of our existence. At KidZania Kuala Lumpur, we always look forward to meaningful collaboration that inculcates great values and enriches the experience for kids. We do hope to see more collaboration that would contribute to educate our future generation such as this initiative with more forward thinking partner like AirAsia Berhad.”

Penampilan Ejen Ali juga memeriahkan majlis hari itu,Ejen Ali fans who present the Ejen Ali Lil’ Star Combo packaging available on AirAsia Malaysia (airline code AK) and AirAsia X Malaysia (D7) flights at the KidZania sales counter can also enjoy 30% off the KidZania Kuala Lumpur entrance fee.



Wow,nak masuk dalam KidZania,ada lalun untuk boarding pass checking tau,jangan main-main.Siap ada crew AirAsia yang bertugas penuh dedikasi dan ramah.Anak-anak semua teruja lah tu,ingat macam nak naik flight.Terbang ke dunia mereka.



Bila sebut KidZania,mama alya yang terlebih excited.Ye lah,dulu zaman kanak-kanak kita,paling hebat pun main polis-polis,main konda-kondi,main sorok-sorok,main teng teng,main guli,ingat lagi mak den marah keje asyik main kat luar je.Dulu kecik-kecik kawan dengan budak laki,badan pula sekeping,rambut pendek,sudahnya tak nampak beza laki dan pompuan dah.comot,masyam dan seerti dengannya.


Berada dalam KidZania seperti dalam dunia kanak-kanak yang serba lengkap.Ada store,ada hospital,ada bank,ada pejabat-pejabat kerajaan dan mini studio.Yang penting senang cerita ini dunia mereka seperti kehidupan orang dewasa.

Masa nak masuk ,setiap kanak-kanak akan dibekalkan dengan wang.Wang tersebut boleh dimasukkan dalam bank .Ada yang lebih suka menggunakan kad debit dan ada pula yang gunakan cash.

Wang akan berkurang kalau kita singgah tempat-tenpat yang perlu bayaran seperti salon dan spa,manakala wang akan bertambah kalau kanak-kanak tersebut bekerja.Dalam ni banyak sangat pekerjaan yang disediakan bagi memberi pengalaman untuk kanak-kanak.Lepas kerja dapat gaji gitu.Tapi kalau lepas kerja pergi spa,haa habislah duit tu.




 Tapi yang tak best masa hari tu,kanak-kanak terlalu ramai dan padat.Setiap tempat nak singgah tak dapat sempat dalam satu hari.Sebab setiap tempat ada sesi-sesi untuk masuk.Kena ikut timetable yang diorang dah tetapkan.Beratur pun panjang sangat.Paling best bab nak naik lori bomba.fuhh meriah dengan bunyinya dengan baju seragam anggota bomba.Beratur pun meriah juga..huhu alya tak sempat nak rasa naik pun.Mama tak sabar nak tunggu..



 Beratur nak tunggu giliran masuk.Kesian anak-anak mama,letih menunggu.Lain kali kita datang lagi kita jejak semua tempat ya.

Selain pekerjaan professional seperti banker,doctor,lawyer,hakim,dentist,pilot dan banyak lagi,ada juga bahagian untuk kanak-kanak yang gemarkan pekerjaan seperti DJ radio,presenter,modelling,salon kecantikkan dan macam-macam lagi.Pendek cerita mama alya ni excited nak singgah semua bahagian tau,tapi masa je tak mengizinkan dan ditambah pula anak-anak sudah keletihan menunggu.


Ini sedikit selingan video yang Alya sempat singgah.




 Alya dengan cousin cute sangat di bahagian ini.Bersungguh-sungguh mereka untuk menghasilkan air vitagen kegemaran mereka.

Event hari tu bermula pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang mama alya masih dengan anak-anak.Hari mereka kan,jadi luangkan masa satu hari tu untuk mereka.

Last singgah bahagian AirAsia cabin crew,alya and mak usu sempat jadi crew je,tak sempat jadi pilot sebab kesuntukkan masa.Anak-anak pun dah lapar kan.

So next time ,teruja nak datang KidZania lagi.Kali ni akan habiskan masa lebih lama dan singgah mana -mana bahagian yang Alya tak sempat singgah tempoh hari.

Terima kasih AirAsia dan Kidzania yang  telah mengatur banyak program menarik pada hari tersebut bersempena "International Children's Day with AirAsia".Alya dan sepupu-sepapat happy,haa mama alya lagi happy tau.Rasa jadi kanak-kanak riang sungguh hari tu.

Lain kali pasti datang lagi!


Appreciate your time reading this entry.

5 Comments

Thank you,come again :)

  1. Waww cutenya semua theme tu. Macam macam diorang boleh cuba. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  2. menarik dan best2 semua aktiviti kat situ. dan menarik bila ada kelainan dari bidang kerja tu. :)

    ReplyDelete
  3. Banyak aktiviti menarik ye. Tak berkesempatan nak bawa syafi ke sini lagi. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. syoknya I teringin nak suh Lihin jadi pilot. tapi memang rushing masa tu. kena terjah lagi ni

    ReplyDelete
  5. Bestnya tempat Kidzania ini kak. Memang happening. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post