Semalam sabtu,Lily team coway wassap Irda minta gantikan dia di Tesco Taman Midah,Cheras.
Dia ,Afiq,Cik Ida dan team lain ada aktivity door to door di Melaka.Jadi agak mustahil untuk pulang ke Kuala Lumpur dan singgah pula untuk aktiviti booth Coway di Tesco Taman Midah Cheras.
Pucuk dicita ulam mendatang,kebetulan memang tiada apa aktiviti di rumah,dan target bulan ni untuk dapatkan 5 unit mungkin akan mustahil jika tiada aktiviti,Jadi pelawaan Lily untuk menggantikannya di booth Tesco Taman Midah Cheras diterima dengan senang hati.
Booth di Tesco tersebut bermula pukul 6pm sampai 10 malam.Irda sampai lewat sekitar 7pm.Sampai sahaja agak kalut juga mencari booth,sebab ini pertama kali menjejakkan kaki di Tesco Taman Midah.Rupanya booth Coway di tingkat atas,di belakang booth ada DIY,depan booth ada TEALIVE,di tepi booth ada kedai baju baby.Wahh ni mahu "terclose" sebelum 'mengclose" orang beli coway ni.Banyak benda menarik berdekatan dengan booth,mata ni tak boleh duduk diam.
Pertama sekali,teringin belajar menggunakan reward DIGI untuk beli TEALIVE,selalu nampak di apps DIGI,tetapi tak tahu guna.Hari tu ada terbaca sharing Nur Aliah (Chettakiomey)di Facebook,jadi nak juga belajar cara redeem reward ni.Nasib adik yang jaga kaunter TEALIVE di Tesco Taman Midah ni peramah dan sudi ajar,haa baru akak tahu guna reward ni tau.Dari harga TEALIVE yang akak suka "Signature brown sugar ni"jika large RM 7.50,hanya bayar 0.55 sen sahaja selepas redeem reward 3.99 di digi MYREWARD.Jimatlah sikitkan?Pasti lepas ni lebih kerap menggunakannya myreward.
Surau di Tesco Taman Midah Cheras,terletak di bahagian bawah sekali berdekatan dengan food court dan toilet.Rupanya dibawah ada Cuckoo.HEHHE..sebagai pesaing dan peniaga positif,lalu je depan Cuckoo pakai tag Coway :).Dalam surau agak luas cuma kurang bersih,mungkin terlalu ramai pengguna.Kedudukannya diantara toilet juga mengundang bau bila nak masuk ke dalam surau.Alangkah indahnya jika surau ditempat yang lebih elok.Apakandaya ku tiada daya dan kuasa,sudah ada surau juga sudah disyukuri.Mula-mula cari juga signboard ke surau,tak jumpa ,nasib adik yang meniaga disitu menjadi juru pandu arah.
Dari Magrib ke Isyak..tiada satu pun flyers orang sudi ambil.Kami berempat masih berdiri depan produk dan memanggil orang yang lalu lalang.Penat memanggil dengan ramah,irda singgah di kedai baby bersebelahan booth.Dari sehelai baju swimming suit,terus dua helai baju cotton baby dua helai.Seronok hati girang,dengan RM 45 SAHAJA dapat 3 helai baju anak.Tengok video ni irda beli berapa helai untuk mikhael :)
Penat rasanya berdiri,tiada pun yang sudi.Lama juga rasanya tak menapak di booth,ambil aura tu kembali.Tetapi tidaklah menyesal,bagi Irda booth dan aktiviti coway adalah "ME TIME"istilah orang sekarang.
Hampir pukul 10pm,ada pasangan bersama anak kecil berhenti.Kak Nurul yang menyapa,mungkin rezekinya.Irda tumpang gembira.Pasangan dengan anak kecil tu irda pandang dari tepi,tiba-tiba ingat anak dirumah.Lihat anak orang ingat anak kita,lihat bini orang lupa bini kita-itu mungkin istilah bagi lelaki.kekeke..jangan marah gurau .
Coway Villaem di ruang dapur.Hanya Rm118 SAHAJA sebulan.Wassap Irda Sekarang:011-23716700 |
Tiba-tiba rasa sayu hati,rupanya wanita yang menggendong anak itu walaupun nampak sempurna,tapi tidak berapa celik penglihatan.Suaminya memegang jari sang isteri,dihalanya ke machine coway,disentuhnya setiap satu-satu punat dengan jari-jemari mereka.,diambilnya kedua tangan isteri,diletakkannya diatas machine,suami terus menerangkan.Kak lin juga menerangkan cara penggunaan dan safety lock untuk air panas di machine coway.
Perlahan dan sayu,irda pusing ke belakang...sebak,lemah,mengalir juga air mata,..Entah mengapa begitu indah teguran ALLAH.
Nikmat penglihatan,nikmat mata,nikmat pandangan..yang pernah diabaikan untuk mengucap syukur..
moga pasangan ini sentiasa berbahagia dan saling menyayangi satu sama lain,dan moga anaknya yang comel kelak bila dewasa mampu membimbing pula tangan ibunya...
Mereka signup ,beli coway,suami yang baik bertujuan memudahkan urusan isterinya.Alhamdulilah..irda dapat sesuatu hari ini,walaupun selalu sahaja nampak orang yang cacat penglihatan,kali ini betul-betul tersentuh mungkin kerana dia ada anak kecil yang didukungnya,tersentuh hati juga bila melihat dia meraba-raba setiap penjuru machine coway itu,..matanya biasa sahaja macam orang normal,cuma mungkin penglihatan kurang jelas.bagaimanakah keadaannya di rumah untuk mengurus anak kecil itu?...Allah YANG maha mengetahui....
Mama sebak...ingat anak di rumah,langkah diatur pulang
Appreciate your time reading this entry.
PENGALAMAN BERBISNIS YG SGT MAHAL HARGANYA
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)