Sering kali ada suara -suara bertanya samada untung ke buat asb loan dengan keadaan ekonomi sekarang.Mana lebih baik menyimpan sendiri atau buat simpanan melalui asb loan /asb financing?

 

Gambar lama sebagai hiasan

Sebenarnya bila buat asb loan,ia lebih membuat kita disiplin dalam menyimpan.Sekarang bank pun banyak bagi promo interest rate paling rendah.Yang terbaru sekarang interest asb loan di bank saya adalah 3.45% sahaja .

Promo interest asb 3.45% hanya di bulan November sehingga hujung November sempena penukaran logo baru bank.Jadi jika rate rendah dan paling rendah diantara banyak bank di Malaysia sekarang ini.Rugi rasanya kalau anda tidak grab peluang melabur melalui simpanan asb loan sekarang.

Saya terdengar video Irfan Khairi hari ini di youtube,beliau berkongsidari pendapatan bulanan kita asing kan 50,30,20.Which 50% untuk bayar semua keperluan seperti rumah,kereta dan sebagainya.20% membeli kehendak seperti belanja family makan,simpan untuk holiday.Dan another 30% untuk menambah nilai dalam diri seperti attend class,belajar tambah ilmu,melabur dalam asb dan apa-apa sahaja yang bersifat pelaburan untuk menambah income anda.Jangan hanya simpan duit dalam bantal atau dibawah katil sahaja,kelak duit nilainya akan susut kerana inflasi Menyimpan dalam asb adalah paling simple pelaburan dan kurang risikonya.Di bawah ini saya kongsikan video beliau.


 

Part ASB itu yang saya sempat dengar dan faham apa yang irfan khairi cuba maksudnya.Jadi jika anda  ada 30% untuk rolling duit menjadi values untuk menambah nilai diri anda,ambil 15% dari 30% itu buat simpanan asb loan.Bakinya boleh lah anda saving atau invest di tempat lain?Kenapa ASB?Kerana asb sejak wujudnya tidak pernah gagal memberi pulangan dan satu-satunya dana khas buat bumiputera.

Baiklah berbalik kepada tajuk diatas,masih untungkah buat asb loan dengan keadaan ekonomi sekarang?

Hari ini saya cuba beri anda kefahaman bahawa melalui asb loan anda akan dapat lebihan cash berbanding menyimpan dalam kaedah simpanan sendiri atau simpanan biasa.

Contoh dengan rate ASB 3.45% SEKARANG,GRAB SEKARANG tau..Anda ambil amount maximum 200k untuk tempoh 40 tahun.Gunakan cara compounding dividend .
 .
1.Mohon ASB LOAN maximum 200k dan tenure 40 tahun.Installment seperti di gambar 1.Installment anda untuk RM200K adalah RM 768.80

 

2. Jumlah dividen terkumpul dari tahun pertama hingga tahun ke-5 berjumlah RM 61,392.00 .Seperti gambar 2.Saya anggarkan pengiraan ini jika dividen ASB terendah tahun lepas 5.5% dan tidak berubah selama 5 tahun.Nilai ini akan berubah dan bertambah jika dividen naik atau lebih tinggi dari ini.

3. Pada tahun ke5(bulan ke 60),baki pinjaman ASB LOAN 200k adalah:RM 187,328.66.Seperti gambar 3 dibawah.



4.Anggaran nilai Cash Value yang diperolehi adalah: RM 12,671.34 (RM 200,000 - RM 187,328.66).
 

 5. Hasil tambah keseluruhan pada tahun ke-5  bersamaan RM :74,063.34 (12,671.34 +RM61,392.00)  

6. Jika simpan cara biasa di ASB sahaja, hasil terkumpul cuma RM 46,128.00


7. Bila kita kira-kira balik,dengan modal yang sama setiap bulan RM 768.80 simpanan asb loan dapat lebihan berbanding simpanan biasa sebanyak : RM27,935.34
 

 Simpanan melalui asb loan juga sebenarnya lebih baik bila anda tidak ada disiplin menyimpan sendiri.

Tanya diri anda semula,menyimpan sendiri disiplin kah anda masukkan duit sebanyak modal diatas tanpa terlepas satu bulan pun?Kuat kah hati anda tidak mengeluarkan simpanan anda tiap-tipa bulan itu selama 5 tahun.Bila kita menyimpan sendiri,sebenarnya terlalu sukar untuk menahan diri untuk tidak mengeluarkan duit yang anda simpan tiap-tiap bulan apatah lagi ada saja yang kita nampak nak beli.

Jadi nilai simpanan dan dividen terkumpul akan berkurangan jika berlakunya pengeluaran dalam asb akaun anda.

Lebih malang jika anda tidak menyimpan langsung.Bayangkan hari ini umur anda 30 tahun pejam celik umur 35 tahun anda sudah ada cash sebanyak RM :74,063.34   dalam akaun asb.

Anda boleh gunakan duit ini untuk deposit beli rumah,renovation rumah,modal business atau belanja parents melakukan ibadah di mekah.

Namun jika hari ini anda masih berfikir-fikir dan takut-takut mencuba,ketika 5 tahun dari sekarang,jangan sesesali jika ada kawan anda yang sudah buat berjaya mendisiplinkan diri dalam melabur di dana asb.

Hubungi irda sekarang ya.

Terima kasih,sampai jumpa lagi


 

 

Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. Very well illustrated. Easy for people to understand.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post