No photo description available.



Pagi-pagi client lama hubungi akak bila ASB tutup untuk transaksi .
Jawapan : 18 disember 2019- 1 Jan 2020

Ada juga yang bertanya,jika tahun depan saya tidak mahu lagi meneruskan Loan ASB,bilakah waktu sesuai untuk saya batalkan?Bulan 12 atau bulan 1?

Pendapat akak:Kalau masih boleh simpan,kenapa perlu batalkan?Bukankah simpanan dalam Loan ASB adalah simpanan paksa rela yang bagus?

Tetapi jika terpaksa juga batalkan,tunggulah hingga tahun berakhir,kerana pengiraan dividen dikira mengikut bagi terendah setiap bulan.Jadi sayang,jika bulan 12 dah terbatal,kurang dividen anda nanti.

kalau saya buat loan ASB di bank C,Saya boleh buat transaksi di bank A?Jawapan:Boleh buat dimana-mana ejen PNB untuk akaun asb,hanya transaksi melibatkan akaun "LOAN ASB"SAHAJA perlu ke bank yang anda buat loan.



Akak rasa berapa dividen ASB tahun ni?
"I reserve my comment,",di luar bidang kuasa akak.

Tinggi atau rendah,insyaALLAH akan beri untung.Buat dengan banker,jadi berbaliklah pada banker untuk mengira nya,bukan sembang kedai kopi dengan bukan ahlinya.
Ibarat sembang tentang laut,ikan mana yang banyak,tapi bertanya pada gembala yang menjaga kambing,lain entiti lain pendapatnya.

Teringat perbualan dengan seorang berpangkat dan juga sebaya orang tua saya.
"Saya nak batalkan ASB saya sebab tak untung,"bayangkan saya bayar 3 tahun untuk 200k lebih kurang 1342x12x3: RM48,312 untuk rate 5.2...Jumlah saya bayar lebih kurang RM48,312!! tapi dividen sikit je .
Berapa dividen tuan dah dapat?
"Dlm 14k-15k SETAHUN JE"..
Ok,boleh saya kirakan,saya ambil minimum lah ya.Saya ambil "let say" tuan hanya dapat 13k dividen setahun,tapi saya faham tuan dapat lebih lagi sebenarnya.takpa saya ambil di luar amount tersebut


Andainya dividen 13000x 3tahun :39000
bila tuan batalkan (Amortization amount + dividen )lebih kurang total: 57,481.
*pengiraan amortization amount menggunakan financial calculator
Untung 3 tahun: 57481-48,312(modal bayaran): :RM9169
(ANGGARAN KASAR)
masih untungkan?
Tapi kalau teruskan sampai habis lagiiii untung!
Dan andai buruk cerita,jika terjadi apa-apa dengan tuan dalam perjalanan menghabiskan membuat simpanan ASB LOAN,ia ada lengkap dengan takaful
Ini saya ambil dividen terendah yang mana tuan dapat lebih sebenarnya.
Ingin mengira untung rugi,kiralah dari A-Z,bukan ditengah,bukan pula di hujung.
untuk kesekian kalinya,sembanglah dengan yang ahli,Jangan terbawa emosi,kadang-kadang bertenang itu perlu.
kita memang orang pandai,tapi tak semestinya semua hal kita bijak pandai.



Setinggi-tinggi posisi kita,Kadang-kadang kita perlu merendahkan lutut,menongkatkan tapak tangan ke dagu,meredupkan mata ke bawah mendengar bicara yang berada pada bidangnya..




Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. Harap2 kadar dividen tahun ni melebihi kadar yang kita kena bayar zakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat rendah tahun ni wp...aduhai..tp nasib yg buat asb loan masih ada keuntungan walaupun sedikit

      Delete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post