Jika dihari lain,kebanyakkan daripada kita bila magrib baru ingin melangkah keluar dari pejabat,jarang benar rasanya kita dapat menikmati makan malam bersama keluarga.Berbeza di bulan ramadhan,ia menjadi kelaziman berbuka bersama-sama keluarga dan orang tersayang.Jika tidak,suasana berbuka tidak terasa kemeriahannya.
Jika anda ingin membawa keluarga anda berbuka ditempat yang eksklusif dengan harga berpatutan,Royale Chulan Bukit Bintang telah menyediakan promosi berbuka puasa pada tahun ini.
Lihat sahaja beberapa menu yang telah irda nikmati .Semuanya menyelerakan dan cukup perisanya.
WHOLE LAMB WITH BUTTER VEGETABLES
NASI ARAB
|
Sup tulang rawan ni irda makan sampai dua kali.Supnya cukup rempah dan sangat sedap makan dengan roti mahu pun mihun. |
General Manager Royale Chulan Bukit Bintang,Tuan Manshor Din memberitahu,buffet ramadhan di Royale Chulan Bukit Bintang bertemakan "Buffet Aneka selera",ia menyediakan pelbagai menu makanan tempatan dan pencuci mulut pelbagai jenis sehingga kita rambang mata dalam memilih.
MAIN
COURSE
NASI PUTIH
NASI HUJAN PANAS
AYAM PERCIK
DAGING DENG DENG
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
PAJERI NENAS
UDANG MASAK LEMAK CILI API
LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
Royale Chulan Bukit Bintang Executive Chef Raja Kamaroszaman juga memperkenalkan menu spesial dari hotel tersebut sempena bulan ramadhan seperti Rendang Itik,Nasi Arab,Kambing Golek,Gulai Kawah dan tidak dilupakan juga makanan wajib di bulan ramadhan iaitu Bubur Lambuk.
Pilihan pencuci mulut gabungan antara local dessert dengan western style,kelihatan begitu menarik dan anda pasti terasa ingin mencuba semuanya.
Buah-buahan tempatan memikat selera. |
Royale Chulan Bukit Bintang Food & Beverage Manager Rajpal Singh juga memberitahu,Buffet Aneka Selera akan mula beroperasi dari 16 May 2018 hingga 14 June 2018 dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM98 nett untuk dewasa dan RM60 nett untuk kanak-kanak dan warga emas.Waktu operasi bermula pada pukul 7pm-10 pm.
Berbuka puasa di Royale Chulan Bukit Bintang juga dilengkapi dengan kemudahan surau untuk muslimin dan muslimat menunaikan solat selepas berbuka.
Sempena bulan ramadhan bulan mulia,Royale Chulan Bukit Bintang juga akan mengangjurkan program infak/derma yang dinamakan "Ketupat Card".
"Ketupat card "dengan harga RM10 sebagai derma yang akan disertai oleh kakitangan hotel sendiri dan juga pengunjung hotel.Kad itu kemudian akan digantung di "Palm Tree" yang terletak di Lobby hotel.
Semua hasil "Ketupat Card"itu digunakan untuk membantu kanak-kanak yang tidak bernasib baik dari Rumah Anak Yatim Shifa.Program ini adalah program tahunan Royale Chulan Bukit Bintang yang telah bermula sejak 4 tahun lalu,dan alhamdulilah untuk tahun lepas sahaja kutipan derma mencecah RM100,000.
Jadi anda yang masih mencari-cari tempat berbuka bersama keluarga dan orang tersayang,jom ke Royale Chulan Bukit Bintang.Selain menikmati makanan anda juga boleh bersedekah untuk rumah anak yatim.
Buffet Aneka Selera
Sunflower Brasserie
Royale Chulan Bukit Bintang
7pm-10pm
HARGA PROMOSI:16 Mei-20 Mei 2018
Dewasa:RM 78
Kanak-Kanak/Warga Emas:RM60
HARGA :16 Mei-14 June 2018
Dewasa:RM98
Kanak-Kanak/Warga Emas:RM60
Selain untuk program berbuka puasa dengan harga promosi diatas.Dapatkan juga HARGA TERBAIK untuk package-package berikut:
·
ROOM PROMOTION
o RM208.00nett per room per
night
o Inclusive of
Sahur/Breakfast for two persons
·
FULL DAY MEETING PACKAGE
o RM128.00nett per person
o Inclusive of Two Coffee
Breaks + One Lunch/BukaPuasa
·
HALF DAY MEETING PACKAGE
o RM108.00nett per person
o Inclusive of One Coffee
Break + One Lunch/BukaPuasa
Untuk Pertanyan lanjut boleh hubungi Delia Zamir di talian:016-2167480 atau emailkan ke: delia@royalechulan-bukitbintang.com
Buffet ramadhan meriah di sana sini...alhamdulillah...dengan pakej dan harga yang berpatutan...ini masanya merai bersama keluarga...
ReplyDeleteberaneka juadah..kambing golek jd tarikan..rendang itik tk pernah rasa lg..orang Melaka selalu masak rendang ni..
ReplyDeleteTu dia dah start dah pesta makan-makan rakyat Mesia
ReplyDeleteCantik je semua gambar2 irda. hehe. btw tak lama je lagi dah nak ramadhan . cepat je kan masa
ReplyDeleteBest nya menu.. meriah sungguh..
ReplyDeleteHuhu, takpelah... Masak sendiri je. Murah bagi irda, mahal weyh bagi akak yg marhaen ni.
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)