Saya tidak tahu berapa jumlah yang dibayar oleh SM Anna hari ni,tapi yang pastinya bila ditanya dia tak mahu beritahu.Belanja ikhlas yang jadi rutin bulananya buat saya kadang-kadang rasa segan.Walaupun dia memperuntukkan percentage dari overriding commision,tetap saya berasa segan,kerana saya bukanlah penyumbang apa sangat dalam team kami.
Sebab tu bila makan dimana-mana,saya jarang pilih menu .Atau saya hanya serahkan saja mereka pilih tempat.Saya segan sebenarnya kalau selalu dibelanja.
Menu yang dipilih oleh ASPA .Saya pun layan je |
Ini harganya |
Bulan lepas kami makan sushi,hari ini kami makan seafood pula.Jam 2 petang kami berjumpa di curve damansara.Manhattan Fish Market yang terletak di Lower Ground Floor E-Curve,Mutiara Damansara bersebelahan dengan Tomy Romas.Jujur saya katakan ,ini pertama kali saya makan di Manhattan Fish.Dulu masa bekerja di area ampang park,memang ada satu cawangan disana,saya lihat ramai betul orang Melayu makan disana bersama kawan-kawan dan keluarga.Mereka bersembang gelak ketawa menikmati hidangan.Saya yang merasakan tempat tu mahal memang tiada keinginan pun nak singgah.
Saya memang sukakan tempat makan yang cozy untuk bersembang mahu pun berbual dengan tenang,tapi tidaklah saya suka sangat makan makanan yang agak mahal begitu.Bila saya calculate,sepinggan makanan tu mungkin boleh buat belanja dapur untuk satu minggu mahupun dua minggu,kadang-kadang kalau kita beli frozen dan buat sendiri fish & chips entah-entah rasanya lebih kurang sama.Lebih murah dan boleh makan berulang-ulang.Hehehe..
Tapi hakikatnya,saya tidak boleh begitu pesimis.Kadang-kadang tidak semua benda boleh saya buat kira-kira begitu.Makan bersama kawan-kawan,sambil makan berbual dan berbincang strategi momentum untuk bulan depan itu sebenarnya yang kita inginkan.Sesekali makan ditempat mewah boleh juga dianggap sebagai reward diri dan reward team leader buat anak-anak buahnya.
Tapi jujurnya tadi,saya hanya makan sedikit sahaja.Campuran keju atas lobster dicampur pula dengan nasi buat tekak saya rasa semacam dan rasa muak.Saya mencari tom yam ,nasi panas dan telur dadar ada pula sambal belacan,confirm saya kenyang tadi.
Masa order tadi pun saya minta jus mangga yang fresh bukan kordial .Yang ambil order angguk dan memang dikatanya akan pakai buah fresh yang diblend.Tetap saya rasa ini bukan jus mangga tapi kordial mangga.Huhuhu..aduhai.Sabar jer lah.
bila cakap malas nak pergi.huhuhu |
Sebenarnya kali ni saya malas nak pergi.Memang saya macam tak nak pergi.Bila SM Anna direct pm saya begini.Terpaksalah jugalah pergi.Rasa bersalah pula tolak ajakan orang.Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.
Sebenarnya kalau di Curve Damansara ni,terlalu banyak pilihan makanan.Pertama kali saya datang di Curve bersama Yani dan Sheez.Kalau nak diingatkan kami makan apa disini,banyak sangat tempat diorang bawa.Ada kedai asam pedas,Leko,ayam penyet,dan banyak lagi.Berhadapan dengan Curve adalah Ikea Damansara,bawah Ikea tu kami ada juga makan.Selalunya kami makan di family mart ataupun AH Cheng Laksa ada juga Duck & Nasi Ayam yang pernah saya cuba disitu,tapi saya hanya makan ayam sahaja.Masa bersama mereka memang saya layan je lah.huhu...kan kalau saya tak layan dikatakan sombong pula.
Tetap saya kadang-kadang lebih kenyang makan nasi campur bungkus bawa pokok dengan air sirap yang mana sama rasa tetap harganya bawah RM10.
Apalah kau ni Irda,janganlah compare macam tu kan.
Ok stop membandingkan harga dengan situasi yang tidak sama.Balik kepada story kami hari ini.Seronoknya makan-makan di Manhattan Fish Market E-curve ni lepas makan bolehlah berhibur dengan karaoke ataupun bowling.Semua aktiviiti berada dalam bangunan yang sama cuma tingkat berbeza.Lepas makan,kami pergi ke bowling.Hajat nak main bowling sebab tak cukup gang mereka akhirnya ke karaoke.Cuma saya tidak boleh lama,rushing nak balik ambil Alya balik sekolah dan nak masak dinner untuk family.Jadi saya refuse join karaoke.
SM Anna"Akak happy-happy lah tau,tak mahu stress-stress,ni masa nak hilangkan stress".
Mungkin saya dilihat banyak diam dan sikit-sikit lihat hp,keluar juga ayat SM Anna begitu.
Pasangan suami isteri yang supporting |
Sempat jugalah saya menyumbang sebuah lagu sebelum bergerak pulang..Lagu yang saya suka bawa bila karaoke ni ialah lagu-lagu lama.Seperti selalunya saya bawa lagu Ramlah Ram.Teringat masa aktiviti team Konspirasi Fadly di Melaka dulu.Saya nyanyi lagu Ramlah Ram juga.Diam-diam jatuh cinta.jangan gelak tau...siap ada penari latar.adik Izhan.Nasib dia ada,rasa hidup suasana dengan lawak dia tu.
Nak dengar akak nyanyi?Huhu...nanti saya update semula bila adik Siti dah susun video kami hari ni ya. Jangan gelak tau,suara tak sedap karaoke,confident je lebih.hehe...siap ada penari latar.adik Izhan.Nasib dia ada,rasa hidup suasana dengan lawak dia tu.
..Saya tinggalkan mereka dalam pukul 5 PM.Sory adik-adik,ada rezeki kita ber "me time"dengan uols lagi ya.Rushing nak ambil Alya balik sekolah.
Abaikan muka akak yang pucat tu.Lepas zohor tak de lipstik nak top up.huhu |
Terima kasih memori indah hari ini.Akak abadikan kenangan ini di sini.Moga ada rezeki kita bertemu dan bersama lagi.Selamat maju jaya semua.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)