As salammualaikum ,

Hari ini 29 April 2018,tak lama lagi bulan ramadan  akan tiba  pada Mei 2018,bermakna tak sampai sebulan lagi seluruh umat islam akan meraikannya.

Menjelang bulan Ramadan,restoran  mahupun hotel juga ligat mengadakan promosi bufet ramadan dengan potongan harga yang bersesuaian untuk orang ramai menikmati juadah berbuka puasa.


Begitu juga di Restaurant Riverside PWTC.Restoran Riverside adalah tempat eksklusif di PWTC bagi anda yang mencari kelainan untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.Berkonsepkan makanan pasar malam dengan susunan teratur dan tempat berhawa dingin,lebih daripada 300 jenis  juadah makanan disediakan di  24 gerai  yang dihias indah.




Bufet ramadan di Restaurant Riverside,PWTC mula dibuka untuk tempahan bermula 17 mei 2018 sehingga 13 jun 2018.Menyedari hakikat rakyat malaysia amat gemar menikmati makanan di pasar malam,itulah pendekatan yang digunakan di Restaurant Riverside PWTC.Tanpa bersesak-sesak dan berpanas seperti di pasar malam,tetamu akan menikmati makanan dengan lebih selesa dan nyaman di PWTC.



Elemen -elemen pasar malam seperti hiasan makanan,pakaian pelayan cef dan cara makanan dihidangkan seakan anda benar-benar berada di pasar malam.Antara menu-menu yang ditawarkan di 24 gerai makanan "Selera Ramadan "PWTC termasuklah apam balik,char kuetiaw,putu piring,nasi kerabu,nasi dagang,burger,roti John,aneka jenis kuih melayu,roti canai dan murtabak,pisang goreng,cempedak goreng,keropok lekor,cucur udang,cucur pisang,sate,yong taufu,cakoi,tauhu bakar,rojak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing.Kalau hendak disenaraikan ,terlalu banyak lagi untuk dijadikan  pilihan juadah berbuka anda.




Selain menu pasar malam,pasukan cef PWTC yang diketuai oleh Cef Eksekutif,Suzaini Mohamed Salih juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari.




Harga Bufet "Selera Ramadan"ini ialah RM88 bersih bagi dewasa,RM75 bersih bagi warga emas yang berusia 60 tahun keatas serta RM45 untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun.Selain itu,PWTC juga meawarkan pembelian baucar"early bird"dengan harga RM75 bersih bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018.



Sambil menikmati beraneka hidangan di "Salera Ramadan" PWTC,anda juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh kumpulan Picha-Picha Feauturing Linda Eva.

Para pengungjung juga boleh menikmati bufet dengan tenang kerana mereka boleh menunaikan solat Magrib,Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman,Aras 3 di PWTC.Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum mulimah dan sejadah turut disediakan.

Pakej Bangkuasi/Korporat Berbuka Puasa

Selain daripada bufet "Selera Ramadan" berkonsepkan pasar malam di Legar Putra,PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98.00 bersih seorang untuk tempahan 100 orang keatas manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115.00 bersih seorang.Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan bufet,dewan khas untuk berbuka puasa,sistem audio,ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk(bermula jam 6.00 petang)

Program Beramal Bulan Ramadan

Pihak pengurusan PWTC juga sentiasa komited dalam menganjurkan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadan.Di antaranya menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Pihak PWTC juga bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid untuk mengedarkan bungkusan makanan untuk berbuka puasa kepada fakir miskin dalam "PROGRAM SENTUHAN KASIH RAMADAN" siri ke-4.

Selain daripada itu,PWTC juga turut berbesar hati untuk kembali menganjurkan program"MARI BERAMAL DI BULAN RAMADAN" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jadi jika anda ingin membuat tempahan atau pembelian baucar bufet "Selera Ramadan" di PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2,PWTC yang dibuka pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701 atau 03-26146262k

Irda share kemeriahan di PWTC tempoh hari untuk tontonan anda ya.





Untuk maklumat lanjut,sila hubungi"

Intan Tantiyana Puteri Jaafar
Pengarah Komunikasi Pemasaran
Putrade Property Management Sdn Bhd(PWTC)

03-26146117/03-26146224
Portal rasmi:www.pwtc.com.my



Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post