Persoalan anda tentang ASB LOAN dan dividen

06:18:00

As salammualaikum readers,merujuk entry irda  sebelum ini,tentang ASB2 dan ASB,ramai pula yang wassap,yang call dan ada juga yang email yang brtanyakan hal itu,ada juga yang mengadu buat asb loan macam ini dan macam itu.

Jadi untuk menjawab semua persoalan,maaf irda tak sempat reply satu-satu atas faktor kebusyan,dan entry ini irda taip bila terjaga pukul 4.00am tadi khas untuk menjawab semua soalan uols.Apapun irda ucapkan thank you so much sebab sudi singgah dan baca.

irda ingin jelaskan disini,dividend tiap bulan itu tiada untuk ASB,di ulang tiada untuk ASB,dividen setiap bulan.Cuma bila anda buat loan asb,yes setiap bulan anda still kena membayar dan dividend diagihkan setiap tahun berakhir,contohnya untuk ASB1 bulan January,dan ASB2 bulan April.Mungkin ada percanggahan bahasa dalam entry sebelum ni,hingga ada readers yang tertanya-tanya dividen tiap bulan?hehe...

Persoalan anda tentang ASB LOAN dan dividen 

Yang dimaksudkan untuk anda mendapatkan dividend berterusan dari PNB adalah dengan ada semua jenis pelaburan dengan PNB.Setiap akaun berbeza bulan penerimaan dividennya dalam setahun.Jika anda ada semua jenis pelaburan PNB,example:ASW2020,AS1M,ASM,ASN,ASG(Amanah Saham Gemilang Pendidikan,Persaraan,dan  Kesihatan),ASD,ASN2,yang mana anda boleh simpan dengan menggunakan wang sendiri(tiada loan)atau pun potongan dari epf(seperti unit amanah yang lain),jadi mungkin anda boleh menikmati agihan dividen yang berterusan.

 ingat tau,tiada loan untuk akaun-akaun tersebut,kena simpan guna duit sendiri.,Hanya ada loan untuk masa ini adalah ASB2 dan ASB,ini anda boleh apply dimana-mana ejen perbankan yang menyediakan facility tersebut.

Dan sebelum anda buka semua jenis akaun diatas,anda kena bertanya dulu apakah jenis simpanan akaun tersebut,fixed income atau variable fund ya,cause ada yang RM1=RM1 for pincipal,dan ada juga variable RM1:variable.Jadi kena bertanya dengan lebih terperinci,dan pilih ikut matlamat kewangan anda.Kalau buka semua akaun pun takde masalah,pelbagaikan jenis simpanan kan..

kalau ada banyak kad kredit,kenapa tidak ada banyak buku simpanan kan?hehehe..

contohnya:ASG & ASN2 macam anda menyimpan dalam unit trust
boleh pakai cash atau potongan dari EPF.Kalau epf so far hanya boleh buat di PNB SAHAJA,bank hanya boleh terima cash buat masa ini.Harga seunit kita boleh check daily di :www.asnb.com.my.

beza unit trust PNB dengan normal unit trust di pasaran,kita ada buku,dan kita boleh control sendiri.boleh buat partial withdrawal with any agent,itu kelebihannya.dan pastinya banyak kelebihan lain,tapi irda sekarang dah di management level,kalau berminat bolehlah irda kenalkan dengan consultant irda nanti ya for more details.

Bila kita sebut unit trust pasti ada sales charge kan.5% charge untuk CASH dan 3% untuk EPF.Kadang-kadang bank buat promosi rebate sales charge,jadi sebab tu kena walkin dan bertanya any promo bulan tu.Bila sebut unit trust,its more to long term investment,walaupun declare dividend tiap tahun.
Persoalan anda tentang ASB LOAN dan dividen 

Untuk ASB pula,anda kena walkin dekat bank untuk tahu any promo pada masa tu.So far,hingga April ini,apa yang irda tahu,CIMB offer special rate 4.8% interest rate kepada mana-mana pelanggan yang apply loan asb dengan mereka.Tapi adalah term&conditionnya.Cause kebanyakan bank sekarang interest rata ASB loan adalah 5.2% dan ada juga yang 5.3%.Jadi anda sebagai pelanggan,kena bijak compare promo ni,kalau boleh tawaf je semua bank yang ada loan asb dan ambil setiap brochure untuk buat perbandingan terlebih dahulu sebelum sign up ok.


apa yang anda patut compare
i-interest rate untuk loan
ii-any lock in period
iii-insurance for loan
iv-interest for late charges

jangan compare dividen asb pula,setiap bank dividen sama je,sebab dividen tu dari PNB,bukan dari bank,Bank hanya menyediakan facility.Kena faham tu.

interest for late charges?
Semua sedia maklum,bila buat pinjaman dengan bank,sudah semestinya ada tempoh bayar,selalunya due date untuk repayment adalah setiap 1hrbln,jadi jika anda gaji 7 haribulan tiap bulan,kenalah stanby awal gaji bulan lepas untuk pembayaran loan asb bulan ini.Kalau lewat nanti kena late charges pula kan.

Macam mana pengiraan late charge tu?

contohnya,
Setiap 1 hb kene bayar installment Rm1049/month, then uols terlupa, terlewat, terbusy, uols  bayar pada 7hb, so dah lewat selama 6hari.
Jadi interest yg dikenakan adalah:
RM1049 x 6 ÷ 365 x 1% = RM0.17 (credit to:affandi ibrahim,my CIMB consultant)

sebab tu kalau boleh buat je auto debit untuk bayaran bulanan tu untuk elakkan terlupa membayar.Ingat tau,dua bulan anda tak bayar loan,selalunya bank akan terminate loan dan jual sijil anda .

Ok readers,dah subuh dah,thats all for today.Hope dapat menajwab persoalan anda ya.sorry irda compile kan semua soalan dalam satu entry.

Moga dapat sesuatu,daa...



thank you for reading this entry...appreciated :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Dulu2 labur asn waktu mula dilancarkan amat menguntungkan devidenya...la ni dh semakin susut setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing Irda..
    Lepas ni jelaslah apa itu AS1M..
    LZ terus setia dengan ASB..

    ReplyDelete
  3. Masa ASN dulu, tinggi dividennya tapi takde duit nak labor.
    La ni ASB seciput aje dividennya.

    ReplyDelete
  4. OK baru tahu. Baru terjawap semua persoalan dalam kepala ni. Btw, thanks for the info. kene pin entri ni.

    ReplyDelete
  5. baru tahu pasal perkara ni, good info irda

    ReplyDelete
  6. good info, meningkatkan kefahaman ttg pelaburan..

    ReplyDelete
  7. Memang jenuh nak jawab satu satu kan , tapi irda tetap bagi masa dan tuliskan garis panduan ni. bagus irda. keep it up! moga bermanfaat buat pembaca yg lain :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for the sharing. dah kena belajar-belajar dah pasal ni sebab nak kerja dan bergaji sendiri dah kan sekarang huaaa.

    ReplyDelete
  9. Menarik tapi yg paling menarik saya terjumpa perkataan "kebusyan".

    Hebat. Kalah dewan bahasa.

    ReplyDelete

LOVE COWAY PAGE

FOLLOW ME ON GOOGLE+