Assalammualaikum ,
Lamanya saya tidak menulis.Malam ini tepat jam 11:57pm sambil saya menemani anak saya yang ingin menonton tv sebab dia tidur siang tadi,akhirnya dah malam-malam ni sukar untuk dia melelapkan mata.
Malam ini saya ingin bercerita bidang baru yang saya telah ceburi di Affin Islamic Bank sejak December 2024.Iaitu consultant bahagian pembiayaan peribadi .
Jika anda baca post-post saya sebelum ini.Semua tahu sudah lama tahu saya dalam dunia perbankan.Pernah bekerja di CIMB Bank hampir 13 tahun.Ada juga yang tertanya-tanya kenapa saya bertukar fokus produk saya dari hanya ASB Financing.
Sebenarnya saya sempat meminta ditukarkan pada bahagian wealth and management sebagai RM (Relationship Manager),namun tak sampai 6 bulan saya rasa ini department yang tidak sesuai untuk jiwa saya.Sudah bergelumang dengan ASBF sekian lama,berada dalam dunia pelaburan yang melibatkan orang-orang yang berduit,T20 saya rasa ada saja yang tidak kena.Akhirnya saya minta ditukarkan ke bahagian PERSONAL FINANCING.
Saya merasakan produk ini saya belum pernah jual selama hampir 20 tahun dalam dunia perbankan.Lagipula sabagai sales consultant PF yang bekerja di hub bukan di cawangan,mungkin masa itu lebih flexibel dan satu produk pula.
Tapi jangkaan saya silap,rupanya walaupun 1 produk fokus sahaja,ternyata ia lebih melelahkan dan saya banyak masa hanya di depan laptop.Ya dapat customer itu lebih mudah,tak payah macam ASBF yang mana kita perlu educate orang.Untuk pembiayaan peribadi Islamic Bank ni memang ada customer yang cari kita.Tapi malangnya bukan semua customer tu boleh lulus loannya,Prosesnya renyah dan makan masa.Mungkin di bank saya sahaja di bank lain saya tidak pasti.
Bila dalam pinjaman peribadi,saya semakin mengenali karakter manusia.Saya melihat banyaknya hutang-hutang walaupun ada yang bergaji besar,namun peratus gaji bersih beberapa peratus sahaja tinggal lepas potongan.Kadang-kadang saya merasa kasihan melihat susunan kewangan sesetengah client saya.
Proses pinjaman peribadi tak mudah ya.Perlu buat semakan kelayakan,perlu dapatkan pengesahan dan cop majikan untuk kakitangan kerajaan dan ada juga menunggu 2-3 minggu baru boleh proses.
Pernah saya sampai di rumah sampai jam11 malam dek terlalu leka depan laptop menyiapkan kerja-kerja.
Adakah saya menyesal ditukarkan ke department pembiayaan peribadi ?Jawapannya tidak,setiap sesuatu itu ada pelajarannya.Paling saya syukuri bila HOD saya selalu sebut "your salary 100% under islamic banking".Mungkin ini jawapan dari doa-doa saya.
Bekerja dalam dunia perbankan buat kita sukar lari dari riba dan saya selalu berdoa moga saya dapat ke islamic banking.Saya juga hanya jual produk-produk islamic seperti card credit islamic dan personal loan islamic.
Walaupun bidang ini mereka anggap saya downgrade dari Relationship Manager ke consultant pembiayaan islamic,saya tak kisah.Ada apa dengan nama dan pangkat.Walaupun mereka menjangkakan saya akan jadi sales manager,saya pilih hanya sales consultant sebab saya nak lebih free of mine,walaupun dalam kesibukan kerja saya ,saya masih dapat urus dapur saya,anak-anak saya masih sempat kadang-kadang saya suapkan makan sebelum mereka pergi sekolah.
Saya ini tak suka terlalu serabut untuk mengurus orang bawahan saya sebab hal-hal di rumah sudah buat saya lelah untuk saya uruskan.Saya hanya ingin bekerja dengan tenang-tenang,jaga KPI sendiri dan jaga urusan keluarga dengan baik.Cuma sesekali sahaja saya korbankan seharian di luar rumah,mungkin di waktu hujung bulan kejar target.Tapi tidak;ah sepanjang masa,saya boleh urus hari saya dengan baik sehingga hari ini.Alhamdulilah.
Episod minta transfer di bank saya bukanlah issue yang mudah.Keluar dari satu department ke department lain sebenarnya ada hati yang terguris.Apalagi bila ada boss tahu kita boleh deliver numbers.Issue takkan besar sangat kalau kita low performing staff.Kadang-kadang kita diminta untuk bertahan dalam satu-satu tempat bukan kita ni disayangi sangat tapi sebab mereka tahu kita boleh buat kerja.
Namun keputusan saya tekad,hampir 3 kali saya dipujuk,hati saya tekad dan saya sudah pun letak resignation letter.Tawakal sahaja saya keluar dari dunia pekerjaan walaupun tiada kerja lain menanti dengan niat saya tidak mahu lagi di department sekarang.Entah kecil hati dan rajuk apa yang saya bawa namun saya validate perasaan itu dengan ambil langkah drastik i nak move .
Bukanlah resignation letter saya berikan untuk mengugut,tapi saya memang nak move on dari apa yang biasa saya buat.Tidak pula saya nak tunjuk bagus jauh sekali melawan bosses saya.Namun ada hati saya yang tawar tentang pekerjaan itu.Oleh kerana itu saya minta ditukarkan.
Dan ternyata mungkin ini adalah doa-doa saya selama ini.."your salary 100% under islamic banking".Alhamdulilah Alhamdulilah.
Walaupun mereka kata saya downgrade,walaupun kerja saya sekarang sangat renyah,penat nak baca ccris orang yang hutang-hutang mereka memeningkan kepala saya.Tapi tidak mengapa,ia pening sebegitu sahaja.Saya dengan calculator dan kiraan saya.Jika ada ilmu kewangan saya yang baik untuk pelanggan saya,maka saya akan nasihatkan untuk urus kewangan.
Jadi doa saya,moga bidang ini memberi 1001 kejayaan bagi saya.diluaskan rezeki lebih lagi oleh ALLAH swt,dan saat ini sudah 10 bulan saya proses pembiayaan islamic .Dan untuk tahun hadapan saya tidak berhenti berharap ada yang lebih baik lagi selepas ini.
Saya hanya nak kerja yang tidak membebankan saya untuk mengurus keluarga dan anak-anak dan selebihnya biar antara saya dengan ALLAH yang tahu apa yang saya inginkan dalam dunia pekerjaan.
Moga ALLAH izinkan.Next story saya tulis tentang produk saya ya,
Irda
23 October 2025
Post a Comment
Thank you,come again :)