Nampaknya terlalu ramai pembaca yang mencari niche ASB untuk rujukan.Walaupun bank ada menyediakan customer service atau careline,mungkin susah untuk membuat panggilan kepada mereka,rata-rata pembaca lebih suka mencari di carian Google untuk mendapatkan maklumat.

gambar sebagai hiasan

Akhirnya mereka bertemu dengan blog Irda,Ada yang bertanya waktu malam,ada juga yang waktu magrib call sampai 4x,aduhai adik-adik,kot ye pun tunggu esok pagi lah dik.Kadang-kadang akak kalau dah malam minda dah penat dan jari sudah penat menaip.

Irda pun setting business wassap untuk auto reply dengan sopan.Jika tengah busy handle something,mereka akan dapat auto reply berbunyi"Maaf irda sedang handle something right now,boleh tinggalkan soalan nanti irda reply dengan segera ya".Supaya kalau pun nampak irda online,tapi tak balas,mungkin tengah sibuk dengan client atau membalas soalan-soalan dari niche lain.Jadi readers,think positif ya!Lagipun ini hanya khidmat ikhlas irda sebagai penulis blog dan juga merupakan financial planner dalam ASB.Ia ilmu untuk dikongsi tapi ia juga bergantung pada kelapangan irda waktu itu.

Soalan pertama dari Klang

Saya check kelayakan beli rumah,bila dikira-kira,dengan adanya ASB RM50K dengan Maybank,saya tak layak untuk beli rumah tu sebab DSR dah bursed.Apa pendapat sis?Perlukah saya batalkan ,ASB saya baru je tak sampai setahun.

Jawapan:.Perlu dibatalkan jika betul-betul nazak DSR.Perlu dibatalkan jika benar-benar inginkan rumah tersebut dan confirm anda nak beli.Bukan hanya survey tetapi hati anda belum pasti inginkan rumah tersebut.

Lebih elok batalkan ASB yang sudah lebih setahun supaya ada cash value.Jika baru 6 bulan atau baru beberapa bulan,lebih baik tunggu dulu dapatkan dividen ,sayang juga ASB dibatalkan jika anda belum pasti inginkan rumah tersebut.

Soalan Ke dua Dari Sabah

Masa ni irda dalam perjalanan untuk mencari buah durian .Fuhh panjang perjalanan nak cari buah durian yang murah dan lazat sampai masuk perkampungan orang Asli Gombak menuju jalan UIA sana,Masa ni notification wassap berbunyi

Sis saya dah pernah keluarkan dividend tempoh hari sikit.Akan ada masalah ke dengan pembayaran.Dan macam mana saya nak tengok ya,dividen saya tinggal berapa sekarang?

Jawapan:Pembayaran tidak akan bertambah atau berkurang jika anda keluarkan dividen untuk digunakan.Pembayaran hanya akan berubah jika berlakunya perubahan OPR bank Negara.Kalau anda nak keluarkan semua dividen pun tiada masalah,atau nak biarkan sahaja pun lagi bagus,keluarkan selepas beberapa tahun lagi syok sebab dah banyak.


Cara nak semak berapa baki dividen,boleh sahaja anda minta print kan baki ASB  selepas anda buat transaksi PENGELUARAN di cawangan ASNB.Jika anda buat Loan ASB 100K,lepas tu anda lihat ada baki terkini 101,000.00 di dalam penyata baki ASB anda,maknanya 1000 itu lah dividend anda.Atau nak lebih mudah,daftar sahaja ASB secara online.Senang semak di hujung jari.

Soalan ke 3 dari PWTC.

Sis,kalau saya bayar lebih tapi dah settingkan auto debit melalui akaun,bank akan potong lagi tak saving akaun saya.Dan perlu ke saya inform bank jika saya nak bayar advance lebih dari bayaran bulanan.

Jawapan:Selalunya bila loan anda dah lulus,bank akan memang advised buat autodebit dari saving akaun atau pun current account anda,tujuannya nanti bila sampai d uedate mereka akan potong sahaja dari akaun anda untuk bayaran bulanan,lagi senang jika gaji anda masuk bank yang sama and buat ASB loan.Tiada caj dikenakan untuk autodebit ini.

Tetapi anda juga boleh bayar advance ke dalam akaun LOAN ASB direct.Bila loan anda lulus,memang akan ada satu no akaun loan khas untuk ASB,yang ini kalau anda ada online banking di bank anda buat loan tersebut akan nampak kalau tiada online boleh sahaja minta di cawangan no akaun loan asb anda.Jadi jika ada pembayaran advance terus masukkan dalam akaun loan ASB bukan bankin ke dalam akaun saving atau akaun current anda.Jika sudah ada advance payment dalam akaun loan tersebut,untuk bulan seterusnya tiada lagi pemotongan dilakukan pada akaun saving/current anda.Anda tak perlu inform bank setiap kali anda ingin buat advance payment,semuanya automatic by system.

soalan ke 4 dari Australia

Sis,saya kerja di Australia sekarang,saya dah lambat bayar loan ASB saya hampir dua bulan.Saya baru bankin tetapi nampaknya belum ada pemotongan.Loan asb saya sudah di batalkan kah oleh BANK?

Jawapan:Selalunya jika tiada pembayaran untuk sebulan,bank dah call dah untuk remind.Bank hanya akan batalkan loan asb anda bila sudah lebih dua bulan tak bayar.Yang ini anda kena check dengan bank tersebut samaada loan anda masih aktif atau tidak,lebih senang jika anda ada online banking,boleh check terus.


 Ada beberapa soalan lagi,nanti ada masa irda share lagi ya.Anda yang baca sudah ada ASB Loan?Kalau belum roger irda tau,ada promo interest rate 4.9% sahaja hingga September ini.Interest rate paling rendah di Malaysia setakat ini.


Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post