Dua hari saya training dari external trainer Mdm Siew Tuan dari Walk The Talk Sdn Bhd.Walaupun Mdm dari syarikat persendirian tidak dari PNB,nampaknya training mdm mudah saya fahami.Terima kasih kerana menghantar saya pada training ni.
Sedikit info mengenai trainer saya ini saya ada tuliskan di FB status hari ini.
Bila orang lama yang bagi training ,apalagi banyak pengalaman,jadi saya mudah fokus.Saya rasa seronok dan ingin tahu lagi.Ketika training juga saya dapat pula soalan dari readers Melaka bertanyakan tentang apa itu amanah saham SARA1.Seperti kena pula timing,saya sedang training topik yang sama namun tak berkesempatan untuk reply panjang sebab saya sedang dalam training lagi.
Sebenarnya untuk info yang lebih baik dan tepat,anda dinasihatkan semak di laman web ASNB (www.asnb.com.my),itu adalah sebaiknya.Di website PNB lengkap ada disediakan info tentang setiap dana yang ada di PNB seperti :
Harga tetap :ASB,ASB 2,ASB 3 DIDIK,ASM,ASM2 WAWASAN,ASM 3
Harga berubah-ubah : ASN Equity 2,ASN Equity 3,ASN Imbang 1,ASN Imbang 2,ASN SARA 1,ASN Equity 5 dan ASN SARA 1,
Jadi Merujuk pertanyaan sahabat pembaca dari Melaka mengenai ASN SARA 1,ia jatuh kepada dana harga berubah-rubah.Atau lebih dikenali dengan konsep UNIT TRUST.
Hari ini saya menulis tidak berupaya untuk menerangkan secara terperinci semua dana tersebut.Jika inginkan info lebih lanjut dari setiap fund,tuan/puan atau semua pembaca budiman bolehlah semak di PHS (Product Highliht sheet),FFS (Fund Fact Sheet) atau laporan tahunan setiap dana yang ada di website asnb (www.asnb.com my).
Hari ini saya hanya ingin berkongsi sedikit info yang saya pelajari sebagai consultant asb dan juga sebagai orang yang ada lesen untuk menjual dana PNB ini.
Ia tidaklah merangkumi semua,tapi hanya sedikit yang saya tahu,saya cuba curahkan disini dalam bentuk tulisan.Jika tuan/puan dan pembaca budiman merasakan info saya tidak lengkap.Boleh bertanya lebih lanjut dengan PNB ,semak di laman web atau boleh juga bertanya kepada personal banker anda.Lebih mudah boleh sahaja ke cawangan ejen ASNB yang terdekat dengan anda.
Apa beza melabur di PNB berbanding unit trust company lain yang ada di Malaysia?
Berbalik agenda pihak kerajaan yang mewujudkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) suatu ketika dulu,PNB diwujudkan untuk merapatkan jurang ekonomi antara orang Melayu Bumiputera dengan bangsa lain di Malaysia.Simpanan ASB contohnya khas untuk bumiputera dan dapat menjana pulangan dividen yang lumayan setiap tahun.Walaupun kita menyaksikan penurunan kadar dividen pada tahun lepas (2019) 5.5% berbanding tahun sebelum ini 7%-8%,NAMUN ia masih baik berbanding sektor simpanan lain.
PNB juga dinaungi oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera yang mana pihak kerajaan dan kementerian kewangan di belakangnya menjadikan PNB bukanlah hanya sebuah syarikat tetapi ia ada "back up".Oleh sebab itu jika kita lihat walaupun Malaysia pernah melalui zaman kegawatan beberapa kali,dana-dana di PNB masih dikira terkawal.Kalau untung sekadarnya,jika menurun sekadarnya juga. Akar tunjang yang kuat inilah menjadikan PNB ASNB kukuh hingga kini.
Lagipun ,dana di PNB tidak begitu volatile berbanding dana di syarikat unit trust lain.
Jika kita lihat angka,PNB mempunyai RM256AUM dan mempunyai 14.3M A/Cs ,dan 70-80% mempunyai amount lebih RM 50K.
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan tuan Ahmad Zulqarnain adalah orang -orang hebat yang mengetuai PNB ketika ini.PNB juga mempunyai fund manager yang cukup-cukup berpengalaman kerana kewujudan PNB bukanlah syarikat yang baru tumbuh namun ia sudah sekian lama.
Tahun 2020,PNB juga menggunakan pendekatan strategi baru iaitu meluaskan pelaburan bukan hanya dalam negara tetapi mula mengorak langkah melabur ke luar negara.Meningkatkan pelaburan di private investment .(Health care)-Consumer- dan Construction
Jadi dengan strategi baru 2020 ini,jujur saya katakan,Sebelum anda melabur di tempat lain,nasihat saya penuhkan dahulu ASB dan labur jugalah di dana-dana di ASNB sebagai langkah awal mengurus kewangan anda.
Salah satunya memilih dana AMANAH SAHAM SARA 1.
Kenapa ASN SARA1 ?
Sebenarnya itu hanya pandangan peribadi saya.Bergantung pada tahap risk taker anda.Jika kita lihat keadaan ekonomi sekarang masih sukar untuk naik,jika anda risau COVID 2 akan menyerang ditambah lagi kadar OPR sedang menurun lagi.
SARA 1 Launch date pada 17 March 2003.Fund size as at 9 July 2020,2.35 billion.Financial year end 31 March dan anda boleh invest melalui cash ataupun menggunakan EPF akaun 1.Sektor invest di bonds,cash & others.Strategi baru PNB pada 2020 EXPAND more to oversea ,US,Germany,Switzerland.ASIA pula Indonesia,Hong Kong,Taiwan dan South Korea,
Indonesia mempunyai coupon rate yang tinggi jadi amatlah baik ASNSARA1 memilih negara ini.
Dan untuk info NAV bermula ketika covid March 1.0393 ,April NAV 1.07 ,May NAV 1.102 ,June 1.172 .Ia mengalami peningkatan walaupun ekonomi negara sedang dalam proses untuk pemulihan.
Untuk Newbie pasti sukar memahami apa itu NAV?Secara ringkasnya saya cuba terangkan disini.
Untuk Dana tetap ,harga adalah tetap.
Contoh:ASB .
Jika anda menyimpan RM100,000 di dalam ASB akaun.RM100,000 tetap sama sebagai principal yang tidak akan berubah.Kerana harga (NAV) adalah tetap RM 1: RM 1.Kadar keuntungan yang anda akan terima di dalam simpanan ASB adalah dividen sahaja.
Contoh:
Principal di awal tahun(deposit duit ke akaun asb) :RM100,000
Kadar dividen : 5.5%
Jumlah simpanan selepas setahun selepas dividen : 100,000 + 5500 (dividen)
:RM 105,500.00
Tetapi untuk dana yang berubah-ubah,NAV juga akan berubah mengikut ekonomi negara.
Contoh :
anda beli dengan pada bulan Januari (deposit duit) ketika itu NAV RM 1.0252
RM100,000 =RM100,000/1.0252 =97,541.94 unit
Kemudian
Pada bulan February,mungkin NAV naik kepada =RM 1.3552
Jadi 97,541.94 x 1.3552:RM 132,188.84
*Ini belum masuk tolak sales charge dan juga agihan dividen jika sudah masuk ke tempoh tahun berakhir.
Jadi disini jelas menunjukkan keuntungan melabur dalam dana berubah-rubah adalah dua iaitu
dari capital appreciation dan juga agihan dividen.
NAMUN,jika NAV turun pula,maka capital anda akan mengalami penyusutan.Jadi ini bermakna menyimpan di dana-dana berubah perlulah disimpan untuk long term.Bukan simpan bulan ini,bulan hadapan hendak anda keluarkan.Walaupun jika berlaku penurunan NAV,kelebihan dana-dana pnb adalah ada reserve capital untuk income distribution ataupun dividen.InsyaALLAH ,potensi setiap dana make money akan ada.Lagipun dengan strategy baru PNB yang melabur ke luar negara juga memperlihatkan perkembangan positif setiap dana PNB ketika ini.
Sebelum ini PNB hanya melabur dalam negara sahaja.
Salah satu kelebihan menyimpan di dalam dana berubah-rubah berbanding dana tetap,ia dikira berdasarkan baki akaun anda.
Kalau dividen asb,hanya dikira mengikut baki terendah tiap-tiap bulan.Namun di dana berubah-rubah,jika dividen declare bulan March di Amanah Saham Sara1,anda deposit duit bulan February,tetap dikira penuh dalam agihan dividen bukan prorata .
Saya sudah menyimpan dalam gold,bitcoin dan forex.Perlukah lagi menyimpan dalam unit trust PNB ?
Jawapan saya perlu.Untuk diversified your investment.Keluarkan sedikit profit dari semua pelaburan anda yang lain dan invest sedikit dalam dana PNB.Lagipun sekarang NAV masih rendah ,masa untuk beli.Jika anda tidak pasti tentang "upside potential dan downside risk"dengan semua dana yang saya senaraikan diatas,feel free to contact me.
Saya lebih suka menyimpan di Fixed Deposit atau di simpanan tetap tanpa risiko.Saya tidak suka mengambil risiko?
Ya betul,tiada siapa yang ingin mengambil risiko dalam hidup ini.Saya juga begitu.Namun kadang-kadang kita harus membuat perubahan.Risiko yang kita ambil kadang-kadang dapat menjadikan kewangan kita lebih baik.Apa juga yang kita ada dalam hidup ni semua "ketidakpastian",tiada kepastian.Namun jika kita tidak mencuba mana kita tahu itu lebih baik.
Robert Kiyosaki mengatakan,hanya dengan melabur yang boleh buat kita kaya.Sebelum kita melabur di tempat yang lebih volatile,yang lebih high risk dipelopori pelbagai syarikat korporat lain,kenapa tidak kita pilih dana PNB untuk kita mula belajar dan mengenal apa itu pelaburan.
Lagipun,di PNB sendiri semuanya dihujung jari.Untuk dapatkan info dan update terkini,hanya di www.asnb.com.my,boleh semak harga NAV setiap hari.Boleh tahu kadar agihan dividen dengan cepat kerana akhbar memang akan sentiasa melapurkannya.Tak perlu tunggu agent unit trust untuk set appointment dengan anda hanya untuk update portfolio investment anda.Mudah bukan?
Lagipun sekarang ni banyak sahaja agen PNB bank-bank yang buat promosi,saya juga ada campaign yang mana kalau anda buka akaun salah satu dana di atas di kaunter bank saya,anda berpeluang untuk menang campaign.
Dengan keadaan OPR sekarang makin menurun,dijangka akan turun lagi menjelang September.Berapa sangat kah kalau kita menyimpan dalam FD interest ratenya.
Duit juga akan mengalamii penyusutan dan inflasi.Hanya dengan pelaburan sahajalah yang sesuai untuk menggandakan nilai wang simpanan kita.
Jadi,apa tunggu lagi,jom simpan dalam pelaburan di ASNB .Boleh contact irda untuk mulakan pelaburan di ASNB dan sekarang ada kempen terbaru juga :
Campaign 1july-31 December 2020
Subcribe ASNB Funds via over the counter(OTC) and berpeluang memenangi :
1X Grand Prize bernilai RM20,000
15X Monthly Prizes bernilai RM1000.
No telefon Irda : 011-23716700
Email :irdagarmin@gmail.com
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)